INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, February 23, 2011

Pensyarah Kangkung minta sokong harga minyak naik oleh UMNO



Harga Minyak mungkin naik ?


Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau.


Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa harga minyak dunia, subsidi kerajaan dijangka bertambah pada tahun ini.

Dr. Rusinah menambah, beberapa faktor sama ada secara langsung atau tidak langsung ketika ini juga semakin memperlihatkan bahawa harga minyak dunia akan terus melonjak pada masa depan.

Antaranya, kata beliau, ketidaktentuan politik di negara-negara Arab yang merupakan negara pengeluar minyak terbesar dunia, bencana alam, kemerosotan sumber bumi dan tekanan ekonomi global.

"Faktor-faktor ini sangat sukar untuk dijelaskan oleh kerajaan terutamanya di kalangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana yang akan menanggung kesan daripada kenaikan harga minyak tempatan walaupun lima sen," kata beliau.

Pada masa sama, katanya, kerajaan juga perlu memberi jaminan harga barang keperluan yang pasti naik bersama kenaikan harga minyak akan kembali kepada harga asal selepas penurunan harga bahan mentah itu.

Woi...Pensyarah KangKUng

Apa kejadahnya hang minta Rakyat sokong UMNO naik Harga Minyak?

Malaysia ini negara pengeluar minyak...untung Petronas berbillion RM jika harga minyak dunia naik...

Jadi apa masalahnya? mahu tarik subsidi kepada rakyat...cukup la dengan kenaikan RON 97 utk golongan kaya mengisi minyak...

Rakyat miskin di bawah akan menerima kesan jika RON 95 dinaikkan...

Apa HARAMJADAHnya Kangkung ini sokong...? alasan globalisasi....ikut negara luar naik, Malaysia pun mahu naik..!

Subsidi kepada minyak perlu dikekalkan terutama RON 95...

jangan Bodohkan rakyat wahai Kangkung UNITEN..!...



1 comment:

kangkong belacan said...

kangkong nie dok menjalar jalar nak masuk kabinet dapoq laa tu......
pasai tu kena boh baja sikit........
mana tau lepaih nie masuk calon dan ada chan laa jadi mentori 'yes sir'........

kah kah kah

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews