INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, June 27, 2012

Laporan Meet Anwar Ibrahim di Perak

 
 
Pada 23 jun yang lepas kelab Anwar Ibrahim ( AIC ) telah mengadakan program dialog anak muda atau lebih dikenal dengan Meet Anwar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertempat di HillCity Hotel Ipoh, Perak.

Program ini mencipta sejarah kerana buat pertama kali nya program seumpama ini diadakan diluar Lembah Klang, tambahan lagi program itu sendiri telah dirancang dan diaturkan oleh AIC negeri perak sendiri.

Pada program berkenaan, seramai lebih kurang 200 lebih orang peserta yang kebanyakannya terdiri dari pelajar institusi pengajian tinggi sekitar Ipoh telah hadir dan beramah mesra dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Juga pada program tersebut Saudari Siti Aishah Shaik Ismail yang merupakan Ketua Serikandi PKR telah hadir sebagai Panelis disamping Saudara Rafizi Ramli iaitu seorang anak muda yang sedang kini menjadi perhatian kerana kehebatannya berdebat baru-baru ini.

Tahniah sekali lagi kepada AIC Perak dan rakan-rakan AIC yang menjayakan program ini, AIC selepas ini akan meneruskan jelajah mereka ke Kedah dan Pulau Pinang sebelum melebarkan aktiviti ke seluruh negara.

Dibawah adalah sedikit sedutan video pada program lepas.













Tuesday, June 26, 2012

Program Bedah Buku Islam & Melayu karya Dr Siddiq Fadzil



SINOPSIS PROGRAM BEDAH BUKU “ISLAM & MELAYU: MARTABAT UMAT& DAULAT RAKYAT” KARYA DR. SIDDIQ FADZIL.
OLEH AIC MALAYSIA – 23 JUN 2012, HILL CITY HOTEL IPOH PERAK.
Moderator:         Saudara Irwan Hidayat
Panelis:                      i)            Dr. Muhd Nur Manuty.
                                  ii)            Saudara Hasmi Hashim
                                 iii)            Saudara Saifullah Maslul

Program dimulakan dengan pengenalan oleh Moderator, sisi-sisi perbincangan yang terkandung dalam buku ini, tetang kritikan penulis terhadap kelesuan Bangsa Melayu sejak 50 tahun kemerdekaan apatah lagi semasa di bawah penjajahan kuasa asing.

Buku ini mengimbau pensejarahan keunggulan Pemerintahan Melaka citra Melayu dalam sejarah, pegangkatan Martabat Ummah setelah kehadiran Islam sebagai Ad-Din dan cara hidup masyarakat pada masa tersebut.

Saudara Saifullah Maslul.
Moderator menyerahkan perbicangan kepada Saudara Saifullah untuk memulakan, beliau memperincikan tentang penegasan penulis terhadap peranan institusi beraja dalam suasana bangsa Melayu komitmen amanah & keadilan. Setia Melayu adalah setia bersyarat maka lahirnya penegasan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DIsanggah!”

Ianya menjelaskan komitmen Melayu terhadap maruah & keadilan dengan tiada kompromi menyembah pemimpin membuta-tuli ianya selaras dengan tuntutan islam mengesa penganutnya berlaku adil. Menurut Saifullah buku ini merungkai banyak isu islam & melayu yang selama ini dianggap sensitif. Yang menurutnya, bila disentuh mengenai Melayu/Islam kita akan emosional, tergangu & “defensive”.
Seterusnya  Penulis membincangkan solusi bertenaga terhadap kelesuan bangsa bicara tentang komitmen martabat, memaknai bangsa merdeka, pembebasan & pencerahan.

Saudara Hasmi Hashim.

Moderator menyerahkan perbincangan kepada Saudara Hasmi, beliau menegaskan komitmen anak muda melawan rejim adalah melalui idea & perbincangan intelektual seperti yang diadakan pada hari ini. Beliau mengkritik tentang pengambilan sejarah daripada prospektif Orientalis tanpa diselidiki. Apabila merungkaikan sejarah tidak harus dikecilkan kepada Melayu & Islam sahaja tetapi harus terangkum semua.
Menurut Hasmi anak muda harus kenalpasti zaman yang mereka hidup dan adaptasikan corak pemikiran.Tahu sejarah,hanya panduan. Anak muda perlu tahu memilih antah ntegr beras. Latar pemikiran politik Melayu dan budaya harus difahami.
Baliau mengkritik Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu) yang menurutnya dicipta untuk mengangkat berlebih-lebihan Sultan Melaka. Apakah tiada Sultan Negeri lain yang cerdik pada zaman tersebut jika ingin bicara sejarah melayu keseluruhannya?
 
Beliau mengambil sejarah Kanun Undang-undang Terengganu dahulu memperuntukkan seseorang raja berhak dijatuhkan sekiranya melakukan kesalahan. Ini adalah menjelaskan komitmen tentang keadilan. Hasmi juga mempersoalkan tentang Orang Melayu sampai ke hari ini keliru dgn kisah pertentangan Hang Tuah dan Hang Jebat. Siapa benar dan siapa salah? Dan ianya tidak dapat dirungkai sehingga hari ini.

Dr. Muhd Nur Manuty.

Seterusnya Dr. Muhd Nur Manuty mengambil tempat dalam perbincangan, mengimbau sejarah persahabatan dengan Penulis  mengulas tentang peribadi  pintar, dianugerah Tuhan dapat menulis dan seorang ahli pidato yg baik, kuasai arab, Inggeris & Jawa. Malah boleh berkhutbah dalam bahasa jawa di Kampungnya.
 
Dr. Muhd Nur menyatakan buku ini sediakan formula agar Melayu tidak lagi diperlekehkan.Beliau melontar persoalan Bagaimana nak baiki semula martabat Melayu yang rosak? Jawabnya Islam menjelaskan  peluang pemulihan.
Beliau mengupas mengenai daulat, daulat rakyat sudah digunakan pemuka-pemuka islam lama, daulat menurut penulis nte berpaksi kepada syariat Allah swt. Beliau juga mengupas tentang hubungan Islam-Demokrasi yang ditegaskan oleh penulis.

Beliau mengupas persoalan penulis tentang de-humanisasi akibat rempuhan globalisasi, mewaspadai ancaman-ancaman baru globalisasi yang sebenarnya menyaksikan gejala berulangnya Jaman Edan. Zaman gila yang kehilangan prinsip dan integriti moral.Penulis adalah seorang tokoh yang bergitu berhati-hati dalam menggabungkan idea warisan & idea baru.

Penulis ialah  Hasani Mohamed, Exco Anwar Ibrahim Club (AIC)

Wednesday, June 20, 2012

MP UMNO takut bertanya Anwar Ibrahim isu RM 3 billion di Parlimen



DS Anwar Ibrahim  memaklumkan Speaker untuk memberi laluan dan mencabar Ahli Parlimen BN itu membangkitkan isu RM3 bilion itu supaya beliau dapat menjawab di Parlimen.

Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar. Tetapi setelah dua kali diulang, tiada seorang pun berani bangun atau menyahut cabaran tersebut.

Anwar selanjutnya menjelaskan bahawa SPRM sendiri pada tahun 2009 (ketika itu BPR) menyatakan tuduhan itu tidak berasas berdasarkan pengakuan bersumpah bekas pengarah siasatan badan itu, Abdul Razak Idrus.Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.
PENDEDAHAN DI PARLIMEN HARI INI OLEH YB SAIFUDDIN NASUTION: 
 Datuk Murad yang pada tahun 1999 buat tuduhan terhadap Anwar ada akaun RM3 bilion pergi ke Jerman meminta maaf kepada Anwar ketika Anwar menjalani pembedahan di Jerman pada 2004. Dia meminta maaf kerana dia dipaksa merekacipta tuduhan itu. Hari ini tuduhan muncul kembali walau pun BPR (sekarang SPRM) setelah membuat siasatan mendapati tuduhan tersebut tidak ada asas. Sekarang Datuk Murad diugut oleh pegawai SPRM tertentu supaya tidak membuat penafian!
Akuan Bersumpah Ketua Penyiasatan BPR  KLIK DISINI
 @Pantherian - Jelas lah pada kita bahawa ini merupakan fitnah rasuah ulangan UMNO terhadap DS Anwar Ibrahim selepas isu video seks tidak menjadi kerana rakyat sudah muak dengan fitnah lucah. UMNO masih menggunakan idea Mahathirisme yakni fitnah pada tahun 98 yakni Anwar Ibrahim ada aset berjumlah lebih RM 3billion yang dikumpulkannya di beberapa akaun.

Monday, June 18, 2012

Forum Seni Senjata Politik anjuran AIC di Ipoh


Satu forum akan diadakan di Ipoh, Perak bertajuk " Seni Senjata Politik" yang dianjurkan oleh
 Anwar Ibrahim Club (AIC)  

menampilkan panelis:

Hasmi Hashim @Buddhi Hekayat -Penulis,budayawan, penulis lirik dan ahli politik

Najwan Halimi - Pengasas Akademi Pak Sako dan ahli politik

Rozaimin Elias -Pemuzik

Fuad Nakamura- Ahli politik dan penggerak AIC


 Anak muda dan peminat seni di jemput hadir !


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews