INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Thursday, September 8, 2011
Mat Indera :MB Johor cakap macam British "Mat Indera ialah pengganas"
Pemuda PAS Johor berkata tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman melabelkan Mat Indera dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional.
"Tindakan beliau (Ghani) melabel Mat Indera dengan semudahnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim adalah sama sekali tidak rasional," tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Hujah Ketua Pemuda PAS Johor
a) jika tindakan Mat Indera menyerang rumah pasung Bukit Kepong 1950 yang pentadbirnya ketika itu adalah British dan benderanya masih lagi bendera Union Jack, "saya mahu beliau (Ghani) beritahu kepada saya apakah status Tok Janggut yang turut mengambil tindakan yang sama sewaktu menentang penjajah British di Kelantan?"
b) Bagaimanakah Ghani boleh bercanggah dengan penulisan berkaitan Mat Indera sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan dalam buku Pengukir Nama Johor yang beliau sendiri menjadi penaung dan penulis prakata bagi buku ini?
"Bahkan buku itu merupakan terbitan Yayasan Warisan Johor yang merupakan agensi kerajaan negeri itu sendiri? "Bagaimana selama ini semuanya ok dan baru kini beliau menyanggah buku yang beliau iktiraf sendiri?" tegasnya.
c) Satu penemuan dan kajian baru tulisan Ismail Adnan berkaitan sejarah Bukit Kepong 1950 ini juga perlu dijadikan asas agar ruang kepada debat ilmiah serta kajian akademik dibuka semula, bukan dengan cara melabel secara semberono sepertimana dilakukan oleh Ghani.
"Hujah yang beliau gunakan adalah saling tak tumpah seperti alasan dan hujah dari seorang pagawai British untuk menentang kemaraan pejuang-pejuang kemerdekaan yang berjuang dengan darah dan airmata sewaktu negara kita masih dijajah dahulu," katanya.
Link MB Johor -Mat Indera pengganas
@Pantherian - UMNO kini sudah mula takut dek kerana isu yang dimainkan oleh mereka kononnya Mat Sabu sokong komunis kini memakan diri . Rakyat terutama anak muda sudah mula dahagakan kebenaran tentang sejarah sebenar perjuangan ke arah kemerdekaan negara.
Isu Mat Indera telah mula diselongkar oleh anak muda seluruh negara melalui sumber internet dan bacaan buku. UMNO melalui MB Johor telah "turn" 360 darjah apabila mengatakan Mat Indera ialah pengganas dan pengkhianat. Jika sebelum ini, Mat Ghani sign dan menulis prakata buku tersebut yang bermaksud beliau mengiktiraf sumbangan dan ketokohan Mat Indera.
Nampaknya , ada desakan kerajaan pusat supaya MB Johor kecam anak watan Johor sebagai pengganas melawan British.
Syabas Mat Sabu !
Rakyat sudah tahu UMNO tidak ubah seperti penjajah British kecam anak watan sebagai yang menentang British sebagai "Pengganas"
Tuesday, September 6, 2011
Panas! Reezal Mamak UMNO P.Pinang tipu rakyat,sorok resit kos perubatan Mat Sabu
Sumber Penang Daily
GEORGETOWN – UMNO Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.
Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana Perbadanan Bekalan Air (PBA).
“Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk…saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang),” ujar beliau.
Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.
Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.
Lim berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ Selangor sahaja.
Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa pula berkata, pihaknya wajar berlaku profesional membiayai kos perubatan ahli lembaga pengarahnya.Ditambah dengan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA yang dijadualkan pada 19 Ogos lepas, beliau berkata pihaknya wajar melakukan tanggungjawab korporat kepada Mohamad.
“Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah ‘manfaat perubatan’. Ini adalah keputusan korporat.
“Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA),” ujar beliau.Sambil menegaskan bahawa PBA tidak pernah menyeleweng dana rakyat, beliau berkata manfaat yang disumbangkan kepada Mohamad adalah rekod pertama bagi tahun ini.
Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.
Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.

[Caption: Resit perubatan yang didedahkan oleh pembangkang]

@Pantherian - Sememangnya saya sudah agak UMNO PP terutama Mamak Reezal yang mengaku Melayu ini "kaki kencing" sehingga sanggup tipu resit kos perubatan Mat Sabu.
Mamak tongkang ini tunjuk satu resit sahaja kemudian kata Mat Sabu tipu "claim", satu Malaysia tonton mamak tongkang ini dok penipu rakyat.
Lepas itu, Mamak PERDA Tok Musa tokok tambah kononnya dalam Perjanjian Pekerja PBA , Mat Sabu tidak layak claim kos perubatan disebabkan menyertai perhimpunan haram.
Tok Musa tokey Bandar Perda ini tidak faham bahawa Ahli Lembaga Pengarah seperti Mat Sabu tidak termasuk dalam perjanjian antara kakitangan PBA dan majikan. Nak kata BODOH, kasihan pulak tetapi dia pemaju tersohor Bandar Perda.
Tok Musa tokey Bandar Perda ini tidak faham bahawa Ahli Lembaga Pengarah seperti Mat Sabu tidak termasuk dalam perjanjian antara kakitangan PBA dan majikan. Nak kata BODOH, kasihan pulak tetapi dia pemaju tersohor Bandar Perda.
2 Mamak bukan wajah Melayu ini memang kaki kencing !
Saturday, September 3, 2011
Panas ! Kerajaan Johor iktiraf sumbangan Mat Indera,sokong Komunis?
| oleh Mohamed Hadi Al Majwi bersumber "Pengukir Nama Johor" | ||||||||||
Sebelum kita disesatkan lebih jauh lagi oleh media-media parti pemerintah, eloklah kita semua kembali ke pangkal jalan, mengkaji dan memahami semula sejarah. Sebetulnya tatkala kali pertama saya menonton klip video ceramah Mohamad Sabu (Mat Sabu) mengenai tragedi Bukit Kepong itu, hati saya telah terdetik "Apa sajalah yang UMNO akan merapu lepas ni". Dan memang saya mahu saksikan, label apakah yang hendak dicop kepada Mat Sabu rentetan daripada ceramah beliau. Sememangnya ucapan Mat Sabu telah diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia dan kalau salah bacaan, kita juga akan terperangkap dengan permainan Utusan Malaysia. Mat Sabu tidak pernah menyebut komunis, tetapi hanya menyebut nama Mat Indera, pejuang yang telah mengetuai serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Inti ucapan Mat Sabu ialah ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan yang peranannya digelapkan oleh parti pemerintah, tetapi di tangan Utusan Malaysia, tiba-tiba Mat Sabu pula yang sokong komunis! Yayasan Warisan Johor iktiraf Mat Indera Saya tidak perlu membuat rujukan daripada pelbagai sumber untuk membuat pendirian bahawa Mat Indera ialah seorang pejuang kemerdekaan, seperti yang disebutkan oleh Mat Sabu. Saya hanya merujuk kepada buku biografi Pengukir Nama Johor yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Di dalam buku ini terdapat 22 biografi ringkas tokoh-tokoh ternama Johor dan salah seorang daripadanya ialah Mat Indera sendiri. Jangan tak percaya, Yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi tetap UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini. Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerajaan Johor. Nah, saya tak pasti adakah selepas ini nama-nama ini pula akan dilabelkan sebagai pengkhianat tetapi merekalah yang bertanggungjawab mengangkat ketokohan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Siapa Mat Indera? Mat Indera, atau Ahmad bin Indera lahir di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor pada tahun 1920. Beliau pernah bertugas sebagai guru agama di Parit Setongkat, Muar pada tahun 1937. Diceritakan juga Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa Mat Sabu supaya bertaqwa baru-baru ini. Di dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama, Mat Indera pernah menerima anugerah butang perak daripada kerajaan Johor di atas kecemerlangannya di dalam peperiksaan tersebut. Selepas lulus peperiksaan Darjah Khas, beliau bertugas di Sekolah Agama Bandar Pontian sebagai guru agama. Sewaktu pendudukan Jepun, Mat Indera bekerja sebagai peniaga beras. Setelah British kembali, Mat Indera bertugas pula sebagai ketua pengangkut beras di Pelabuhan Muar. Di waktu inilah Mat Indera membabitkan diri di dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Pada awalnya, Mat Indera dilantik menjadi Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) daerah Muar sewaktu API dipimpin oleh Ahmad Boestamam. Ketika British menguatkuasakan undang-undang darurat pada tahun 1948, semua parti politik berhaluan kiri diharamkan, termasuklah API (UMNO masih halal ketika ini dan hanya pernah haram sekali sahaja pada tahun 1988). Secara tidak langsung, Mat Indera menjadi buruan penjajah British. Oleh kerana hanya komunis sahaja yang berjuang menentang British di dalam hutan, tidak dapat tidak Mat Indera terpaksa menjalinkan hubungan dengan komunis. Tindakan Mat Indera bersatu tenaga dengan komunis mencetuskan kemarahan British yang menawarkan hadiah sebanyak $25,000.00 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Ibu bapa Mat Indera, adiknya Johan Shah serta datuk dan nenek Mat Indera terpaksa keluar masuk penjara selama beberapa bulan kerana disoal siasat oleh pihak British, namun Mat Indera masih gagal diberkas oleh penjajah. Mat Indera dan Bukit Kepong Peranan Mat Indera di dalam tragedi Bukit Kepong juga hangat diperdebatkan. Banyak teori yang dikemukakan, ada yang mengiyakan, tapi tak kurang juga yang menafikan. Namun hampir kesemuanya bersetuju Mat Indera terbabit secara langsung menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong. Misalnya, anggota polis marin yang terselamat di dalam tragedi itu, Abu Bakar Daud menafikan bahawa Mat Indera turut menyerang anggota polis, sebaliknya Mat Indera melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis daripada menjadi mangsa pihak komunis. Seorang komunis Melayu, Shahran Abdul Ghani yang pernah aktif di kawasan Yong Peng mengesahkan bahawa serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong diarahkan oleh Mat Indera. Adik Mat Indera, Johan Shah pula mendedahkan bahawa abangnya mengaku bahawa beliau (Mat Indera) bertanggungjawab mengarahkan serangan ke atas Rumah Pasung Bukit Kepong tetapi tidaklah sehingga ke tahap membunuh dan membakar balai polis. Apa yang berlaku ialah orang-orang bawahannya yang berbangsa Cina telah melanggar arahan Mat Indera dan membuat pakatan rahsia tanpa pengetahuan Mat Indera. Apa pun peranan sebenar Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong itu, pihak British telah melabelkan Mat Indera sebagai pengganas dan tawaran dinaikkan kepada $75,000.00 untuk sesiapa yang berjaya menangkap Mat Indera. Rancangan demi rancangan diatur, akhirnya pada 1952, Mat Indera tertangkap setelah diperdayakan oleh rakan yang dipercayai olehnya. Beberapa pemimpin Melayu, antaranya Kadi Haji Ahmad Shah Haji Abdul Jabar cuba memujuk Mat Indera supaya bertolak ansur dengan penjajah sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera. Akhirnya, Mat Indera didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 30 Januari 1953. Tafsiran sejarah bukannya pengkhianatan Buku ini turut memuatkan biografi tokoh yang terlibat secara langsung menangkap Mat Indera iaitu Bajuri Haji Siraj atau Sarjan Bajuri. Beliau merupakan pegawai yang terlibat untuk memberkas Mat Indera dan menerima habuan $75,000.00 seperti yang ditawarkan oleh pihak British. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Pontian dan pernah bertanding sebagai calon bebas setelah tidak terpilih sebagai calon Perikatan di dalam pilihanraya kecil Dun Pontian Kecil pada tahun 1961. Di bahagian Pendahuluan buku ini, Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid menyifatkan bahawa kedua-dua versi cerita (Mat Indera dan Sarjan Bajuri) merupakan subjek yang amat menarik untuk terus diperbincangkan dan dibuat kajian lebih lanjut. Ada yang menganggap Mat Indera sebagai wira dan ada pula yang menganggap Sarjan Bajuri sebagai wira. Menurut beliau, sejarah ialah apa yang ditafsirkan dan dikemukakan oleh para sejarawan berdasarkan bukti yang mereka dapati. Katanya lagi, "proses pembuktian dan pentafsiran ini berjalan terus menerus tanpa henti selagi manusia mampu menggali dan berfikir untuk mencari 'kebenaran'". Kebenaran inilah yang dicari oleh setiap pengkaji sejarah. Apa yang dipohon oleh Mat Sabu ialah pihak parti pemerintah memberikan gambaran yang seadil-adilnya kepada para pejuang kemerdekaan dan tidak hanya memberi fokus kepada UMNO sahaja. Golongan kiri, golongan alim ulama' dan golongan yang "bukan UMNO" turut terbabit memperjuangkan kemerdekaan, hatta Dato' Onn Jaafar yang pernah dicop oleh UMNO sebagai boneka British juga turut berhasrat memperjuangkan kemerdekaan. Berikanlah kepada mereka penghormatan yang sewajarnya berdasarkan neraca intelek, bukan bidasan jelik. Tidak dapat difahami mengapa tafsiran sejarah yang berbeza berasaskan hujah-hujah akademik boleh dilabel sebagai pengkhianatan, petualang dan entah apa-apa lagi. Rasional bukan emosi Apabila seorang tokoh politik seperti Mat Sabu memberi tafsiran sejarahnya (yang bukannya tiada asas), mengapa reaksi-reaksi yang timbul langsung tidak ilmiah malah disulami kecaman demi kecaman yang penuh emosi? Berfikirlah secara rasional dan selak kembali lembaran-lembaran sejarah yang mungkin kita terlepas pandang. Bacalah biografi Mat Indera di dalam buku ini, betapa keperibadian Mat Indera disanjung. Latar belakangnya juga mengagumkan. Secara jelas Ismail Adnan menukilkan bahawa "Pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negara, membelakangkan ajaran agama Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan". Di akhir biografi ringkas Mat Indera, penulis ada menyebut "Adakah Mat Indera seorang petualang atau pejuang? ...Dia tidak mempunyai kepentingan peribadi. Dia juga tidak mempunyai niat jahat terhadap bangsa dan negaranya. Dia rela mempertaruhkan nyawanya demi memperjuangkan hak kedaulatan sebuah negara yang terbelenggu oleh rantai penjajahan. Justeru Mat Indera sewajarnya diabadikan namanya sebagai seorang pejuang, bukan seorang petualang". Kenyataan ini saja sudah membuatkan saya tertanya-tanya, adakah Yayasan Warisan Johor juga mahu menjadi pengkhianat seperti Mat Sabu? Bilakah pula agaknya Utusan Malaysia ingin mengisytiharkan Yayasan Warisan Johor sebagai pengkhianat? @Pantherian - Setiap hari TV3 serang Mat Sabu di musim Raya ini sampai Raya kali ini Buletin Utama temanya "MAT SABU" . Semua orang kenal siapa Mat Sabu dari budak kecil sampailah orang tua dek kerana isu Mat Indera komunis. Kini semua anak muda mahu "GOOGLE" ingin tahu siapa "Mat Indera", mereka tidak mahu dengar omongan Ramlah Adam atau Kay Kim yang kata komunis tidak patut dianggap pejuang kemerdekaan. Hits post saya berkaitan Mat Indera naik mendadak dan ini menunjukkan anak muda dan orang ramai ingin tahu siapa Mat Indera. Kini terbongkar pula kisah Kerajaan Johor yang mengiktiraf ketokohan Mat Indera sehinggan namanya tercatat dalam Buku Biografi Pengukir Nama Johor. Adakah kini MB Johor Ghani Othman penyokong komunis? |
Rosmah Mansor isteri PM pertama Malaysia beri perutusan Raya secara solo live
Slot ucapan hari raya khusus untuk Datin Seri Rosmah Mansor adalah paling istimewa untuk seorang isteri Perdana Menteri kerana ia tidak pernah berlaku sebelum ini.
Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.
"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.
"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.
Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.
Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.
Dan bagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, ia mungkin untuk menceriakan kembali tahap penerimaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang merudum teruk.
"Sebelum ini, tidak ada mana-mana isteri Perdana Menteri yang mendapat slotnya sendiri untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya. Sebelum ini, hanya Perdana Menteri sahaja yang mendapat slot seperti itu.
"Rosmah adalah orang pertama dalam sejarah yang mendapat slot khas untuk memberikan ucapan sempena Hari Raya selain Perdana Menteri," katanya.
Mahfuz tidak menolak kemungkinan Rosmah sendiri yang memaksa supaya diberikan slot khas untuknya sendiri bagi memberikan ucapan selamat Hari Raya.
Jika benar Rosmah yang memaksa supaya diberikan slot khas itu kepadanya, Mahfuz tidak menolak kemungkinan isteri Perdana Menteri itu menuntut slot sedemikian untuk memuaskan kehendaknya sendiri.Tetapi dengan sinis Mahfuz berkata, mungkin juga Rosmah menuntut slot khas itu untuk memulihkan tahap puas hati (approval rating) terhadap Najib yang merudum ke tahap paling teruk sejak September 2009.
@pantherian - Jika anda menonton TV baik di saluran Perdana ataupun saluran Astro, mood Raya anda akan tersentak apabila iklan PERUTUSAN RAYA oleh BINI PM, Rosmah Mansor yang secara SOLO berbaju PINK memberi ucapan hampir 10 min dengan wajah "Control Ayunya".
Jangan ditutup TV anda kerana PERUTUSAN RAYA ini amat penting untuk kesejahteraan NEGARA. Rosmah Mansur boleh memohon Malaysia Book of Records mencatat namanya sebagai Isteri Perdana Menteri Malaysia membuat Perutusan Raya secara solo.
Subscribe to:
Posts (Atom)



