INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, September 12, 2015

2500 pengguna disasarkan menggunakan KTM Komuter antara Gurun- Butterworth- Kamunting


SEBERANG PERAI – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan kira-kira 2,500 pengguna sehari akan menggunakan perkhidmatan komuter di sektor utara yang memulakan opera­sinya semalam.
Perkhidmatan itu melalui 11 stesen hentian iaitu Kamunting, Bagan Serai, Parit Buntar, Nibong Tebal, Simpang Ampat, Bukit Mertajam, Bukit Tengah, Butterworth, Tasek Gelugor, Sungai Petani dan Gurun.
Presiden KTMB, Sarbini Tijan berkata, perkhidmatan itu yang menghubungkan 11 stesen di utara Perak; Seberang Perai, Pulau Pinang dan selatan Kedah memudahkan pergerakan orang ramai di kawasan tum­puan penduduk tersebut.
“Angka itu dijangka me­ningkat pada masa akan datang memandangkan ia merupakan pelengkap bagi perkhidmatan KTMB sedia ada seperti Per­khidmatan Tren Elektrik (ETS) dan kereta api ekspres yang tidak berhenti di kesemua ste­sen di sektor itu.
“Perkhidmatan komuter sejauh 144 kilometer antara Kamunting-Butterworth-Gurun mengambil masa perjalanan kira-kira dua jam dengan 14 perkhidmatan pergi balik sehari,” katanya.

Ditanya mengenai pilihan laluan Kamunting hingga Gurun dan bukannya Taiping dan Alor Setar, Sarbini menjelaskan, kedua-dua stesen itu diutamakan untuk perkhidmatan ETS dan KTM Antarabandar.

Jelasnya, stesen Kamunting dipilih bagi memberi kemudahan kepada mereka yang bekerja di negeri ini dan hampir dengan perhentian bas dan teksi manakala stesen Gurun pula bagi memudahkan mereka yang bekerja di kawasan perindustrian di situ.

“Pihak KTMB juga akan menambah beberapa lagi perkhidmatan kereta api bermula bulan hadapan hingga Tahun Baharu Cina tahun depan bagi memberi kemudahan kepada pengguna di utara,” ujarnya.

Dalam pada itu seorang penumpang terawal, Muhammad Zamri Md. Isa, 41, berkata, dia teruja untuk mencuba perkhidmatan itu dan menaiki KTM Komuter bersama isterinya, Noor Fazilah Mohd. Zulkifli, 30 dari stesen Tasek Gelugor ke Butterworth sebelum berpatah balik.

“Sebelum ini pernah naik komuter di Kuala Lumpur tapi apabila mengetahui ada perkhidmatan itu di Pulau Pinang, saya teruja untuk mencuba sebelum terus mendapatkan tiket pagi ini sekembali dari kerja.

“Minggu hadapan saya akan bawa anak saya naik komuter ini untuk pulang ke Taiping dan kami boleh berhenti di stesen Kamun­ting,” katanya.

sumber Utusan & Kosmo



No comments:

There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews