INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, April 24, 2013

Hasmi Hashim - Pastikan 5 Mei Rafizi Ramli wakil Pandan di Parlimen !




Semalam penulis lirik terkenal Awan Nano, Buddhi Hekayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim ,Ketua Cabang PKR Parit Sulong mengumumkan akan menjelajah satu negara (Malaysia) untuk berkempen kepada calon PKR dan melawan UMNO habis-habisan di PRU13 kali ini.

Walaupun tidak tercalon sebagai calon DUN atau Parlimen kali ini, namun ia tidak melunturkan semangat beliau untuk membebaskan negara dan rakyat daripada pemerintahan rejim order lama UMNO BN.  Beliau masih aktif dan bersemangat membantu calon PKR berkempen di seluruh negara atas kesedarannya mahu negara ini bebas daripada dibelenggu pembodohan oleh UMNO selama lebih 55 tahun.

Hasmi menggesa kepada penduduk Pandan semalam agar memastikan pada 5 Mei ini, Rafizi Ramli wakil Pandan menang untuk ke Parlimen. Calon yang ditampilkan PKR untuk penduduk Pandan ini adalah yang baik dan berkaliber katanya untuk kepentingan rakyat dan negara pada masa depan.

Pidato Pencerahan Hasmi Hashim semalam ternyata hebat dan bergegar kawasan sekitar Bilik Gerakan PKR Pandan Utama dengan kritikan kepada UMNO dan idea pencerahan. Terdapat hadirin yang hadir ceramah semalam memuji pidato beliau kali ini yang tampak lebih menyakinkan.

Terima kaseh sbb ikuti. Jumpa lagi RT : Berbanding 2010, ucapan sekarang lebih meyakinkan. Tahniah





No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews