INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, August 12, 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA & PELUNCURAN BUKU "YUSUF AL-QARADHAWI & KEBANGKITAN RAKYAT" OLEH DS ANWAR IBRAHIM


JEMPUTAN KE MAJLIS BERBUKA PUASA & PELUNCURAN BUKU "YUSUF AL-QARADHAWI & KEBANGKITAN RAKYAT" OLEH YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM, PENASIHAT EKONOMI NEGERI SELANGOR

Assalamu 'Alaikum dan salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita bagi pihak Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, saya memanjangkan jemputan kepada pihak tuan/puan untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa & Peluncuran Buku "Yusuf al-Qaradhawi & Kebangkitan Rakyat" oleh YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Butiran majlis adalah seperti di bawah:


Tarikh: 14 Ogos 2012 (Selasa)

Masa : 7.00 malam - 10.30 malam



Semoga tuan/puan berkelapangan untuk hadir dan bersama-sama memeriahkan majlis di samping mencambah pemikiran serta menimba ilmu yang bermanfaat dari majlis ini.

Sekian, terima kasih,

NAJWAN HALMI
Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor

Borak bersama Anwar Ibrahim di Google Hangout

 
Borak Bersama Anwar is a Google Hangout event with Dato' Seri Anwar Ibrahim that will be broadcasted live via Youtube.

We would like to encourage people to post their video questions on Youtube and share the link on our Facebook or Google Plus event page. We will also go through your notes and questions to determine our topics for the night.

If we find your questions interesting, we will also invite you to be one of our panels live as well.

Thank you, and hope to see you at Borak Bersama Anwar.
 
Please click here GOOGLE +  dan Facebook

Saturday, August 4, 2012

Memaknai Idealisma Pengistiharan Kemerdekaan.




Mari kita panjangkan renungan di sebalik kontroversi tema kemerdekaan yang diambil daripada slogan retorik Parti Pemerintah, kita persetankan lawak lagu rasminya "Janji Ditepati" yang dinukilkan Pak Menteri, di mana menurut penulis terkenal Buddhi Hekayat "bagai meletakkan pisau di leher rakyat!".

Pengistiharan kemerdekaan

Anak bangsa Malaysia perlu kembali mewacanakan secara serius semangat & idealisma Dokumen Pemasyuran Kemerdekaan. Apa yang disebut dalam Peristiharan Keramat tanggal 31 Ogos 1957. Dokumen yang diibaratkan sebagai "sijil lahir" kepada sebuah Negara yang merdeka.

"Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen."

Nah! Pemasyuran kemerdekaan meletakkan asas penting pembentukan negara, Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen yang meletakkan hak-hak serta kebebasan rakyat dan pemerintah yang dipandu undang-undang tertinggi iaitu Perlembagaan.

Hak Asasi & Kebebasan

Jika diimbau sepanjang pemerintahan Tun Mahahir ini merupakan perkataan tabu, dengan pemaksaan maksimum akta-akta drakonian yang menyekat kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain serta juga Akta Peraturan Polis. Malah diburukkan lagi dengan campurtangan Eksekutif terhadap Legislatif & Kehakiman maka tidak hairan jika indeks demokrasi diukur paling rendah pada zamannya.

Filasuh John Locke, di dalam karya Agungnya "Two Treatises of Government" menggariskan asas-asas kebebasan, persamaan dan matlamat sebenar kerajaan. Teori Locke meletakkan asas baru pemerintahan dan pemerintahan tersebut adalah terbatas. Beliau juga menghalusi hak-hak asasi rakyat di dalam pemerintahan sebuah negara.

Maka inilah yang disebut dalam dokumen tertinggi undang-undang negara kita. Kuasa Pemerintah & hak rakyat dibataskan dengan perlembagaan dan untuk mengimbangi, diaplikasikan pula konsep pemisahan kuasa antara Eksekutif, Legislatif & Kehakiman . Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya “kezaliman”, di mana dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan dengan cara membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan imbang.

Demokrasi

Kita panjangkan perbincangan dalam konteks Demokrasi, tidak dapat dinafikan lagi rakyat Malaysia dewasa ini berada di persimpangan demokrasi. Apakah kita akan maju kepada tahap demokrasi yang matang, demokrasi yang tidak memiliki undang-undang yang menyekat hak kebebasan asasi, demokrasi yang akan merangsang kreativiti manusia atau mahu terus kekal sebagai demokrasi palsu?, demokrasi otokratik yang tidak menghargai akal manusia?

Amalan demokrasi yang matang haruslah menjamin kesemua yang disebut oleh Perlembagaan. Dari gemblengan partisipasi massa untuk menyertai demokrasi, Pengendali Demokrasi yang bebas campurtangan, gelanggang politik yang sama luas, akses bebas media sehinggalah perdebatan terbuka tentang idea sang Politikus. Bukan hanya faham sempit setiap lima tahun membuang undi.

Jiwa Merdeka.

Mari kita renung gagasan tokoh besar kemerdekaan, Dr. Burhanuddin Al Helmy lewat puisi patriotiknya:

Di atas runtuhan Kota Melaka,
Kita bangunkan jiwa merdeka,
Bersatu-padulah seluruh baka,
membela hak keadilan pusaka.

Gagasan ini meletakkan perjuangan membangun "Jiwa Merdeka" sebagai agenda paling utama. Apakah kontra kepada jiwa merdeka? jiwa yang penakut, hilang daya juang, rendah diri, tiada wawasan, tiada mampu berfikir secara kritis dan seterusnya.

Mengisi kemerdekaan dengan agenda pembinaan Jiwa Merdeka adalah babak perjuangan yang cukup penting dan kritikal. Nilai-nilai Patriotisme serta Pencerahan tulen perlu diserap kepada setiap anak bangsa dalam pembinaan Jiwa Merdeka. Menghargai daya fikir, martabat dan maruah diri serta mewaspadai rempuhan unsur-unsur negatif yang melemahkan.

Apakah kita berdaya untuk memunculkan Jiwa Merdeka jika saban hari disuburkan dengan budaya politik kotor, fitnah-mengaibkan yang jika direnung sejarah Si Kitol padahya cukup parah, bisa memusnahkan maruah bangsa sendiri.

Pembangunan material sahaja tidak cukup, walhal di dalam jiwa masih lagi jauh untuk menghargai kemerdekaan, wahasilnya adalah wawasan palsu apabila sesuatu bangsa berbelanja besar membina pelbagai mercu tanda melangit yang tidak menandakan apa-apa di jiwa selain rasa rendah diri.

------------------------------------------------------------------------------------
Hasani Mohamed, seorang Jurutera & Aktivis AIC yang komited mahu
meletakkan Perubahan terhadap Negaranya.

Thursday, August 2, 2012

Rafizi Ramli tuntut Suruhanjaya Diraja untuk siasat skandal LRT Ampang


Anugerah kontrak bernilai RM1.1 bilion kepada Konsortium George Kent bagi pembinaan tambahan laluan LRT Ampang mengesahkan campur tangan dan salahguna kuasa Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti yang didedahkan sebelum ini.

Sehingga kini, beliau tidak menafikan bahawa:

1. Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan dalam mesyuarat bilangan 1/2012 telah memutuskan bahawa Konsortium Balfour-Beatty adalah pembida terbaik dari segi harga dan kepakaran teknikal;

2. Jawatankuasa yang sama dan dipengerusikan beliau dalam mesyuarat bilangan 5/2012 telah membatalkan keputusan tersebut dan melantik Konsortium George Kent, walaupun pembida itu diputuskan tidak layak oleh penilai pakar kerana markah penilaian teknikal antara yang tercorot;

3. Daripada 8 pembida, 3 pembida adalah syarikat yang ditunjangi oleh Thales, sebuah syarikat besar dari Perancis yang sebelum ini dikaitkan dengan dakwaan merasuah Dato’ Seri Najib dan sekutu kanan beliau; dan

4. Pemilik George Kent dilaporkan sebagai seorang kenalan rapat Dato’ Seri Najib.
Fakta-fakta yang tidak dinafikan ini secara jelas menunjukkan ada unsur-unsur salahguna kuasa dan penyelewengan apabila syarikat milik rakan karib Dato’ Seri Najib dianugerahkan kontrak besar walaupun tidak mempunyai pengalaman atau kepakaran.

Walaupun saya telah membuat laporan polis dan saya sendiri telah disiasat polis, itu tidak mempunyai apa-apa kesan kepada keputusan yang akan melibatkan nyawa jutaan rakyat dan berbilion ringgit wang rakyat. Jelas sekali bahawa pihak polis dan SPRM tidak berkuasa untuk menyiasat Dato’ Seri Najib sehinggakan anugerah kontrak tersebut terus dibuat tanpa mengira kemarahan rakyat.

Mengambil kira kegagalan pihak polis menyekat perlakuan salahguna kuasa di peringkat tertinggi kerajaan ini, saya mendesak supaya sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat peranan dan campur tangan Dato’ Seri Najib di dalam penganugerahan kontrak tersebut kepada rakan karibnya.

Lebih-lebih lagi apabila ada beberapa persoalan besar mengenai kepentingan awam yang berkait dengan kes ini:

1. Campur tangan Dato’ Seri Najib di dalam proses perolehan projek-projek negara menggambarkan kroniknya amalan rasuah dan salah gunakuasa di peringkat tertinggi negara;

2. Kemungkinan wujudnya campur tangan Dato’ Seri Najib di dalam institusi-institusi negara seperti Kamar Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia apabila individu yang terlibat 
mendedahkan skandal beliau terus dihadapkan ke mahkamah kurang 24 jam dari pengumuman anugerah kontrak kepada George Kent;

3. Persoalan mengenai hubungan Dato’ Seri Najib dengan Thales yang didakwa terlibat dengan penjualan dokumen sulit pertahanan negara membayangkan penglubatan pimpinan tertinggi negara dalam kegiatan yang mengkhianati negara.

Persoalan dan tuduhan-tuduhan ini hanya boleh dirungkai melalui sebuah Suruhanjaya Diraja yang mempunyai kuasa penuh menyiasat seorang Perdana Menteri.

Jika Dato’ Seri Najib yakin beliau tidak bersalah, beliau tidak perlu gentar untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat semua dakwaan ini.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews