INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

LIKE AMKBaru Page

Saturday, October 29, 2011

Canselor UTHM akan undur diri jika mahasiswa berdemo ?

 "Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini"- Sultan Ibrahim

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan penuntut dan graduan agar tidak terjebak dengan gejala tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara.
  
SuNONEltan Ibrahim, yang juga Canselor Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM) bertitah sebaliknya mereka perlu bersyukur dengan peluang diberikan untuk menuntut ilmu dan tidak terlibat dengan aktiviti politik, atau menjadi pengikut kumpulan politik jalanan yang antikerajaan.
  
"Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini, pada masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini.
  
"Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM hari ini.
  
Seramai 2,245 graduan menerima sijil masing-masing di konvokesyen tersebut, yang merangkumi Ijazah Doktor Falsafah seramai sembilan orang , Sarjana (164), Sarjana Muda (1,832) dan Diploma (240).
  
Sultan Ibrahim juga bertitah antara gejala sosial yang sering dipaparkan akhbar melibatkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti menjual maruah diri semata-mata untuk memperoleh kemewahan dengan cara mudah.
  
Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama, serta berusaha mengharumkan nama universiti selain membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta.
  
Baginda turut mengingatkan pihak pentadbiran UTHM agar mempercepatkan pembinaan kampus bidang aeronautik di Tanjung Labuh.
  
"Kelewatan projek ini hanya akan menjejaskan pelaksanaan pengajian bidang aeronautik dan melibatkan kos sampingan," titah baginda.

- Bernama


@Pantherian  - Terharu dengan TITAH Canselor UTHM ,Sultan Ibrahim yang ikhlas mahu memartabatkan dan menjaga nama UTHM.


Universiti ini milik SIAPA? siapa PELANGGAN universiti? 


Ingat lah tiada mahasiswa, tiada universiti !



Thursday, October 27, 2011

Prof Aziz Bari - Mahathir pinda perlembagaan kurangkan kuasa YDP Agong tahun 93


Prof. Dr Aziz Bari meneruskan tugasnya sebagai pakar perlembagaan dan menjadi tumpuan media alternatif tanahair apabila  harini "attack" Dr Mahathir ekoran pindaan perlembagaan Persekutuan yang melucutkan kekebalan raja-raja dan raja perlu mendengar nasihat daripada pihak Eksekutif yakni Perdana Menteri

Kelewatan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara adalah kerana kelemahan institusi yang disebabkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi  perdana menteri, kata pakar perlembagaan negara Profesor Abdul Aziz Bari.

NONEPakar undang-undang UIA itu berkata Mahathir telah meminda perlembagaan persekutuan pada tahun 1993 dengan melucutkan raja-raja daripada kekebalan mereka dan menyediakan peruntukan bagi kerajaan untuk "memberi arahan" kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ini dilakukan dengan cara memasukkan Artikel 40 (1A) dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa Seri Paduka perlu bertindak mengikut nasihat jemaah menteri.

"Pada dasarnya ini merupakan legasi yang ditinggalkan oleh pentadbiran Mahathir, yang mahu monarki disenyapkan," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, mengemukakan laporan kepada jemaah kabinet sebelum diperkenan oleh Seri Paduka adalah amalan yang diguna-pakai sejak 1982, iaitu sejurus selepas Mahathir menjadi Perdana Menteri.Kata beliau, ia bertujuan untuk membolehkan kabinet membiasakan diri dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu dan menjelaskannya di Dewan Rakyat.

Wednesday, October 26, 2011

Forum Kebebasan Akademik - Kes Prof. Dr Aziz Bari



Semalam saya sempat menghadiri Forum Kebebasan Akademik anjuran Akademi Pak Sako & Gen S yang diadakan  di Shah Village Hotel, PJ.Forum ini dianjurkan ekoran penggantungan Prof. Dr Aziz Bari oleh UIA yang didakwa kononnya menghina dan mempersoal kuasa Sultan dalam hal ehwal Islam. Isu ini menjadi panas di dada media dan pihak penganjur mengharapkan forum ini dapat menerangkan kepada masyarakat berkenaan "Kebebasan Akademik" kepada masyarakat.

Antara ahli panel yang hadir pada malam itu ialah Hasmi Hashim, (Penulis bebas &Penasihat Akademik Pak Sako), Fadiah Nadwa (Peguam Lawyer For Liberty), Fahmi Reza (Pengarah Filem) dan Dr Azmi Shahrom (Presiden PKUM). Kehadiran orang ramai amat memberangsangkan terutama dari kelompok anak muda, pensyarah universiti dan pemimpin politik.

Dr Azmi Shahrom memulakan forum dengan memberikan definisi "Kebebasan Akademik" :

"Kebebasan akademik bermaksud pandangan anda dicabar dengan penjelasan yang setaraf, ataupun lebih baik.  Displin akademik adalah limitasi kebebasan akademik, bukan undang-undang".
Beliau menjelaskan, seandainya dirinya menyatakan sesuatu atas kapasiti sebagai seorang pensyarah, maka beliau mestilah bersedia untuk menerima apa-apa kritikan.  Dan kalau dirinya dibuktikan salah, maka itu limitasi beliau.  Dan kerja-kerjanya boleh dikritik, sekiranya tiada data, tiada rujukan atau memplagiat kertas orang lain, dan itu adalah limitasi dirinya.

"Bukan undang-undang, atau canselor universiti untuk memberitahu di mana limitasi  saya.  Limitasi saya ialah integriti saya," - Dr Azmi Shahrom.

Panelis seterusnya ,Hasmi Hashim mengaitkan sikap BEBALISME berlaku pada masyarakat kini terutama kepada sang penguasa atau pemerintah. Proses pembodohan dan pembisuan  berterusan dilakukan oleh pemerintah sejak zaman Mahathirisme kepada masyarakat dan kini ia merebak kepada golongan akademik. Beliau mengaitkan nasib pemikir Socratas, pada zaman silam di kota Athens, di mana beliau dihukum atas tuduhan menghasut orang muda. 

"Hujah yang benar lazimnya akan mencabar status quo, sama ada status quo itu kita pindah dalam institusi dengan nama universiti, atau status quo tu kita pindah dalam institusi yang namanya pemerintah, kerajaan, tak kisahlah..." kata Hasmi Hashim.

 Hasmi turut juga mengimbau kembali sejarah di China dimana apabila berlaku pertukaran dinasti maka antara golongan pertama di tindas ialah golongan akademik. Hal ini kerana golongan akademik ini dilihat sebagai pembawa obor pencerahan kepada masyarakat yang dkhuatiri akan memudaratkan kerajaan tersebut.

Fadiah Nadwa yang merupakan bekas pelajar Aziz Bari di UIAM berkata, "Dalam kes ini, saya salahkan UIA.  Kalau kerajaan gunakan polis, kerajaan gunakan MCMC, kerajaan gunakan undang-undang draconian untuk menyekat kebebasan bersuara Aziz Bari, UIA sepatutnya membela Aziz Bari, membela prinsip ilmu, membela maruah dan budaya ilmu, dan bukannya bersekongkol dengan menggunakan taktik-taktik kotor, menyekat dan menyenyapkan Profesor Aziz Bari."

Pengarah filem, Fahmi Reza berkata pencabulan kebebasan akademik dalam kampus sudah lama berlaku, sebelum berlakunya kes Abdul Aziz Bari.  Fahmi Reza mengambil dirinya sebagai contoh, mengisahkan pengalaman bagaimana dirinya pernah dihalang daripada memberi kuliah kepada siswa dalam universiti, tentang pergerakan siswa tempatan pada zaman 1960-an.

Di samping itu, beliau turut berkongsi sejarah bagaimana AUKU digubal pada tahun 1971, selepas siswa terlibat untuk berkempen dalam pilihan raya umum pada tahun 1969, di mana mereka yang tidak berkepentingan ini, tampil dengan manisfesto untuk menolak politik perkauman.


Monday, October 24, 2011

Anwar Ibrahim - Pakatan Rakyat akan pertahan Kuala Lumpur dan Selangor di PRU 13






" Ini tapak dan kubu kita yang paling kuat dalam negara.Kita sudah ada kubu di kota, kita sebarkan ke seluruh negara" - DS Anwar Ibrahim.




Najib mahu cool menonton bola di Seri Perdana tapi MU kena belasah


Tuan Seri Perdana tepuk dahi ! diketawa Pak Menteri  !..

Salam Satu Enam Malaysia !

Tuesday, October 18, 2011

Anwar Ibrahim cabar Najib debat belanjawan 2012

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini buat kesekian kalinya mencabar perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat "pada bila-bila masa."

Kali ini, Anwar mahu peluang berdebat untuk menerangkan kepada Najib dasar Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga dan juga bajet bayangan yang ditawarkannya.

NONE"Saya usulkan untuk bantu rakyat terdedah kepada dua-dua dasar kerajaan BN dan pakatan, saya ulangi gesaan untuk adakan debat terbuka," katanya.

Beliau juga mahu berdebat kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Najib semalam yang menyifatkan bajet oleh Pakatan sebagai "belanjawan republikan aliran kanan yang gagal memahami kehendak rakyat."

Ketika ditanya, Anwar berkata beliau telah menggunakan peluang dalam ucapannya di Dewan Rakyat untuk menerangkan belanjawan berkenaan.

"Kita sudah (bahas) tapi seperti dialog dengan orang tuli," katanya yang menambah bajet bayangan itu telah menggariskan tumpuan untuk meringankan beban rakyat.

"Gaji minimum, kenaikan gaji pekerja awam ditekankan dan konsesi termasuk penjana tenaga bebas, penswastaan juga ditekankan yang sendirinya akan mengurankan beban rakyat.

"Daripada menyinggung kita dan buat kenyataan melulu begini, lebih baiklah berdepan supaya rakyat menilai."Nak mohon masa lebih pun tak apa tapi beri ruang kepada kita untuk jelaskan bajet pakatan rakyat dan buku jingga," katanya.


 @Pantherian - DS Anwar Ibrahim secara rasmi mencabar DS Najib untuk berdebat isu Bajet 2012 di mana secara khusus untuk membandingkan Bajet BN dan Belanjawan Pakatan Rakyat .

Kita menanti jawapan balas PM Malaysia dan kemudian kita dapat menilai samada beliau ada sifat "perdebatan" dalam dirinya ataupun hanya mampu "baling batu sembunyi tangan".



Sunday, October 16, 2011

Prof Aziz Bari gesa Ezam,Zul Nordin dan Hamidzun baca buku perlembagaan





Prof. Aziz - “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”
Aziz Bari: Saya tak nafi kuasa Sultan, kaji saman media pesong kenyataan


Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor mengenai isu Gereja Methodist Damansara Utama.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa (UIA) mengambil tindakan ke atasnya.

“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

“Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang ‘lese majeste’ yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja,” katanya.

“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.

“Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya,” kata beliau sambil menambah, “menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia.”

“Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.

“Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005),” katanya lagi.

Oleh itu soal beliau, “logikkah saya, dengan tulisan yang begitu banyak, hendak derhaka dan biadab kepada raja-raja?”

Sambil menegaskan beliau telah memulakan kajian ini sejak 1991, Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”

“Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain,” katanya lagi.

Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.

“Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.

“Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini,” katanya.

Baru-baru inini, Ezam menggesa agar portal berita MalaysiaKini dan Aziz disiasat dibawah Akta Hasutan 1948 atas alasan mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama.

“Aziz Bari telah berlaku biadap dan derhaka kepada Institusi Raja Melayu dengan menghasut orang ramai untuk membenci institusi Raja-raja Melayu.

“Kenyataan Aziz ini dikeluarkan oleh laman portal MalaysiaKini,” kata Ezam selepas membuat laporan polis di Shah Alam.

Katanya, Aziz dan MalaysiaKini menunjukkan sikap biadap, kurang ajar, dan melampaui batas yang dipercayainya perbuatan terancang dan mempunyai agenda jahat disebaliknya.

Aziz dipetik berkata tindakan Sultan Selangor untuk campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja itu bukan sesuatu tindakan yang biasa terjadi.

Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campur tangan tetapi ini perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.

@Pantherian - Pernah menghadiri kursus perlembagaan bersama Prof Aziz Bari anjuran IDEAS 2 tahun lepas di ILKAP,Bangi. Sepanjang berkursus, Prof  Aziz Bari dikenali sebagai seorang yang cukup tegas dalam mempertahankan hak Raja dan keistimewaan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara. Banyak persoalan berkaitan peranan Raja dipertahan baik oleh beliau sepanjang kursus tersebut.

Oleh itu, kritikan oleh pemimpin UMNO dan KATAK dalam Parlimen disanggah oleh Prof Aziz yang sememangnya PAKAR PERLEMBAGAAN Malaysia, menyuruh mereka membaca kembali buku tulisan beliau dan Perlembagaan Negara.

"Pelik Malaysia, orang yang menulis TESIS berkaitan Perlembagaan dan Raja dikritik oleh orang yang malas membaca dan menulis "

Saturday, October 15, 2011

Sultan Kedah diistihar sebagai YDP Agong

Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
  
Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan hari ini
  
- sumber Bernama.

Sultan yang menjadi Agong ke-2 kali dalam sejarah Malaysia.

Daulat Tuanku... 


Semoga Kedah dan Malaysia Sejahtera dan menjadi negeri yang berkebajikan di bawah pemerintahan Tuanku.
---------------------------
Sedikit berkenaan tentang Sultan kedah ialah:

1) Mencemar duli menziarah makam As-syahid ustz Ibrahim Libya dan sahabatnya ketika umno kata mereka sesat.

2) Menganugerahkan gelaran Datuk pada ustz Fadzil Noor walaupun tiada jawatan dalam kerajaan

3) Terbang menziarahi kematian Datuk Fadzil dari kedah ke kuala lumpur dan hingga dikebumikan

4) Tidak melayan tuntutan umno ketika berhimpun di Istana Anak Bukit.

5) Pernah menjadi Agong ketika Tun Razak...kini Najib Razak..


@Pantherian : DAULAT TUANKU ! 

Wednesday, October 12, 2011

Intipati Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat


Prinsip asas


a. Membantu rakyat dalam masa terdekat untuk mengharungi suasana ekonomi yang semakin terhimpit;

b. Menjamin kelangsungan kewangan negara dengan tumpuan khusus untuk mengurangkan defisit;

c. Menambahnilai perbelanjaan negara agar peruntukan benar-benar sampai kepada rakyat dengan memerangi rasuah dan penyelewengan;

d. Memperkasakan keupayaan ekonomi rakyat dalam jangka masa sederhana dan panjang melalui rekayasa latihan teknikal, vokasional dan penggajian yang memartabatkan rakyat

e. Mengukuhkan lagi arus reformasi politik yang menjadi prasyarat dan pendinding dari anasir-anasir yang mahu membolot kekayaan negara untuk mereka dan kaum kerabat mereka sahaja.

 Dana Peruntukan

Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4% daripada KDNK.

Cadangan Untuk Ekonomi Negara dan Rakyat

a. Gaji minima akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Pakatan Rakyat akan menggunapakai mekanisme penetapan gaji yang terbukti berkesan di negara-negara lain dengan meminda semua akta sedia ada. Gaji minima sebanyak RM1,100 akan disyorkan untuk diangkat dan dikuatkuasakan;

b. Pengenalan gaji minima dijangka akan memanfaatkan 300,000 orang kakitangan awam yang berada di bawah RM1,100;

c. Tangga gaji kakitangan awam akan diselaraskan berikutan pengenalan gaji minima dan melibatkan kenaikan gaji kakitangan awam yang lain mengikut tangga gaji masing-masing;

d. Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 sebulan bagi setiap orang guru seperti yang dijanjikan di dalam Buku Jingga;

e. Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion;

f. Pakatan Rakyat akan menghentikan serta-merta kecenderongan dan amalan menggunapakai tenaga perunding dalam proses keputusan kerajaan seperti amalan sekarang dan mengembalikan pengaruh dan kedudukan kakitangan awam dalam proses kerajaan;

g. Peruntukan tambahan RM1.3 bilion untuk menambahbaik skim latihan vokasional dan teknik di semua peringkat termasuk naiktaraf kursus ijazah sedia ada supaya berorientasikan pendidikan universiti teknikal;

h. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk perumahan awam yang akan dipacu melalui perkongsian pintar bersama-sama dengan kerajaan-kerajaan negeri;

i. Pelaksanaan skim ?Bina dan Jual? secara berperingkat bermula dengan skim perumahan awam untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang teraniaya akibat projek perumahan terbengkalai; 

j. Penganugerahan lesen-lesen secara terus kepada rakyat dan pemohon dengan membatalkan sistem payung dan konsesi yang digunapakai; bermula dengan pemberian lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi.

j. Menubuhkan Suruhanjaya Perjanjian Awam Negara untuk menilai kembali konsesi-konsesi yang tidak adil untuk menghentikan herotan kos operasi dan perniagaan yang ditanggung oleh rakyat dan niagawan;

k. Meminda Akta Persaingan 2011 supaya turut meliputi sektor-sektor penyiaran, telekomunikasi, tenaga dan sektor bermonopoli lain untuk memecahkan monopoli;

l. Sasaran pengurangan pekerja asing yang jelas menjelang 2015 mengikut sektor ekoran pengenalan gaji minima; 

m. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja; dipadankan dengan pelaburan kerajaan untuk membina pusat penjagaan kanak-kanak yang menepati piawaian.

n. Pindaan kepada Akta Geran Kapita 2002 untuk beralih dari mekanisme bayaran tetap seperti sekarang kepada prinsip formula berdasarkan faktor-faktor seperti sumbangan ekonomi, keperluan pembangunan, pendapatan rakyat dan kedudukan sosio ekonomi setiap negeri;

o. Peruntukan tambahan sebanyak RM3.6 bilion untuk pembangunan luar bandar; 

p. Peruntukan khas sebanyak RM100 juta untuk program-program pembersihan dan pengindahan desa di seluruh negara.

q. Melaksanakan sepenuhnya janji-janji di dalam Buku Jingga termasuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, akta-akta bersabit media dan percetakan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Universiti dan Kolej Universiti;

r. Membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi seperti yang dicadangkan Pakatan Rakyat dalam tahun 2011 untuk memansuhkan semua peruntukan undang-undang yang bertentangan dengan amalan demokratik;

s. Melaksanakan serta-merta semua tuntutak BERSIH2.0;

t. Merombak Jabatan Perdana Menteri dengan menaiktaraf jabatan-jabatan bersabit tata kelola dan pertanggungjawab nasional seperti SPR, SPRM, Biro Pengaduan Awam dan lain-lain supaya bertanggungjawa terus kepada Parlimen;

u. Pengenalan laporan setengah tahun perbelanjaan dan prestasi kewangan negara yang dibentangkan ke Parlimen bersama-sama dengan laporan Ketua Audit Negara; 

v. Pembentukan tujuh Jawatankuasa Parlimen untuk membahaskan belanjawan di peringkat Jawatankuasa secara terperinci.


Tuesday, October 11, 2011

Rosmah hadiri Mesyuarat Sulit Bajet 2012 dikritik


PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.

Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.



Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.“Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.
  Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

“Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?” kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.

Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah,” kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.

@Pantherian  - Tidak sangka Tweet di Twitter mengkritik Rosmah Mansur dipetik masuk dalam berita oleh KeadilanDaily dan Harakahdaily.  Malam semalam, rakan di Penang melaporkan tweet aku di laporkan di Harakahdaily dan followers di akaun naik mendadak.

Najib diharapkan dapat membimbing isterinya, Rosmah supaya dapat membezakan URUSAN NEGARA dan URUSAN RUMAHTANGGA,

Friday, October 7, 2011

EX CEO Petronas TS Hassan Marican terbuang di Malaysia, diburu syarikat US dan Singapura

Hassan Marican, who retired as Petronas CEO last year because of friction with the Najib administration, has accepted another directorship outside Malaysia, this time at US oil and gas giant ConocoPhillips.

Since leaving Petronas at the beginning of last year, Marican has accepted several directorships with Singapore GLCs including at Sembcorp, SembCorp Marine and Singapore Power.ConocoPhillips said today that Marican was appointed as a new outside director effective December 1, 2011.

ConocoPhillips is a global integrated energy company. The company is headquartered in Houston with approximately 29,900 employees, US$160 billion (RM506.05 billion) of assets and US$244 billion in annualised revenues as of June 30, 2011.

@Pantherian - Tertarik membaca berita mengenai TS Hassan Marican yang menjadi buruan gergasi besar syarikat minyak US seperti Conoco Philips untuk menjawat jawatan besar di firma terbabit. Beliau kini menjadi Pengarah di beberapa syarikat GLC Singapura  seperti Sembcorp, SembCorp Marine dan Singapore Power.

Sedih melihat orang luar kebanyakan negara bukan Islam dapat menilai kebolehan dan kemampuan tokoh perniagaan Melayu tersohor seperti TS Hassan Marican. Beliau sepatutnya dilantik menjadi penasihat atau ahli lembaga pengarah syarikat GLC dalam negara kerana pengalaman dan kebolehan beliau mampu dimanfaatkan untuk kepentingan pembangunan negara.

Selepas persaraan beliau, banyak orang memperkatakan kontrak Petronas berkaitan Oil & Gas banyak diberi kepada syarikat kroni. Dulu zaman Pak Lah terkenal dengan syarikat anaknya iaitu Scomi ,kini ia diambilalih oleh Kenchana Petroleum milik anak Mahathir.





Monday, October 3, 2011

PM Najib akan disepina ke Mahkamah Perancis






Cytnhia berkata, ia berhubung urusniaga membabitkan pemberian komisen kapal selam berkenaan yang dilakukan pada 2002 ketika Najib menjadi menteri pertahanan.“Kita ada bukti cukup kuat untuk memulakan perbicaraan, individu terlibat akan disepina ke mahkamah,” kata Cynthia.

Katanya,  perbicaraan itu tetap akan berlangsung di Perancis walaupun terpaksa ditunda daripada tarikh asal iaitu September lalu.“Kita jangkakan perbicaraan boleh bermula September, tetapi peguam memberitahu ada sedikit masalah di Perancis kerana ada pihak cuba halang kes ini daripada diteruskan.

“Kita tidak tahu samada pihak di Perancis atau pihak dari Malaysia, kita tunggu. Kes ini akan berlangsung,” ujarnya ketika ditemui Suara Keadilan Jumaat lalu.

“Peranan saya sebagai panel, peguam akan beritahu mengenai kes, dan saya akan beritahu mengenai isu-isu rasuah yang melibatkan pembelian peralatan keselamatan dan pertahanan negara,” tambah beliau.Menurut Cynthia, selain menghadiri forum tersebut, beliau dijadualkan bertemu dengan peguam-peguam yang dilantik Suaram bagi mengetahui perjalanan kes.

Jumaat lalu, beliau berlepas ke London bagi menghadiri forum di Universiti Holborn, bagi memberi penerangan kes itu kepada hadirin di sana tentang perjalanan kes rasuah itu bersama peguam kedua yang dilantik Suaram, Joseph Breham.

Selaku ahli panel yang bertindak mewakili rakyat Malaysia, beliau turut mendedahkan rasuah lain yang turut melibatkan pembelian peralatan pertahanan negara.Cynthia juga dijadual menghadiri  mesyuarat dengan tiga peguam yang terlibat dalam kes ini pada hari ini dan esok.

“Kita akan bincangkan secara mendalam selain akan ditemuramah oleh media dari Perancis,” katanya.


@Pantherian - Selepas disepina oleh Mahkamah Jalan Duta  untuk kes sodomi, PM Najib Razak sekali lagi akan disepina ke Mahkamah Paris untuk pendengaran kes Skandal Scorpene yang melibatkan komisyen jutaan RM.

Sama-sama kita nantikan pembongkaran kes skandal Scorpene ini sehingga mengakitbatkan kematian Altantuya yang mati dibunuh oleh Polis UTK yang juga polis  pengiring Najib.

Kebenaran akan ketemu JUA, InshaALLAH.

Saturday, October 1, 2011

29 September -Insiden Mata Lebam Anwar permulaan kebangkitan rakyat


(Oleh: Nabihah Hamid,Keadilandaily)
 
KUALA LUMPUR: Tanggal 29 September 1998 genap 13 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul di mahkamah dengan mata lebam akibat dibelasah Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Tarikh itu menyaksikan institusi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) diperkudakan bagi memenuhi konspirasi peringkat tertinggi, termasuk badan kehakiman untuk memenjarakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Tragedi mata lebam Anwar merupakan detik hitam pada era pemerintahan diktator Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merencanakan satu konspirasi untuk menjatuhkan timbalannya itu dengan fitnah seks dan salahgunakuasa.


Ketika Anwar muncul di mahkamah dengan mata lebam selepas ditangkap polis pada malam 20 September 1998, Mahathir menuduh Anwar  memukul dan mencederakan dirinya sendiri.Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim  ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM.

Menurut Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, sejak tragedi penangkapan Anwar dan insiden mata lebam itu, imej polis terus menjunam  dan sehingga kini ia tidak berjaya dipulihkan.
“Kalau orang tulis tentang sejarah polis, 29 September merupakan titik hitam sejarah polis kerana pada masa itu kredibiliti mereka menjunam, sehingga lah sekarang,” kata beliau.

Tahun 1998 katanya merupakan tarikh keramat perjuangan  menuntut reformasi, menyaksikan kebangkitan rakyat segenap lapisan, terutama golongan muda menentang pemerintahan diktator Mahathir.

“Kempen secara terbuka banyak dilakukan tentang perjuangan hak asasi dalam menentang undang-undang yang zalim. Peristiwa mata lebam secara langsung memberi kekuatan kepada rakyat untuk terus berjuang,” kata beliau.

Rafizi merupakan pengendali laman web Free Anwar Campaign- sebuah laman yang aktif pada era reformasi mendesak pembebasan Anwar- ketika semua media dikawal ketat oleh pemerintah.

Sejak itu katanya, rakyat mula sedar tentang makna demokrasi, kebebasan bersuara, hak asasi manusia dan kebebasan media.

“Selepas peristiwa mata lebam Anwar, informasi di internet bercambah dengan cepat dan mendapat tempat, termasuk laman-laman web reformasi yang menjadi perintis kepada blog sekarang,”

“Selama 50 tahun, tiada orang mengambil berat tentang kebebasan media, namun rakyat sedar akan penipuan (media) dan sampai sekarang kredibiliti media telah jatuh. Beberapa pihak  mengasaskan media alternatif seperti Malaysiakini,” katanya.

Katanya lagi, peristiwa pemecatan Anwar sehingga  dipenjarakan kemudian telah menyatukan NGO seperti Adil dan tertubuhnya Parti Keadilan Nasional pada 4 April 1999.

“Dan dari situ tertubuh Keadilan (Parti Keadilan Rakyat)  dan  wujud satu pakatan alternatif  antara parti pembangkang yang menentang Umno-BN dan terbentuklah Pakatan Rakyat seperti sekarang,” katanya.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Mat Zain Ibrahim sebelum ini mengesahkan bukti-bukti yang digunakan terhadap Datuk Seri  Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah ’98 dipalsukan.

Mat Zain, pegawai yang menyiasat insiden mata lebam Anwar itu membuat pendedahan itu dalam surat-surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau mengesahkan pemalsuan bukti itu dilakukan pegawai penyiasat polis pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dan ketua pasukan pendakwa raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.Anwar kini berdepan satu lagi konspirasi kedua, yang diteruskan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak dengan menggunakan skrip hampir sama pada 1998.

Pada hari ini juga, Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor memohon mengenepikan sepina ke atas mereka, supaya hadir sebagai saksi dalam kes berkenaan.

Share Info !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews