INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, April 28, 2009

"Wonderkid" untuk bola sepak Malaysia

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Name: Wan Kuzain Wan Kamal
Date of Birth: September 14, 1998

Football (soccer) wonder kid. Possesses great skills, passing, and speed. Loves the game. Looking to have a future in the game. Plays in the United States. Is feared by all he plays. Well known football (soccer) star in the Midwest of the United States.

He is a good 11 years old footballer and I believe with correct guidance, he can be a decent player at least. Football Association of Malaysia (FAM) should keep in touch with his parent in possibility of getting him representing national team in the future. This is the time FAM should play proactive approach rather than waiting. Nothing will happen if we did not start the first step.

He is eligible for Malaysia nationality because his dad is Malaysian. If FAM could sponsor him to attend a good soccer school and enroll him to Europe football academy, we can get agreement from his parent that he will feature for Malaysia.

Believe me, if we did not do anything, this boy going to be like Shaun Maloney. Malaysian who is playing for Celtic, ex-Aston Villa and Scotland national squad.



Monday, April 27, 2009

PRU Penanti 31 Mei

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

SPR sudah mengumumkan hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei. Nampaknya hari penamaan calon sehari sebelum hari lahirku.

Tetapi aku sedikit kecewa dengan tindakan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini. Sudah semestinya ia akan mengecewakan kedua-kedua parti yang bertanding dalam PRU kecil ini juga PRU akan datang. Alasan SPR juga dirasakan agak remeh iaitu i membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.

Berlanjutan dari larangan ini, mood PRU dan suasana PRU mungkin tidak semeriah di PRU lepas dan mungkin kadar keluar mengundi akan turun. Tetapi aku percaya ahli-ahli parti yang bertanding akan terus dengan rencana berkempen kepada pengundi sebelum mereka membuang undi. Larangan umpama coretan di kertas dan aku percaya perayu undi akan terus berkempen berhampiran pusat pengundian.




Sunday, April 26, 2009

Piala FA- Selangor VS Kelantan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Kehadiran DS Anwar ke Stadium Nasional Bkt Jalil menyaksikan perlawanan Final Piala FA antara Selangor dan Kelantan sememangnya mengejutkan semalam bersama pemimpin yang lain seperti Tan Sri Khalid, Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Belia Sukan yang baru iaitu Datuk Shabery Chek.Kelihatan juga semalam, Tengku Faris yang datang bersama isteri yang jelita iaitu Manohara yang semestinya menjadi tumpuan lensa kamera jurugambar.

Diberitakan oleh rakanku di sana sewaktu DS Anwar sabentar tiba di pentas utama, bergema Bkt Jalil dengan sorakan reformasi yang menjadi trademark Anwar Ibrahim dan berkibaran bendera PAS dan PKR disebalik kibaran bendera negeri masing. Hahaha..apa petanda ini semua..?sokongan cukup kuat rakyat Selangor dan Kelantan kepada beliau dan Pakatan Rakyat.Mungkin terkedu juga Menteri Belia Sukan melihat suasana tersebut di depan matanya.

Kelihatan juga kelibat KJ (Khairy Jamaluddin) yang agak low profile menyorok di saf belakang bersama pemimpin negeri Selangor yang lain walhal dia Timbalan Presiden FAM !!.Nampaknya kehadiran beliau seakan tidak diendahkan oleh FAM.

Sekalung Tahniah kepada Selangor yang memenangi perlawanan tersebut menerusi penentuan sepakan penalti. Ayuh !! Majulah Bola Sepak Malaysia. !!







Thursday, April 23, 2009

ADUN Penanti bebas tuduhan rasuah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


"Untuk pengetahuan semua YB Fairus (bekas) telah bebas dari segala pertuduhan dan terbukti kebenaran mengatasi segala kebatilan dan biarlah setiap pesalah dan konspirator dihukum dengan hukuman dari yang ESA.Allah jua tempat mengadu dan meminta demi kebenaran nantikan hari pembalasan pada mereka yangbermuka-muka dan pada mereka yang suka mengaibkan hambanya yang benar.Takbir" - SMS berlegar di Pmtg Pauh semalam.

Bekas Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengesahkan kes siasatan rasuah membabitkannya telah ditutup.

Beliau berkata, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghubunginya dan memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, berita itu merupakan hadiah cukup bermakna kepadanya lebih-lebih lagi beliau baru sahaja menerima kurniaan anak keenam, seorang bayi lelaki yang selamat dilahirkan semalam.

''Saya telah dihubungi petang ini dan dimaklumkan kes ditutup, sekali gus saya bersih dan tidak bersalah atas tuduhan yang telah dilemparkan selama ini. Saya bersyukur kerana tidak akan didakwa.

''Alhamdulillah ini adalah kemenangan untuk keluarga serta rakyat yang selama ini telah menyokong dan mempercayai saya. Ini adalah satu keajaiban,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau meletakkan jawatan sebagai TKM I dan Exco Pembangunan Keusahawanan & Koperasi, Penerangan & Perhubungan Masyarakat berkuat kuasa 8 April dan surat peletakannya diterima Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada 21 Mac lalu.

Pada 26 Mac pula, Mohammad Fairus ditahan di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor Bahru bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan kemudiannya dibebaskan setelah SPRM mengambil keterangannya.

Penahanan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pendedahan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizuddin Ahmat yang mendakwa terdapat pemimpin PKR negeri terbabit dalam penyelewengan membabitkan kuari di Seberang Perai dekat sini.

Ekoran itu, beliau turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada 16 April lalu yang membuka satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

Mengulas lanjut, Mohammad Fairus berkata, ia jelas membuktikan bahawa semua yang berlaku adalah tohmahan berniat jahat untuk menjatuhkannya.

''Saya gembira kerana nama telah dibersihkan dan kini jelas apa yang berlaku adalah fitnah semata-mata. Saya akan kekal sebagai pejuang rakyat dan akan terus berbuat demikian.

''Dengan kuasa Allah kebenaran telah terbukti, justeru kepada mereka yang telah membuat kerja-kerja yang tidak sepatutnya itu, cepat-cepatlah bertaubat," ujarnya.

Kenyataan SPRM berhubung kes tersebut.



Monday, April 20, 2009

Menawan Dunia- Proton Song

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle




Menawan Dunia

Tidak gentar
Tidak pernah jiwaku terketar
Apa jua yang merintang
Ku pasti jua bertahan (pastinya Proton bertahan)
Dan teguh ke depan
Mengibarkan sayap impian bergemerlapan
Meluncur pergi ke hala persada nan tinggi

Chorus
Kini ku menawan dunia
Telah ku gagahi pawana
Menung dan khayalku bukan lagi sekadar fantasi

Kini ku dipandang dunia
Telahku langkahi hampa dan lara
Dan ternyata kan ku
Menjangkau sejauh jua

Bridge

Yang mustahil mampu diubah
Yang samar pasti tersuar cahayanya
Biar lesu kaki melangkah
Jangan sekali mengalah

Adlib & backup vocals

Nyata kini Proton (menawan dunia)
Terbuktilah Proton (dipandang dunia)
Pasti sudah Proton (menawan dunia)
Nyata kini Proton (dipandang dunia





CEO Proton -Proton Exora



Ucapan yang hebat oleh CEO Proton, Datuk Syed Zainal semasa taklimat Proton Exora kepada tetamu kehormat dan rakyat Malaysia. Sepatutnya CEO lain patut mencontohi gaya ucapan anda yang agak santai dan penuh bermaklumat. Anda membanggakan warga Proton dan rakyat Malaysia. .. !! syabas CEO Proton !!



"Proton dalam bahaya" - DS Najib

Sunday, April 19, 2009

Sistem pendidikan tidak 100% peperiksaan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


" Sistem pendidikan negara bakal melalui transformasi penting tahun depan apabila tidak lagi bergantung 100 peratus kepada peperiksaan bagi menentukan gred pelajar." -Menteri Pelajaran .

Untuk itu, Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) akan diperkenalkan yang memasukkan kecerdasan akademik, sahsiah pelajar dan penglibatan dalam kokurikulum sebagai penentu gred peperiksaan awam.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia akan dimulakan dengan murid prasekolah dan tahun satu.SPPK akan menyebabkan penumpuan terhadap peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikurangkan.

“Langkah ini secara keseluruhannya akan menyediakan modal insan yang holistik,” katanya yang juga Menteri Pelajaran.Katanya, langkah itu menjadikan sistem pendidikan negara tidak terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga kelihatan mengabaikan aspek-aspek lain yang sama penting.

Malah, kata beliau, untuk jangka panjang, kementerian juga sedang menilai sama ada perlu mengadakan sehingga tiga peperiksaan awam. Di bawah SPPK, pemberian markah untuk pelajar akan terdiri daripada empat punca iaitu:

- Psikometri (sikap atau sahsiah seseorang pelajar)

- Kokurikulum

- Berasaskan sekolah (peperiksaan mingguan dan bulanan)

- Berpusat (Lembaga Peperiksaan menyediakan soalan standard peperiksaan di semua sekolah).

Jelas beliau, melalui SSPK, penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan lebih maksimum.Katanya, pihak kementerian mencadangkan 70 peratus markah untuk UPSR adalah berasaskan pentaksiran dan hanya 30 peratus melalui peperiksaan umum.

Bagi PMR pula, katanya, 50 peratus berdasarkan pentaksiran dan 50 peratus lagi dalam peperiksaan manakala untuk SPM, 30 peratus berdasarkan pentaksiran serta bakinya melalui peperiksaan.

“Untuk SPM kita menumpukan lebih sedikit pada peperiksaan kerana keputusan itu penting bagi penempatan pelajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta,” katanya.Jelas beliau, projek perintis SSPK telah dilaksanakan melibatkan 50 sekolah pada tahun lalu dan 500 lagi pada tahun ini.

Katanya, kumpulan pertama pelajar yang akan dinilai UPSR mereka menggunakan kaedah SPPK ialah pada tahun 2015 iaitu apabila murid tahun satu 2010 menduduki peperiksaan awam pada tahun berkenaan.



Friday, April 17, 2009

Protes senyap di Penanti

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Reaksi dan kontra berhubung perletakkan jawatan Yb Mohd Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti dan juga semua jawatan dalam kerajaan negeri Pualau Pinang.Ramai yang tahu akan kelemahan dalam beberapa pekara tetapi kurang enak lah mengatakan seolah-olah beliau langsung tidak melakukan sebarang tugas sebagai Timbalan Ketua Menteri Pualau Pinang dan ADUN Penanti.

Di sini aku mengambil posting dari blog WRLR dimana mereka mengemukakan beberapa sms yang beredar di kalangan ahli dan masyarakat Permatang Pauh yang menunjukkan seolah-olah satu protes akan dilakukan secara senyap terhadap parti tersebut.

Salah satu sms yang di terima pihak kami berbunyi begini.

Perjuangan 98" ..Kita diajar lawan korupsi,kronisma,Nipotisme, dan satu lagi konspirator.Kami tak lupa Mahzab ini....Keadilan Untuk FAIRUS"


Siapa yang menjadi dalang dan menulis dalam Alahai Fairus TKM1 sehingga kini belum pasti .Cuma ada beberapa pihak mendakwa DSAI telah mengetahui dalangnya kerana telah diberikan satu laporan lengkap dan menurut sumber lagi ianya melibatkan beberapa individu dalam parti.

Walau bagaimana pun,ianya adalah masalah PKR dan kita menganggap bahawa ianya satu kelemahan dan masih gagal dibendung.Kita tahu DAP ada masalaah dalaman, PAS sedang dan akan juga bergolak dalam sedikit masa lagi , namun agak berbeza kerana PAS mengamalkan Syura iaitu dengan berunding dan DAP seolah-olah semacam PAS kerana parti ini telah lama menjadi pembangkang sejak azali walau PAS pernah tidur sebantal dengan Umno dan mimpi berlainan.

Oleh kerana menjadi pembangkang oposisi yang lama dalam negara, kedua-dua parti tersebut hampir berjaya menyelesaikan masalah dalaman yang dianggap boleh menjejaskan parti mereka dan tidak di londeh dikhalayak umum.Berlainan dngan apa yang sedang berlaku.Masyarakat seolah-olah menyalahkan orang lama dalam PKR kerana gagal membendung gejala ini walau telah lama mengetahui akan perkara ini.Ada yang menyatakan bahawa "tiada kuasa","masalah Fairus", malah ada pula yang "lepas tangan".


Kini ADUN Penanti akan menjadi medan sebenar bagi PKR menguji kesetiaan penyokongnya.Malah di dilihat dari rekodnya Penanti amat sensitif dengan kawasan mereka.Jatuh bangun UMNO dan oposisi dilihat sebagai trend bagi masyarakatnya.DSAI sendiri mungkin akan berkampung lama di kawasan ini bagi menangkis persoalan yang akan dibawa Umno.

Ramai rakyat Penanti yang kini mula merasa kecewa kerana dengan mengganggap Fairus hanya menghadapi situasi ini berseorangan dan pihak parti tidak mengindahkannya berlainan kisah ADUN Bkt Lanjan, Ex ADUN Bkt Selambau dan Tan Sri Khalid dimana pimpinan parti negeri mempertahankan mereka.Ramai pula yang menyatakan bahawa beliau tidak dengar cakap dan keras kepala dan macam-macam lagi.Namun Alahai Fairus TKM1 berjaya menjatuhkan beliau dan ini kejayaan yang diluar jangka.Namun dalam masa yang sama, kini ramai pula yang mula bersimpati.Wanita Bahagian mula bertindak dan pihak AMK sebahagiannya pula mula bertindak dengan persetujuan beberapa pemimpin peringkat pengurusan PKR negeri dan kini kemelut dalaman memang melanda PKR Penang. Teori konspirasi sememang cukup sinonim dengan Permatang Pauh dan rakyat Permatang Pauh mudah bersimpati kepada mereka yang dianaiya.

Melihatkan kepada kegagalan perlantikan pengganti Yb Mohd Fairus, jelas DSAI sudah tahu secara mendalam akan situasi yang berlaku , dan khabarnya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak melalui saluran parti.Jika Fairus menjadi mangsa ,pihak yang lain juga mungkin akan menjadi mangsa pula.Mungkin lebih mudah jika melantik 2 ahli berbangsa Melayu dalam PKR menjadi pengganti seperti YB Abdul Malek Kassim dan Yb Maktar dari Sungai Bakap.Namun dalam PKR apabila di tanya akan soalan ini ada yang menyatakan bahawa jika ingin melantik YB Abdul Malek, ianya telah lama dibuat oleh penasihat parti tersebut , dan YB ustz Maktar pula dilihat sebagai bukan pilihan dan mungkin sesuai untuk dilantik sebagai Exco.Namun peruntukan kerusi hanya 2 untuk Exco Melayu.Pertama sebagai Timbalan ketua Menteri dan Exco Agama dan beberapa potfolio lagi dalam kerajaan negeri dan juga peruntukan untuk Exco yang lain sebagaimana yang sedang di pikul YB Abdul Malek.


Namun, oleh kerana mungkin penasihat PKR mahukan calon yang sama di bawah Parlimen Permatan Pauh, maka kerana itulah ramai pula yang beranggapan bahawa Fairus "harus" dikorbankan demi melantik seorang calon TKM1 di Pulau Pinang.Maka kerana itu ada sms yang diterima lagi berhubung perkara ini ianya berbunyi

"Yb Fairus disuruh letak jawatan sertamerta.Bersiap untuk PRK di DUN Penanti.Clon PKR yang disebut menggantikan Fairus adalah Dr Mansor.Itulah KEADILAN".

Apa pun keadaan sudah menjadi bubur.Orang ramai di kampung-kampung mula menunding jari menyalahkan pihak yang menjatuhkan Fairus.Namun jika dikaji semula adakah benar laporan dalam Alahai fairus menjadi tekanan kepada beliau jika dilihat dari sudut yang lain.kenapa Fairus tidak menjadi sekental -kental seorang pahlawan yang punya semangat waja dalam jiwa beliau.Seharusnya lah pihak PKR mengambil tindakan awal dengan membendung dan berbincang.Ramai cerdik pandai dan juga ilmuan dalam parti dan tidak terbawa-bawa dengan semangat dalam parti yang kebanyakkan ahlinya meninggalkan parti nenek moyang mereka.Bagi kaum reformis yang tidak mendapat sebarang jawatan dan imbuhan melihat ini sebagai permulaan yang tidak begitu selesa untuk DUN Penanti.



"Aku tak minat politik.Lain kali jangan sms pada aku lagi.Orang politik penipu.penat aku pangkah PKR.Ahli pelingkup parti"- rakyat Penanti

Semua ni menunjukkan reaksi amarah orang ramai terutama penyokong PKR di Penanti.Aku menanti pengumuman dan penerangan Anwar di Yayasan Aman malam ini.

Keadilan untuk Fairus !!!



Thursday, April 16, 2009

Pendedahan temubual YB Fairus dengan akhbar Cina

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


See Hoh
Mohammad FairusKhairuddinPENANG (April 16, 2009) : Former Penang deputy chief minister Mohammad Fairus Khairuddin who has fallen from grace vows to dig up dirt on Parti Keadilan Rakyat (PKR) and the Pakatan Rakyat state government if PKR does not clear his name in two weeks.

Fairus, who went into hiding after resigning the state's No. 2 post last month for allegedly being linked to illegal sand quarry activities, contacted Nanyang Siang Pau on Tuesday to convey this message and to clarify accusations made against him.

Speaking to a Nanyang reporter from Penang whom he trusted, the 33-year-old Penanti state assemblyman who claimed he was victimised by "his own people" said if PKR does not help him regain his reputation soon, he would not discount the possibility of calling for a media conference to tell all on PKR and the state government.


He said the expose concerns the inner workings of the PR and will have "far-reaching consequences".He claimed it was because of his knowledge of PR's inner workings that they are hesitant to take action against him.Fairus declined to reveal more and urged the reporter to be patient.

"I am innocent. They know what I can do. They must not force me (to do it)," he said, referring to those who victimised him.

He lamented that Selangor exco member Elizabeth Wong, former Kedah exco member V. Arumugam and himself are targets of victimisation, but unlike Wong and Arumugam, the party did not speak out for him or help clear his name.

"They are only exco members, while I am not only an exco member I am also the deputy chief minister, but they (the party) did not help me, because those who victimised me are 'my own people' from the party."

He said those who suggested that he go into hiding are also people from within the party, and their aim is to spare the party and de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim unnecessary attacks from detractors.

Fairus said he has yet to hear from the Malaysian Anti-Corruption Commission on (MACC) that it is charging him over allegations of corruption.

This is probably because it does not have enough evidence against him, he said, adding that he is ready to cooperate with MCAC in its investigation so that his name can be cleared.
Fairus said claims that he was under-performing and absent from government functions were part of a "well-planned scheme to victimise him".

He said outside talk of his lack of service to voters were played up by the media.

Truth is, he said, he has served them well and he is liked by all communities.

He said the lack of publicity, which he blamed on his aides, on what he has done for his constituency gave rise to the misconception that he was not doing his job.

Monday, April 13, 2009

Gaji dalam keadaan krisis ekonomi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saya baru sebentar tadi usai menghadiri interview di sebuah syarikat pembuatan barangan plastik di Prai pada jam 10 pagi.Sesi interview itu agak relax dan tidak formal dimana penemuduga hanyalah seorang sahaja dan berlangsung lebih kurang 20 minit.Saya berasa beruntung mendapat call for interview dikala belum menghabiskan pengajian di universiti dan merasakan ini peluang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan.

Semasa sesi interview tersebut, saya menjawab soalan penemuduga dengan baik dan lancar dimana soalannya banyak berkisar mengenai tesis ,latihan industri dan sedikit mengenai proses "injection molding". Tetapi saya agak terkilan dimana beliau mempersoal tangga gaji yang diminta saya dan mengatakan RM 2200 adalah terlalu tinggi dengan mengambil kira faktor ekonomi sekarang.Syarikat hanya dapat menawarkan gaji hanya dalam lingkungan RM1500 iaitu tangga gaji diploma dalam bidang kejuruteraan.Akhirnya saya negotiate dengan beliau dengan request gaji sehingga RM1800. Anyway, it up for company to decide...

Ini merupakan interview pertama bagi saya dan dapat melihat kesan ketara krisis ekonomi terhadap pekerja swasta dalam bidang teknikal seperti saya yang bergelut dengan tangga gaji yang ditawarkan.Dengan keadaan taraf hidup sekarang yang tinggi, pendapatan antara faktor penting yang dititikberatkan dalam memilih pekerjaan kerana untuk mrnyara perbelanjaan harian dan keluarga.

Antara calon interview tadi adalah seorang engineer dari kilang plastik yang memohon jawatan tersebut kerana kilangnya di Kulim akan berpindah ke Nilai.Beliau memperlihatkan seorang calon yang berpengalaman bekerja dan mungkin agak senang baginya untuk mendapat jawatan tersebut.Sebelum sesi interview itu beliau sempat mengatakan kepada saya kemungkinan tangga gaji beliau request ialah lebih RM2500 mengambil kira faktor keluarganya.Saya kira beliau juga turut bermasalah dengan tangga gaji yang ditawarkan.






Wednesday, April 8, 2009

Hadiah rakyat kepada PM-6

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Saya memanjatkan kesyukuran di atas kemenangan PAS dan PKR di 2 bukit iaitu Bkt Gantang dan Bkt Selambau dan begitu juga sokongan pengundi di Batang Ai kepada calon PKR di sana.Ramai yang membuat pelbagai ulasan terhadap kemenangan di dua bukit tersebut tetapi bagi saya faktor momentum tsunami politik di PRU 12 masih kuat dan menjalar ke semua PRU kecil dari Permatang Pauh hingga ke Bkt Gantang dan Bkt Selambau yang membawa kemenangan kepada calon PR.

Saya juga mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada surat khabar lama, Tun Mahathir, Ezam & the Gang dan FRU kerana disebabkan mereka, calon-calon Pakatan Rakyat bukan sahaja menang di kedua-dua bukit, malahan mereka menang dengan majoriti yang bertambah.

Jika Ezam & the gang ke Batang Ai nescaya kawasan tersebut kita dapat tawan.Manusia-manusia ini tak turun di Btg Ai tetapi diturunkan di kedua-dua bukit. Dan mereka ini kerja lain tak ada tapi menghentam, membantai, membalun, memfitnah dan melanyak Anwar Ibrahim tanpa batas.Tetapi ucapan Tun Mahathir sememangnya agak melalut dan dia telah meletakkan tarafnya bukan sebagai negarawan ulung tetapi tarafnya sama dengan Ezam. NampaknyaUBN masih tak belajar kesilapan dan keangkuhan mereka di Permatang Pauh, Kuala Trengganu dan PRU 12.

Kemenangan DS Nizar juga merupakan referendum rakyat Perak kepada PM-DS Najib supaya dikembalikan kerajaan Perak yang sah setelah dirampas secara kudeta.Rakyat menuntut agak dibubarkan DUN Perak dan diadakan semula PRU di Perak. Walaupun perubahan di pucuk pimpinan negara, tetapi rakyat tetap menolak BN jua dan ini satu tugas yang amat berat kepada defactor PM ,PM dan TPM untuk mengembalikan sokongan kepada BN.

One Malaysia( 1 ) VS People Supremacy (2)






Saturday, April 4, 2009

PM- 6 DS Najib

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Malaysia secara rasmi mendapat PM yang keenam semalam apabila DS Najib ditabalkan sebagai menjadi PM oleh YDP Agong di Istana Negara pada awal pagi.Sejurus ditabalkan, beliau telah membuat perutusan PM yang baru semalam di media perdana semalam.Saya sempat mengikuti ucapan dan perutusan beliau yang bertema satu Malaysia /One Malaysian.klik di sini.

Antara perkara penting ialah pembebasan 13 tahanan yang ditahan oleh Akta yang ditakuti rakyat iaitu ISA. Sebelas 8 orang yang dibebas terdiri daripada Melayu yang dikaitkn dengan Daulah Islamiah /JI, 2 orang berketurunan India dari kumpulan Hindraf dan 3 rakyat asing. Keputusan PM mengingatkan saya kepada Obama yang menutup terus Penjara Guantanamo sebagai janji manifestonya untuk meraih populariti rakyat.

Perkara itu biasa bagi semua pemimpin di dunia yang baru dilantik dan di Malaysia pun seperti yang dinyatakan oleh DS Anwar,(klik di sini) PM secara tradisi akan membebaskan tahanan ISA apabila dilantik memegang jawatan tersebut. Perkara ini tidak akan berkesudahan selagi akta ISA itu tidak dihapuskan di mana prinsip keadilan sememangnya mati apabila akta ini dikuatkuasakan. Seingat saya di zaman diktator Mahathir, akta ini cukup "famous" dengan beliau apabila ramai rakyat dan aktivis politik ditahan melalui akta ini seperti di Operasi Lalang dan Zaman Kebangkitan Rakyat (reformasi 98).Saya menyokong jika akta ini dihapuskan oleh kerajaan baru ini kerana ia akta zalim dan tidak adil kepada tahanan.

Perkara kedua ialah arahan penggantungan akhbar Seruan Keadilan dan Harakah ditarikbalik serta merta.Dalam amalan demokrasi, kebebasan media amat penting dan perlu diberi ruang bebas kepada semua parti untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.Jika Malaysia ingin dipandang tinggi sebagai negara yang menjunjung demokrasi liberal ,antara perkara penting ialah kebebasan media yang perlu diamalkan dan bukan disekat.

" Dengan ini saya mengajak seluruh negara untuk sama-sama untuk melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat :Satu Malaysia,Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan " -oleh DS Najib.

Satu Malaysia ini dikatakan seolah-olah mirip konsep Ketuanan Rakyat yang diperjuang oleh Pakatan rakyat. Satu Malaysia seperti satu konsep bangsa Malaysia yang meliputi Melayu , Cina dan India yang menjadi teras rakyat Malaysia sebagai satu keluarga besar dalam menuju Wawasan 2020. Ketuanan Rakyat pula ialah konsep yang memperjuangkan hak rakyat bawahan tanpa mengira kaum dan etnik.

Selepas ini dimanakah agaknya Ketuanan Melayu ?








Friday, April 3, 2009

Selamat bersara Pak Lah- PM ke 5

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Farewell to Pak Lah, Selamat Bersara..

Pak Lah meninggalkan Malaysia dengan keadaan negara tidak stabil dari segi politik dan ekonomi yang melanda Malaysia. Begitu juga dengan projek besar Pak Lah seperti penubuhan SPRM, Suruhanjaya Kehakiman dan Koridor Pembangunan yang seperti di suku jalan apabila beliau meninggalkan sewaktu ia baru dilaksanakan bak kata orang, bapa meninggalkan anak yang baru mula bertatih.Tetapi, itulah keputusan dari sanubari Pak Lah yang selepas ini akan menggalas tugas sebagai MP Kepala Batas dan Pengerusi UMNO PP.


Itulah ibarat berpolitik, suatu masa nanti kita akan didesak dan dinyahkan oleh rakan-rakan yang menyokong kita dahulu.Politik Pak Lah ialah politik secara berhemah dan mengamalkan prinsip keterbukaan yang menjadi amalan di semua negara sekarang.Di zaman Pak Lah, rakyat Malaysia menikmati sedikit ruang demokrasi dalam memperjuangkan permasalahan rakyat dan menyatakan pandangan walaupun terdapat sedikit perbedaaan pendapat.

Pak Lah mengikut peredaran zaman dalam rentak berpolitik walaupun beliau mengakui BN agak lambat mendengar suara rakyat dan menggunakan media baru iaitu internet dalam penyampaian maklumat berkesan kepada rakyat.Apa yang menarik bagi Pak Lah, beliau selalu bercakap mengenai menambah nilai (value added) dan penambahbaikan dalam sesuatu perkara sebagai contoh apa yang dilakukan beliau dalam perkhidmatan kerajaaan (SPA), Suruhanjaya Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Ini salah satu contoh peninggalan Pak Lah kepada Malaysia dan apa yang boleh saya katakan Pak Lah sebagai penggerak demokrasi dan keterbukaan Malaysia.

Terima Kasih Pak Lah untuk Malaysia dan selamat bersara.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews