INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Wednesday, May 18, 2011

Gempaq! Wikileaks bocor maklumat US Embassy syak campurtangan politik kes Altantuya



Blog milosuam

Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki campurtangan politik untuk melindungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks [AsiaSentinel].

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.

Pembunuhan Altantuya dikaitkan dengan pembelian bernilai USD 1 Billion atau RM3.5 bilion kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui Najib.

Altantuya dikatakan berkhidmat sebagai penterjemah transaksi tersebut yang membolehkan syarikat Perimekar Sdn Bhd pimpinan Razak Baginda menerima komisyen lumayan lebih RM 534.8 juta.

Kabel WikiLeaks juga turut mengandungi maklumat mengenai pertemuan antara Ketua Bahagian Politik Kedutaan AS, Mark D Clark yang diberitahu oleh seorang timbalan pendakwaraya kes itu bahawa “hampir pasti tidak ada peluang untuk mensabitkan Razak Baginda atas tuduhan (membunuh).”

Selain itu Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Wan Ahmad Farid Wan Salleh juga memberitahu kedutaan AS bahawa beliau yakin pendakwaraya hanya akan membataskan siasatan kepada suspek dalam perbicaraan dan bukan kepada pihak-pihak lain atau pun dakwaan-dakwaan rasuah berkaitan pembunuhan itu.

Pada tahun Januari 2007, pejabat kedutaan AS juga menunjukkan minat kepada affidavit Razak Baginda yang mengaku beliau meminta pertolongan pegawai pengiring Najib, Musa Safri, untuk memastikan Altantuya tidak lagi mengganggunya.

Musa bagaimanapun tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah.

Perkara-perkara lain yang menarik minat kedutaan adalah tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail secara tiba-tiba untuk menggugurkan Ketua Pendakwaraya kes itu Sallehudin Saidin dan menggantikannya dengan seorang yang kurang berpengalaman.

Kabel diplomatik WikiLeaks itu juga merujuk kepada pendedahan Anwar Ibrahim tentang dakwaan-dakwaan rasuah yang dikaitkan kepada Najib dan Razak Baginda berhubung pembelian kapal Scorpene dan Jet Sukhoi Su-MCM-30.

Dalam kabel 24 Januari 2007, kedutaan AS merumuskan bahawa “tanggapan berlakunya salah laku oleh pendakwaraya dan mahkamah serta dakwaan bukti-bukti tertentu dimusnahkan , mencadangkan kepada ramai bahawa kes (pembunuhan Altantuya) menghadapi tekanan politik yang bertujuan melindungi Najib.
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

No comments:

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews