Tukar separuh pinjaman PTPTN pada biasiswa
KUALA LUMPUR - Seorang senator menyarankan supaya 50 peratus daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada biasiswa, manakala caj perkhidmatan bayaran balik pinjaman dihapuskan.
Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman yang terpaksa ditanggung pelajar dan bagi melahirkan modal insan bermutu untuk pembangunan negara pada masa akan datang.
Katanya, isu pelajar terbeban dengan bayaran balik pinjaman dan caj perkhidmatan yang tinggi adalah antara faktor yang menyebabkan tercetusnya tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12, Mac lalu.
"Bagi mengelak tsunami itu berulang, kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang sesuai untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan dengan terancang. Dahulu, kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar dan apabila tamat pengajian, pelajar dijamin dengan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan akademik.
"Tetapi kini, bukan hanya tidak dijamin pekerjaan apabila keluar daripada institusi pengajian tinggi, malah fikiran pelajar sudah tersemat satu perkataan iaitu 'berhutang' kerana apabila mereka menamatkan pengajian, hutang antara RM50,000 hingga RM60,000 tidak termasuk caj perkhidmatan menunggu mereka,'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini semalam. - Bernama
PTPTN tidak cadang beri biasiswa
KUALA LUMPUR 2 Jun — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bercadang untuk memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang berikutan dana pembiayaan badan itu tidak mencukupi.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron berkata pinjaman PTPTN disediakan untuk memastikan tiada pelajar yang gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.
“Cadangan untuk menukar 50 peratus pinjaman kepada biasiswa tidak dapat dilaksanakan kerana bayaran balik oleh peminjam (penting) bagi memastikan dana sentiasa mencukupi untuk pelajar akan datang,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini hari ini.
Mengenai caj perkhidmatan pinjaman PTPTN sebanyak tiga peratus, beliau berkata kementerian sentiasa peka masalah peminjam dan sedang mengkaji sama ada caj perkhidmatan perlu dihapuskan serta kaedah pembayaran balik pinjaman.
Idris juga berkata dalam usaha merealisasikan universiti Apex, institusi pengajian kelas dunia, pemberian autonomi kepada universiti berkenaan akan dipertingkatkan.
"Sekarang universiti hanya diberi autonomi dalam beberapa urusan seperti pelantikan pensyarah secara kontrak di kalangan pesara, pensyarah bukan warga negara dan pelantikan pensyarah gred Khas Jusa A,” katanya.
— BERNAMA
Untuk kategori pelajar cemerlang ini perlulah membezakan antara kursus2 kritikal dan bukan kritikal.Contoh kursus-kursus kritikal adalah seperti kejuruteraan ,perubatan dan bioteknologi.Pelajar kursus kritikal ini boleh la dikategorikan cemerlang jika mendapat CGPA 3.00 ke atas jika dibandingkan dengan kursus bukan kritikal yang mesti mendapat CGPA 3.5 ke atas.Bagi pelajar cemerlang ini adalah diharapkan kerajaan dapat mengurangkan pembayaran balik pinjaman mereka sebanyak 50% atau 70%.Ini sekaligus mungkin dapat menggalakkan pelajar untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik.
Di harap kerajaan dapat membawa khabar gembira kepada golongan mahasiswa..selepas setuju untuk melakukan semakan Akta AUKU.
1 comment:
KUASA DI TANGAN ANDA,rakyat Marhaen!!!
seperti yang kita ketahui, pilihanraya kali mesti amat sengit dengan PKR di wakili oleh Penasihat DE FACTOnya Dato' seri Anwar Ibrahim. Saya amat pasti saudara mesti menyokong PKR.Diharap saudara dapat membuka hati kembali kepada UMNO semula dan terus berada saBAGAI ahli parti yang setia kepada pucuk pimpinannya,sekian salam dari perantauan mad gwar
Post a Comment