INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Wednesday, November 16, 2011
Dr Dzul persoal kos pembelian 38 set EMU
sumber Malaysiakini:
Isu pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) dari China dengan harga sekitar RM1.9 bilion secara runding terus atau dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan melalui tender sebelumnya, mula saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Jun 2010.
Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan surat tawaran (LOA) kepada ZHUZHOU pada 19 Mei 2010.
Harga pembelian tersebut pula tidak termasuk kos menyelenggara, membaiki dan overhaul – MRO yang dikatakan akan diputuskan MOT secara berasingan.
Walaupun pembelian EMU dari Zhuzhou ini dilihat seakan terdapat unsur penyelewengan, MOT tetap meneruskannya dengan menandatangani perjanjian pembelian pada 23 Julai 2010.
Tindakan tersebut dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana dokumen perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam masa yang begitu singkat selepas LOA dikeluarkan, iaitu dua bulan empat hari.
Persoalannya apakah perjanjian penjualan yang melibatkan kos yang begitu tinggi itu telah diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara?
Susulan desakan saya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 27 Julai 2010 memutuskan bahawa terdapat sebab untuk isu pembelian EMU disiasat dengan lebih terperinci. PAC mengarahkan SPRM untuk memulakan siasatan.
Spesifikasi tender asal
Pada 1 April lalu, saya menerima jawapan bertulis dari Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa siasatan kes ini masih dijalankan SPRM dan tidak boleh didedahkan kepada umum atas kepentingan siasatan dan unsur kerahsiaan.
Bagaimanapun, pada 14 November lalu, timbalan menteri pengangkutan mengumumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dalam pembelian EMU dari Zhuzhou.
Di sini saya ingin meminta penjelasan lebih lanjut dari menteri pengangkutan berhubung perkara-perkara berikut:
(1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas?
Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak.
Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010.
(2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak?
Pohon semak dokumen
Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut?
Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC.
Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta
bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta.
(3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC.
Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.
Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC.
Kawal ketat kerajaan China
(4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?
(5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China.
Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu.
SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang
dikemukakan oleh ZELC.
(6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar.
Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.
Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ’elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ’kickback’ agen tempatan.
(7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah.
Penulis merupakan anggota parlimen Kuala Langat.
Saturday, November 12, 2011
Khairy Jamaluddin kini jurucakap khas Shahrizat untuk Skandal Lembu
Pembelian kondominium itu dibuat supaya NLMC mendapat pulangan pelaburan memandangkan projek lembu fidlot oleh National Feedlot Corporation mengalami kelewatan operasi, kata ahli parlimen Rembau itu dalam tulisan di blognya, rembau.net.
"Apabila kelewatan ini berlaku, pihak pengurusan NFC berdepan dengan keputusan penting. Apakah mereka hanya biar duit yang diberi kepada NLMC itu dalam akaun semasa yang tidak memberi pulangan yang besar sambil menunggu ladang-ladang satelit dan pusat penyembelihan antarabangsa dibangunkan?.11/11/11.
@Pantherian - Ramai orang pelik dan terkejut apabila KJ saban hari keluar di media untuk menjawab setiap pertuduhan dan dakwaan yang dilemparkan oleh pemimpin PKR berhubung isu Skandal Lembu FEEDLOT.
KJ kini umpama MENTERI PERTANIAN mengalahkan Noh Omar yang tampil di media dan menggunakan blognya untuk mempertahankan Menteri Shahrizat Jalil dan keluarganya.Di laman Twitter, beliau bekerja keras berhujah dengan Rafizi Ramli dan Saifudin Nasution bersabit isu skandal lembu ini.
Kita juga kekadang terfikir sebab mengapa KJ begitu "pulun" mempertahan Shahrizat ? Tidak pulak kelihatan TPM dan PM tampil untuk menjawab isu skandal projek ini secara terbuka.
a) Adakah kerana Shahrizat menjadi Mak Angkat atau Kakak Angkat kepada KJ?
b) Adakah KJ mendapat sesuatu daripada projek tersebut?
c) Adakah arahan bapak Mertua yang mana kita tahu projek tersebut diluluskan ketika zaman Pak Lah menjadi Menteri Kewangan?
d) Adakah KJ mahu menunjukkan kepada Najib bahawa dia adalah calon terbaik MP di PRU akan datang dan seterusnya Menteri ?
Anda boleh meneka mana satu jawapan terbaik.
Thursday, November 10, 2011
Najib lupa amanat Tun Abdul Razak berkaitan isu royalti minyak
Kerajaan Kelantan hari ini menyerahkan sepucuk surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bagi membuktikan kepadanya bahawa dalam jawapan yang diberikan oleh bapanya, Tun Abdul Razak Hussein, di Dewan Rakyat beliau menyokong tuntutan royalti minyak Kelantan.
Merujuk jawapan lisan kepada soalan yang diajukan oleh ahli parlimen DAP Lim Kit Siang yang berusia 34 tahun ketika itu, Abdul Razak yang menyelia pewartaan Akta Petroleum 1974, berkata royalti perlu dibayar walaupun minyak ditemui di luar pesisir.
Jawapan yang diberikan pada 12 November 1975 itu berbunyi:
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,".
@Pantherian - Adakah Haji Najib dan Hajjah Rosmah terbuka hati untuk memberi keadilan kepada kerajaan Kelantan dan rakyatnya selepas pulang dari haji?
Persoalan diskriminasi dan ketidakadilan dilihat berlaku dalam isu royalti yang dilakukan oleh UMNO BN kepada kerajaan negeri Kelantan.
1) Royalti 5% tidak diberi
2) Pendaratan gas yang dicadangkan untuk dilakukan di Kertih,Terengganu yang jauhnya lebih 200km paip gas perlu dibina. Apabila kemudahan fasiliti pendaratan tidak dirancang di Kelantan, yang ruginya ialah rakyat dan kerajaan negeri yang mengharapkan limpahan ekonomi berlaku di kawasan tersebut.
Tuesday, November 8, 2011
Anwar Ibrahim tuntut Najib jawab dimana hilang RM1.4 billion Bajet Wang Luar Jangka
DS Anwar Ibrahim mendakwa RM 1.4 billion dana daripada Bajet Wang Luar Jangka /peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negar telah lesap ! Siapa rembat ? Najib perlu JAWAB !
sumber Msiakini:
Pakatan Rakyat hari ini mendakwa kira-kira RM1.4 bilion daripada Bajet Wang Luar Jangka atau peruntukan kecemasan Perbendaharaan Negara telah lesap.
Dana itu dbekalkan mengikut Perkara 103 Perlembagaan Persekutuan, bagi peruntukan tambahan RM1.5 bilion, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut beliau, peruntukan itu dinyatakan dalam Laporan Perbelanjaan Persekutuan 2010/2011 yang dibentangkan bersama-sama dengan Bajet 2012.
Perkara 103 menyatakan: "Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi mewujudkan suatu Kumpulan Wang Luar Jangka dan memberi kuasa Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, jika berpuas hati bahawa telah timbul keperluan perbelanjaan yang mendesak dan di luar jangkaan yang baginya tiada peruntukan lain wujud, untuk membuat pendahuluan daripada Kumpulan Wang Luar Jangka itu untuk memenuhi keperluan itu.
Anwar pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini berkata: "Walau bagaimanapun, Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa hanya terdapat baki RM79.147 juta daripada dana negara itu.
"Ke mana perginya wang itu? Lebih serius lagi, di mana RM1.4 bilion telah lesap? Saya tidak fikir Jabatan Audit (membuat kesilapan), mereka lebih teliti apabila membabitkan perakaunan."
Bagi Anwar, kelewatan 17 hari Laporan Ketua Audit Negara, tahun ini dibentangkan mungkin ada kaitan dengan perkara berkenaan.
**********************************************************************************
@Pantherian - Ini merupakan satu kes skandal yang serius membabitkan kehilangan RM1.4 billion duit rakyat daripada dana Bajet Wang Luar Jangka/ Peruntukan kecemasan.
Kita perlu desak dan tuntut DS Najib Razak atau TS Muhyiddin menjawab di mana pergi mengalir jumlah wang yang begitu besar ini? apa yang dibelanjakan?..
Adakah ini boleh dianggap Transformasi yang betul? dana rakyat hilang dan pemborosan perbelanjaan yang begitu ketara sebagaimana terkandung dalam Laporan Audit 2010.
Update TERKINI video :
Subscribe to:
Posts (Atom)



