INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, September 5, 2012

Isa Samad dan Mat Maslan garu kepala harga saham FELDA merudum teruk


 Sumber GreenBoc Blog:

Harga saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGVH) mengalami kejatuhan paling teruk petang ini dengan harga penutup RM4.85 berbanding RM5.00 semalam.

Ia semakin menghampiri harga penyenaraian awal (IPO) iaitu RM4.55.

Najib sebelum ini begitu megah mengumumkan IPO saham FGVH merupakan IPO kedua terbesar kedua terbesar di dunia selepas IPO Facebook dan telah menempelak "haramjadah" kepada pihak yang menentang usaha peneyeraian tersebut.

Namun apa yang jelas, semasa hari pertama IPO ditawarkan, tiada syarikat asing yang berminat kecuali dua syarikat yang membeli saham FGVH tersebut, iaitu Qatar Investment Authority dan syarikat insurans Hong Kong, AIA Group Ltd.

Walaupun digemparkan sebelumnya saham FGVH akan mendapat sambutan pelabur antarabangsa, tiba-tiba, dari ratuan ribu syarikat pelabur di dunia cuma dua syarikat yang berani melabur membeli saham FGVH.

FGVH terus merudum


(Gambar: Senarai pemegang saham utama FGVH beserta jumlah saham mereka)


Harga saham FGVH yang ditutup semalam mencatat penurunan, tinggal RM4.96. Jika peneroka menjualnya pada harga RM5.06 sewaktu Julai lalu setelah ditolak handling fee RM165.00, interest charged RM29.41dan lain2 cuma dapat lebihan RM212.37; kalau jual ketika ini, berapa yang tinggal?

Mengingati semula pesanan YAB Perdana Menteri (PM) ketika mengumumkan 'durian runtuh' pada 8 Mei lalu, peneroka jangan jual saham FGVH, jadikan pelaburan untuk simpanan masa depan...Apa jaminan buat peneroka jika ikut nasihat PM?

Barang diingat, mengikut penganalisis pasaran saham, jika saham FGVH turun ke paras RM4.70 maka pemegang saham FGVH mula menanggung rugi. Jika peneroka ikut nasihat PM, bertimpa-timpa beban peneroka.

Hutang Tanam Semula antara RM 50K-RM 157K dengan interest 6.25%, pinjaman rumah RM20K-RM40K dengan Kos Pengurusan 2.5% dan terkini hutang pinjaman saham FGVH RM3640 dengan interest 5%; kehidupan peneroka sesungguhnya diselubungi hari2 yang makin sukar!

Saya paparkan jumlah saham FGVH yang (Tan Sri) Isa Samad dan Ahli Lembaga Pengarah FGVH dapat. Ini belum mengambilkira proksi dan para kroni yang dapat. Saya tidak pasti samada mereka telah menjualnya atau belum bagi meraih keuntungan segera. Mereka tentu ada penasihat dan menghubungi remiser apa yang perlu dilakukan. Bagi staf Felda, mungkin juga mereka boleh berfikir nak bertindak macamana. Namun, bagi peneroka yang tak tau apa-apa, siapa yang nak menasihati mereka?

Saya berkongsi pengalaman pilu peneroka Felda Cahaya Baru, Sendayan, Labu Johnson, Bukit Cerakah dan Sg Buaya yang mula2 seronok dan gembiranya bukan kepalang tika dijanjikan pampasan jutaan ringgit. Akhirnya, bila tertipu...yang mereka tahu hanya menangis sahaja. Itulah bahasa mereka!

Peneroka Felda Bukit Rokan Utara menangis tersedu-sedu macam anak kecil tunjukkan kos Tanam Semula mereka mencecah RM157,000; bahkan dengan hutang sebesar itu, kebunnya tidak diselenggarakan dengan sempurna dan berusia 75 tahun....kepada siapa mereka mahu mengadu?

Sudahlah dibebankan dengan hutang yang kian menggunung, apa nak jawab depan Allah dosa riba' yg ditanggung peneroka puluhan tahun?

Penglibatan syarikat Yahudi dan judi dalam FGVH pula kita nak guna hujah apa?
407,005,000 saham Genting Bhd dlm FGVH sedangkan 97% peneroka Felda adalah orang Islam, mana mufti dan Ulama Muda Umno?

Kalau ye pun nak bodek Najib, Ahmad Maslan dan Isa Samad gunalah hujah intelek. Takkan hanya tahu meratib; syukur Umno bagi tanah, tak suka boleh keluar Felda, tak sedar diri makan hasil Felda tapi hentam Felda.... Skrip yang berulang dan saya dengar lebih 30 tahun dulu!

Terpulang, samada kita nak kata...'Ada aku kesah' atau 'Lu fikir la sendiri'.

*Penulis adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merangkap AJK PAS Pusat



Suaram kini ditekan oleh kerajaan Najib sebab skandal kapal selam ?


 Sumber Msiakini:

Pegawai dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengeledah pejabat setiausaha syarikat dan juruaudit Suara Inisiatif Sdn Bhd serta merampas dokumen berkaitan dengan syarikat itu.Notis untuk menggeledah dan merampas dikeluarkan mengikut Seksyen 7C dan 7D (1) Akta Syarikat 1965.

Dalam satu kenyataan, Suaram berkata, pihaknya percaya kerajaan dan agensi-agensinya dalam kempen untuk menakut-nakutkan dan mengganggu Suaram sebagai tindak balas terhadap pendedahan NGO itu berhubung skandal kapal selam.

Sambil mengutuk tindakan SSM itu, Suaram berkata ia menjadi sasaran semata-mata kerana usahanya yang sah dan aman dalam mempertahankan hak asasi manusia di Malaysia.Ugutan politik dan gangguan yang berterusan ini, tegas Suaram, adalah bukti bahawa kerajaan bertekad untuk mendiamkan suara-suara yang kritikal terhadapnya. - E Nalini (Pengarah Eksekutif Suaram)


@Pantherian : Nampaknya SSM akhirnya tunduk akan tekanan oleh JMM (Azwandin Hamzah) dan Perkasa yang mengugut mahu kerajaan memecat ketua SSM jika tidak mengambil tindakan terhadap Suaram kebelakangan ini melalui TV3.

Ternyata tindakan ini adalah merupakan tekanan kerajaan kepada Suaram yang telah membawa kes skandal kapal selam ke mahkamah France dan sedang hangat kini dibicarakan.




Tuesday, September 4, 2012

Rafizi Ramli menentang pengambilalihan KTMB oleh Syed Mokhtar MMC




KEADILAN memberi amaran kepada pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak supaya membekukan segala rancangan untuk menswastakan operasi KTMB kepada MMC Corp Berhad yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

KEADILAN difahamkan bahawa MMC telah mengemukakan pelan operasi dan pengambilalihan pada awal tahun ini dan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak sedang dalam proses untuk meluluskan pelan pengambilalihan tersebut.

Ada beberapa perkara pokok yang perlu dipertimbangkan sebelum kerajaan menswastakan KTMB buat kali yang kedua selepas penswastaan kali pertama di bawah syarikat Marak Unggul Sdn Bhd gagal, iaitu:

1. Apakah syarat-syarat yang dikenakan oleh kerajaan bagi memastikan aset dan pegangan tanah KTMB yang dianggarkan berjumlah RM50 bilion tidak jatuh ke tangan pihak swasta atau persendirian?

2. Apakah jaminan kerajaan bahawa kebajikan kakitangan KTMB akan dilindungi seadilnya apabila mandat diberikan kepada MMC Corp Berhad untuk mengendalikan pekerja?

3. Apakah bentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan kepada MMC Corp Berhad untuk mengelakkan satu lagi projek swasta dibiayai oleh wang rakyat?

Saya juga melahirkan rasa kesal kerana sekali lagi pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak mengingkari janjinya bahawa semua tender akan dikendalikan secara terus dan melalui tender terbuka.

Seperti juga projek MRT yang kini menimbulkan kemarahan kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno sendiri, penswastaan KTMB dibuat melalui satu kertas cadangan yang dikemukakan oleh MMC Corp Berhad.

Sekiranya syarat pengambilalihan hanyalah melibatkan peningkatan kecekapan operasi dan kos (dan tidak menanggung hutang KTMB yang berjumlah RM1 bilion), adalah lebih wajar jika kerajaan menjemput seberapa ramai usahawan dan konsortium untuk menyertai satu tender terbuka memandangkan pakej suntikan kewangan oleh pengendali baru tidak termasuk tanggungan hutang sedia ada.

Sikap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang memusatkan operasi dan kontrak melibatkan infrastruktur dan harta utama negara di tangan beberapa kroni utama beliau semakin memuncak.

Kini pun, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary telah menguasai operasi dan aset-aset pelabuhan di negara ini. Konsortium beliau juga dianugerahkan tender pembinaan MRT yang kosnya dijangka melampaui RM100 bilion.

Dengan anugerah penswastaan KTMB pula, bermakna syarikat-syarikat yang dikawal oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary akan menguasai pengangkutan keretapi yang merupakan alternatif terpenting kepada sistem pengangkutan awam darat di masa hadapan. Ini bermakna, sebarang usaha untuk menaiktaraf sistem pengangkutan awam sudah tentu akan melibatkan beliau kerana monopoli yang dipegangnya.

KEADILAN menentang sepenuhnya cubaan untuk mewujudkan monopoli pengangkutan keretapi dengan anugerah penswastaan baru kepada MMC Corp Berhad untuk mengambilalih operasi KTMB.

Berdasarkan projek-projek penswastaan dan kerjasama swasta yang telah gagal sebelum ini seperti penswastaan kali pertama KTMB dan kerjasama MAS-AirAsia, KEADILAN yakin tindakan menswastakan KTMB juga bermotifkan keuntungan semata-mata yang membelakangkan kepentingan nasional


YB NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN KEADILAN

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Monday, September 3, 2012

Isu bendera :AMK cabar UMNO tukar lambang bendera parti



Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin memberikan respon balas ke atas polemik mengenai 'Sang Saka Malaya' yang kini digembar-gemburkan oleh media Umno-BN dan juga penggiat siber.

Isu ini dilihat bermula apabila ada beberapa anak muda yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya sewaktu perhimpunan aman Janji Demokrasi pada malam 30 Ogos 2012. Insiden ini kemudiannya dipolemikkan melalui media khususnya Utusan Malaysia yang pada hari ini juga, telah menyiarkan keberkaitan ciptaan bendera tersebut dengan seorang pimpinan AMK pusat.

Sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Ketua Umum KEADILAN, DatukSeri Anwar Ibrahim, tidak ada sebarang cadangan pun untuk menukar ganti Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya. Apa yang berlaku cumalah manifestasi suara anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarahnya dalam meraikan sumbangan dan semangat tokoh-tokoh kemerdekaan yang 'didiamkan' oleh buku-buku teks sejarah seperti Almarhum Dr. Burhanuddin al-Helmy, Almarhum Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako, dan lain-lain lagi.

Sejarah telah menunjukkan bahawa elemen Merah Putih di dalam Sang Saka Malaya ini merupakan antara cadangan awal gabungan politik pertama di Tanah Melayu, iaitu PUTERA-AMCJA yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin dan Tun Tan Cheng Lock untuk dijadikan bendera negara selepas kemerdekaan berjaya diraih. Jangan kita lupa, PUTERA-AMCJA dipelopori oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin, parti pertama tanah air yang berani menggunakan slogan 'Merdeka' sebagai semboyan perjuangannya. PKMM kemudiannya diharamkan British dengan 'endorsement' oleh Umno.

Sungguhpun begitu, pada 1949 dengan perkenan Majlis raja-raja, inisiatif untuk melakar bendera baharu untuk Tanah Melayu telah dimulakan dan lahirlah bendera Tanah Melayu setelah reka bentuk bendera tersebut mendapat kelulusan Raja George VI pada 19 Mei 1950. Pada 31 Ogos 1997, ia dimasyhurkan dengan nama Jalur Gemilang. Dan status Jalur Gemilang sebagai panji negara terus kekal tanpa pertikaian sehingga ke hari ini.

AMK perlu memberi penegasan, bahawa isu ini tidak mempunyai asas untuk dipolemikkan sama sekali. Apa yang jelas kelihatan isu ini cuba diperbesarkan seolah-olah menjadi satu isu yang berpotensi mengancam keselamatan negara. Di saat Perdana Menteri menyeru generasi muda mempunyai fikiran yang terbuka dan harus menerobos sempadan kemustahilan, adalah sesuatu yang dangkal apabila ada generasi muda celik sejarah ditekan hanya kerana mempunyai idea yang berbeza dalam mengiktiraf sejarah.

AMK juga merasa pelik apabila wujud juak-juak 'laskar siber' Umno-BN yang kononnya mengaitkan Sang Saka Malaya dengan pengaruh negara-negara jiran. Justeru AMK ingin mencabar Umno, sekiranya mereka melihat elemen 'Sang Saka' adalah satu ancaman, maka Umno-lah harus menukar lambangnya 'Sang Saka Bangsa' berkuat kuasa serta merta kerana jelas terbukti bahawa hanya Umno sahaja parti yang menggunakan elemen "Sang Saka" selaku lambang rasminya sejak awal penubuhan sehinggalah ke hari ini.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews