Jutaan rakyat di Tahrir Square ! Sejarah dicipta rakyat Mesir tumbang Maha Firaun!
PETALING JAYA: Pimpinan KEADILAN menyeru rakyat bersedia membuat perubahan seperti mana yang berlaku di Tunisia dan Mesir berikutan gelombang kebangkitan rakyat di negara berkenaan menumbangkan kerajaan diktator.
“Kebangkitan Rakyat Mesir, rakyat Tunisia membuktikan mereka sudah muak dengan pemerintahan diktator yang berlaku. Akhirnya rakyat di negara itu terpaksa mengambil tindakan sendiri.
“Ini adalah amaran kepada banyak lagi pemimpin diktator di Timur Tengah, di Asia termasuk negara kita sendiri,” kata Tian dalam ceramah Jelajah Pimpinan Keadilan yang diadakan di Taman Medan, Petaling Jaya malam tadi.
Menurut Tian Chua, di Malaysia, Barisan Nasional terus menunjukkan keangkuhan sejurus selepas memenangi Pilihan Raya Kecil di Tenang baru-baru ini apabila bertindak menaikkan harga minyak yang sekali lagi membebankan rakyat.
Namun katanya, apabila Pakatan Rakyat menawarkan janji program 100 hari bagi membolehkan nasib rakyat dibela, kerajaan mengatakan Pakatan akan menjadikan negara muflis.
“Apabila CEO Syabas di bayar RM400,000 sebulan tidak membazir, Rosmah belanja RM150,000 semalam tinggal di hotel mewah tidak membazir, RM5.4 bilion untuk pembinaan menara 100 tingkat tidak membazir.
“Tetapi apabila kita naikkan gaji guru dalam buku Jingga, kita kata nak turunkan harga minyak, itu dikatakan akan bankrapkan negara,” ujarnya.
Sementara itu Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad menyeru golongan muda di negara ini supaya sedia melakukan perubahan seperti mana yang berlaku di Tunisia dan Mesir.
“Gelombang perubahan yang berlaku di Tunisia dan Mesir bukan dipimpin oleh ahli politik yang lapuk dan usang tetapi oleh golongan muda, mereka golongan muda yang menggunakan teknologi internet di facebook, twitter dan sebagainya,”
“Bila kita boleh lihat gelombang itu berada di Malaysia di lakukan anak-anak muda,” tegas beliau.
No comments:
Post a Comment