INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, June 6, 2008

Respon dan fakta mengenai minyak


Semalam Perdana Menteri Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak secara mendadak.

11.30 pagi ini beberapa teman - teman mewakili parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bertemu atas nama 'PROTES' di Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Pertemuan yangturut melibatkan pertubuhan mahasiswa itu telah memutuskan satu perhimpunan yang mensasarkan 100,000 rakyat akan berkumpul di KLCC pada 12 Julai 2008 membantah kenaikan ini.


Tuntutan PROTES ialah kerajaan segera menarik kenaikan harga minyak.

Dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut saya menegaskan
  • Pengumuman kenaikan semalam membuktikan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah menipu dalam kempen pilihanraya yang lepas. Pada 25 Febuari semasa melancarkan Manifesto BN PRU 12 beliau menafikan minyak akan naik selepas PRU dan bebberapa kali menyebut bahawa minyak tidak akan naik 'tahun ini' dalam ucapan PRUnya. Jelas manifesto dan janji Pengarah Pilihanraya BN tipu !

  • Kenyataan menyelamatkan subsidi minyak untuk dimasukkan ke Tabung Makanan Negara amat diragui kerana ketika kenaikan terakhir minyak yang kononya menyelamatkan RM4.4 billion untuk disalurkan demi memperbaiki sistem pengangkutan awam jelas gagal. Tiada sebarang pembangunan meningkatkan pengangkutan awam yang konkrit di buat. Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai. Yang jelas dalam pakej tersebut syarikat berkepentingan keluarga Perdana Menteri yang membuat untung kerana dianugerah kontrak kerajaan atas nama usaha meningkatkan pengangkutan awam. Dan ini pasti berlaku lagi kali ini.

  • Kenaikan minyak akan mengheret kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan lain juga. Hujah kerajaan kononya akan mengawal atau ada cara mengawal harga juga karut , semalam sahaja jelas kerajaan gagal mengawal stesen minyak apabila lewat petang banyak stesen minyak yang tutup kononya atas alasan habis minyak tetapi kembali menjual minyak selepas jam 12 tengah malam dengan harga baru untuk membuat untung lebih. Kerajaan begitu lemah sehingga pemilik stesen minyak juga tidak menghormati kerajaan dan mengambil kesempatan terhadap penguna.

  • Rebet tunai satu cara yang mengarut. Bayangkan bagaimana jika orang yang kaya memiliki kenderaan lebih dari satu maka kenderaan yang kurang digunakan juga mendapat rebet tunai. Sebaliknya orang yang tak berkemampuan yang hanya ada satu kenderaan menggunakan sepenuhnya kenderaan itu tentu malang bagi mereka.

contoh kiraan rebet tunai
Jenis Kenderaan : Proton Pesona
Kapasiti Tangki : 50 liter
Kekerapan minima isi minyak : 4 kali tangki penuh sebulan
Jumlah penggunaan sebulan : 50 L x 4 kali = 200 liter

Harga lama (RM1.92 per liter)

200 L x RM 1.92 = RM 384/sebulan x 12 bulan = RM 4608


Harga baru (RM2.70 per liter)


200 L x RM 2.70 = RM540/sebulan x 12 bulan = RM 6480


Maknanya beza setahun ialah RM 1872 tetapi rebet hanya RM 625.

  • Tindakan ini yang umpama hadiah kepada rakyat yang mengekalkan BN sebagai kerajaan Pusat (walaupun dengan kemenangan yang boleh diragukan) tidak boleh di diamkan. Rakyat atau mana - mana organisasi digalakkan mempertingkat usaha kempen kesedaran dan bantahan terbuka. Protes - protes aman digalakkan khususnya di luar Kuala Lumpur.

  • Rakyat perlu disedarkan kenaikan semalam bukan kemuncak, bulan Ogos ini harga minyak akan diapungkan mengikut pasaran dunia. Harga minyak negara tidak boleh dibandingkan dengan negara bukan pengeluar minyak, kerana sebagai negara pengeluar minyak jelas Malaysia antara negara yang menikmati keuntungan besar hasil minyak dan gas tetapi mendera rakyat dengan harga yang tinggi. Kerajaan kapitalis BN ini jelas bertindak 'double standard' kerana rakyat dikerah mengikut parasaran dunia tetapi koporat kaya seperti pengeluar tenaga bebas (IPP) dan TNB akan terus diberi subsidi dan kenaikan tarif yang menguntungkan mereka tetapi menzalimi rakyat. Harga kereta Malaysia contohnya tidak mengikut pasaran dunia mahal ada yang lebih 3 kali ganda pasaran dunia ini hanya untuk memastikan rakyat terus di dera tetapi kapitalis besar untung sakan.

  • Seperti biasa setiap kali kenaikan rakyat di kerah berjimat.... tetapi bayangkan ketika rakyat derita malangnya elit politik terus menikmati hidup mewah. Contohnya didedahkan di Parlimen baru - baru ini bagaimana penasihat PM dibayar RM 1 juta wang rakyat.

PROTES akan mengadakan 'road show' seluruh negara menerangkan berkenaan isu ini dan untuk mobilisasi ke arah 12 Julai 2008.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews