Laporan National Review ada memetik ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak di Turki yang dikatakan sarat dengan prasangka buruk terhadap ulama’ terkemuka Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Najib dilaporkan menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di Mesir kerana masih terlibat dengan keganasan. Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin.
Saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ekstrim kanan di Amerika Syarikat. Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?
Kenyataan terbaru Najib juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama’ dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.
Sekiranya Najib mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi, maka mengapa beliau dianugerahkan dengan pengiktirafan selaku Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431?
Dan sekiranya terbukti benar Najib melemparkan fitnah terhadap Sheikh Yusuf al-Qaradawi, maka saya menuntut beliau agar segera memohon maaf dari ulama’ tersebut.
ANWAR IBRAHIM
Sila baca laporan National Review : http://bit.ly/hkI4SA
Sila baca laporan Brookings Institution yang mahu dunia Barat bekerjasama dengan Ikhwanul Muslimin: http://bit.ly/gY2GNW
Bila aku dapat maklumat Ucapan Mat Mongol melalui BB...
Terus aku REPLY pada rakan...
CONFIRM ini nasihat APCO !..hahhaha
Siapa Agen Yahudi sekarang, Agen US ?
Ini ucapan untuk AL BODEKI OBAMA dan Israel...hahaha Kutuk tokoh ulama tersohor sebagai PENGGANAS ?
apa KEJADAHNYA ini PM of Malaysia?
Yang dia kutuk itulah penerima Tokoh Maal Hijrah Malaysia 2010...
Jadi siapa penasihat PM sekarang?
No comments:
Post a Comment