INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, October 28, 2009

Memali - Desak Kosmo tarik balik artikel 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat'

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

PAS Baling mendesak akhbar Kosmo! menarik balik artikel yang bertajuk 'Jangan Pandang Rendah Ajaran Sesat' mengaitkan tragedi Memali dengan ajaran sesat.

Ketua penerangannya Mat Juki Ahamad juga mendesak harian terbitan Utusan Melayu (M) Bhd itu memohon maaf berhubung penyiaran artikel kelmarin.

"Mereka menulis dengan mengaitkan (allahyarham) Ustaz Ibrahim (Mahmud) dengan ajaran sesat dalam peristiwa Memali.

"Perkara ini sudah lama selesai, kerajaan sudah bayar pampasan, tiba-tiba mereka mengingatkan semula," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Selain PAS kawasan itu, aduan polis turut dibuat oleh balu Ibrahim, penceramah PAS yang lantang dan juga bekas seorang pegawai agama di Jabatan Perdana Menteri.

Aduan polis tersebut dibuat di balai polis Baling, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

Mat Juki, yang juga pengetua sekolah yang diasaskan oleh allahyarham, turut menggesa akhbar tersebut mendapatkan maklumat perinci mengenai tragedi itu yang mengorbankan 14 orang pada penghujung 1985.

"Kalau ajaran sesat takkan (Sultan Kedah) Sultan Abdul Halim, sebagai ketua agama Islam di Kedah mahu mencemar duli datang menyiram air mawar (di kuburan Ibrahim dan pengikutnya).

"Ini bermakna allahyarham (Ibrahim) tak sesat," katanya

Link
Pas Wilayah desak Kosmo tarik balik artikel.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews