"Saya tekankan dari sudut pendidikan dalam Perlembagaan membenarkan untuk maksud pendidikan perlu ada sekatan, jadi ini perlu diberi penekanan kerana sudah menjadi matlamat institut pengajian tinggi, iaitu membina minda dan keupayaan berfikir bagi pelajar,"- Khaled Nordin, Menteri KPT
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari (kanan) berkata, komen hakim Hishammudin Yunus, termasuk yang dilampirkan bersama keputusan, menyediakan "hari hebat untuk demokrasi dan faham perlembagaan.
"Fakta yang masih kekal, keputusan yang baik ini mungkin akan diterbalikkan oleh Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di negara ini," jelasnya.
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya adalah tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.
Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.
Apa kata mahasiswa ?
Sememangnya AUKU tidak menyokong semangat perlembangaan persekutuan dan bercanggah dengan hak asasi manusia untuk bersuara, berhimpun dan menyertai kumpulan bebas," kata presidennya Ahmad Syazwan Muhammad Hassan.
Dakwanya, walaupun AUKU berjaya menyekat mahasiswa berfikir dan terlibat dalam politik, mutakhir ini kumpulan itu tidak lagi takut berdepannya.
Apa kata orang Politik ?
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin (kanan) berkata, sekysen itu merupakan perangkap yang sengaja dipasang oleh pemerintah untuk mengekang suara mahasiswa.
"AMK melihat keputusan ini harus memberikan titik noktah kepada hayat AUKU agar ia dimansuhkan sepenuhnya, sebagaimana yang diperjuangkan secara istikamah oleh gerakan mahasiswa zaman berzaman," katanya.
@ Pantherian - Tahniah Hilman dan kawan-kawan #UKM 4 , anda bisa mengugat AUKU melalui sistem perundangan negara.
Masih anda Hakim-hakim yang jujur seperti Hakim Datuk Hishamuddin Yunus dan Hakim Linton Albert yang memberi penghakiman yang baik. Baca LINK ini untuk keputusan penghakiman yang lengkap. Untuk rekod, Hakim Datuk Hishamuddin Yunus terkenal dalam memberi penghakiman yang jujur berlandaskan undang-undang seperti kes :
a) Hakim Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus memerintahkan Khalid Jafri supaya Anwar dibayar RM4 juta akibat fitnah dan RM500,000 lagi disebabkan konspirasi.
b) Pada 18 Oktober 2007, Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi am RM2.5 juta kepada Abd Malek Hussin .
No comments:
Post a Comment