INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, March 17, 2010

Bumiputra Asli berdemo di Putrajaya

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle






Bumiputra Asli menuntut keadilan !!


ORANG ASAL TUNJUK PERASAAN

Lebih dari 2000 Orang Asal telah turun ke Putrajaya.Mereka menunjukkan perasaan kerana tidak puas dasar kerajaan UMNO BN.Banyak tanah warikh mereka di tenggelami air - seperti
di Pahang apabila empangan air hendak di buat.

Mereka tidak mahu hanya diberi 6 ekar tanah. Walhal tanah asal mereka berpuluh puluh ribu ekar telah diambil.Banyak tanah adat mereka diambil bagitu sahaja walhal mereka telah menghuni tanah itu beratus ratus tahun.


TANAH DITIPU , ORANG ASLI BERHIMPUN DI PUTRAJAYA - mkini

Lebih 2,000 Orang Asli kini di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah.

Bagaimanapun kehadiran sesetengah mereka sejak jam 12.45 tengah hari tadi, dengan beberapa bas telah dilencongkan oleh pihak polis ke sebuah auditorium di kompleks Jabatan Perdana Menteri.

Kira-kira seribu daripada mereka disuruh berdialog dengan menteri yang berkaitan, Datuk Seri Shafie Apdal di auditorium itu.

Kira-kira seribu lagi kini berada di persiaran di hadapan pejabat Perdana Menteri bersedia untuk berarak bagi menyampaikan memorandum berkenaan.

Mereka bersiap sedia untuk berarak tetapi dihalang berbuat demikian oleh anggota polis yang bertugas sekitar kawasan itu.

Bagaimanapun setelah perbinacngan kira-kira 15 minit, pihak polis memberi jaminan untuk membenarkan lima orang wakil Orang Asli untuk menghantar memorandum berkenaan.


** Nah UMNO, inilah BUMIPUTRA ASLI di Semenanjung Tanah Melayu yang kini sudah mula berdemo kerana hak mereka tidak dibela dan dijaga malah telah ditindas oleh golongan tertentu yang hanya mahu mengaut keuntungan.

BUMIPUTRA ini bukan lah UMNOPUTRA yang hanya tahu pasal projek dan mengampu pemimpin. Bila tidak dapat projek, mereka ini melalak berdemo kononnya ditindas oleh cauvanis walhal hak mereka dirampas oleh BUMIPUTRA yang kompetan dan berdaya saing.

Kini Orang ASLI Semenanjung menuntut hak mereka dibela dan mendapat keadilan yang sewajarnya.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews