INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, March 22, 2010

APCO - 1 Malaysia = 1 ISRAEL

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


1 Malaysia = 1 Israel?

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa tujuh hari untuk memberi penjelasan berhubung isu 'Satu Israel' dan kaitannya kepada 'Satu Malaysia' kepada Dewan Rakyat.

Kelab Penyokong BN di Parlimen, melalui Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, menggerakkan usul tersebut dibawah Aturan Parlimen 37 1(A).

Anwar mengundang kemarahan wakil-wakil rakyat BN selepas beliau mendedahkan syarikat perunding Apco Worldwide yang dilantik Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak untuk menaja konsep 1Malaysia yang dikatakan ada persamaannya dengan kempen 'Satu Israel' daripada Perdana Menteri Israel Ehud Barak.

"Jika ini tidak dihalang, ia akan digunakan oleh pembangkang dalam ceramah-ceramah mereka," tambah beliau.

Usul ini dibantah keras oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang, namun Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee telah mengizinkan BN menggerakkan usul tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz melahirkan sokongan kepada usul merujuk Anwar ke jawatankuasa parlimen.

Pakatan Rakyat (PR) bagaimanapun berhujah bahawa pihak speaker tidak konsisten dan berat-sebelah kerana membenarkan BN bertindak ke atas pemimpin PR walhal wakil rakyat BN yang membuat kesalahan sebelum ini, telah bebas daripada sebarang tindakan.

Memetik The Times Of India (TTI), Free Malaysia Today melaporkan bahawa APCO Worldwide juga memberikan perkhidmatan kepada diktator Nigeria, Sani Abacha dan presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan lain APCO termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang juga salah seorang pemimpin muda Parti Komunis Rusia yang dikaitkan dengan kegiatan mafia.

Akhbar The Edge dan laman berita Malaysian Insider tahun lalu melaporkan kerajaan Malaysia memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri untuk memulihkan imejnya yang sering dikaitkan oleh media-media seluruh dunia dengan pembunuhan Altantuya serta misteri di sebalik pembelian kapal selam Scorpene dan jet Sukhoi yang diselubungi misteri.

Pada 1 September lalu, APCO Worldwide membuka cawangannya di sini selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Perbahasan di DEWAN Rakyat

“Saya mahu menyoal Perdana Menteri kerana jawapan lisan yang diberikannya tidak cukup untuk rakyat. Saya minta kerajaan menjelaskan apakah peranan sebenar Apco, berapa yang kerajaan bayar, siapa Apco, apa peranan dia Apco,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Apco Worldwide, syarikat perunding yang dikatakan pro Israel terus menjadi perhatian di Parlimen apabila syarikat tersebut dipercayai umum dilantik untuk menjayakan gagasan ‘Satu Malaysia’.

Sehubungan itu, Anwar meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan dengan lebih terperinci kepada rakyat berhubung status sebenar Apco Worldwide di sisi kerajaan Malaysia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh ketika bercakap di lobi Parlimen petang tadi berkata, jawapan lisan oleh Najib di Dewan Rakyat sebelum ini adalah tidak memadai.

Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus,” jelas Najib sebagaimana dipetik dari teks jawapan lisan yang dikeluarkan Parlimen.

“Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara menyeluruh.”

Dalam pada itu, Anwar turut menyatakan kesediaan memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaannya sebelum ini, ‘1Malaysia ciplak 1Israel’, sebagaimana yang diminta Dewan Rakyat menggunakan Aturan Mesyuarat 36(1A).

Bercakap dalam suatu sidang media yang lain di Parlimen, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof berkata, Anwar sebenarnya tidak perlu memberikan penjelasan lanjut tentang ‘Satu Malaysia’ dan Apco, walaupun Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan kelmarin menganggap kenyataan Anwar itu mengelirukan Dewan Rakyat.

Bagi beliau, asas yang digunakan oleh Abdul Rahman adalah tidak tepat.

Katanya, usul itu kena tepat, dia kata kenyataan Anwar mengelirukan, kerana kerajaan sudah pun menafikan Apco dilantik oleh kerajaan untuk merealisasikan Gagasan Satu Malaysia,” jelasnya.

Disebabkan itu, beliau menganggap beban menjelaskan semula sepatutnya dibuat oleh Abdul Rahman sendiri, kerana jawapan Abdul Rahman di Dewan Rakyat semalam seolah-olah berunsur pembohongan.

Beliau berkata demikan berasaskan teks jawapan lisan yang dijawab oleh Ahli Parlimen Padang Rengas yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Kenapa Permatang Pauh mengelirukan, kerana kerajaan telah pun menafikan (menerima khidmat rundingan dari Apco),” jawapan lisan Nazri sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tanah Merah Tuan Amran Abdul Ghani pada 18 Mac lalu.

“Syarikat tidak ada melantik syarikat perhubungan tempatan dan luar untuk mempromosikan Gagasan 1Malaysia secara khusus.”

Berkata Mohamed Nazri, syarikat Apco Worldwide Sendirian Berhad dilantik kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi secara meyeluruh demi meningkatkan lagi kapasiti kerajaan dalam bidang komunikasi.

Selain Malaysia, Apco Worldwide juga menyediakan perkhidmatan komunikasi kepada negara-negara lain.

Perkhidmatan komunikasi yang disediakan oleh Apco kepada negara-negara lain adalah urusan dalam syarikat tersebut.

Bagaimana pun, Anwar mempunyai tujuh hari untuk membuat penjelasan lanjut berhubung status Apco dan pengaruh zionis-Israel dalam Kerajaan Persekutuan pimpinan Najib kerana isu tersebut kian panas sejak Anwar mendakwa ‘Satu Malaysia ciplak Satu Israel’, semalam.


*** Hahaha UMNO BN dah gelabah kerana APCO Yahudi ? dah tau Yahudi , kenapa pi ambil mereka untuk menaja dan mempromosi 1 Malaysia ? Kata ANTI Yahudi dan yahudi Anti ISLAM, tetapi Malaysia dibawah Najib membawa APCO dalam kerajaan Malaysia.







No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews