INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, December 9, 2013

Jenaka Lucah dalam masjid oleh Ustaz Kazim Elias untuk tarik perhatian umat Melayu?





Masjid sanggup bayar beribu ribu kepada barua ni untuk buat jenaka lucah dalam masjid.... Tak ada ilmu yang di sampaikan melainkan cerita rekaan untuk memperbodohkan orang Islam mengunakan agama... yang ada hanya gelak ketawa.. - FB Abu Nawas.
  
Pelbagai cara digunakan oleh Ustaz atau Penceramah Bebas untuk menjadi popular termasuk sanggup guna Jenaka Lucah rekaan sendiri. Ustaz ini tahu bahawa orang Melayu suka lawak jenaka terutama hal dalam baju dan nikah kahwin.









Sunday, June 12, 2011

Fatwa Sheikh Yusuf dan Hukum terhadap kes fitnah oleh UMNO terhadap DS Anwar Ibrahim

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Fatwa Sheikh Yusuf Qardawi di atas kes fitnah liwat dan video seks

Bolehkah Syaikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan keatas sdr Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya dilakukan tanpa bukti dan saksi. Apakah pandangan syara’ mengenai hal ini?

Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.
Segala pujian untuk Allah, Selawat dan salam untuk Rasul Nya serta keridaan Allah buat orang yang mengikut Sunnah dan bimbingan baginda.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat syara`) dimana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara2 tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benarpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah seseorang itu.

Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:

“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”


Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual.

Firman Allah dalam surah An-nur 24:4 -

“Orang yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan janganlah kamu terima persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu orang yang fasiq”

Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah sama dengan zina. Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada sesiapa yang menuduh oang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijmak ulama ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.

Pandangan dari blog Ustazlove.com

“Mengikut hukum ta’zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

“Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997,”

Apa pandangan ustaz?

Dalam hukum jinayah (jenayah) Islam, ada hukum hudud, qisas dan ta’zir.. diyat adalah denda bagi menggantikan hukuman qisas.

Hukum ta’zir hanya boleh dikenakan terhadap pertuduhan yang lebih ringan daripada zina.. dan hukuman itu diputuskan oleh qadhi / hakim dan bukannya ditentukan oleh sang penuduh.

Sebagai contoh, jika seseorang itu merompak, tetapi kadar rompakannya sedikit tidak sampai menyebabkan beliau dikenakan hukuman had potong tangan, maka ketika ini hukum ta’zir boleh digunakan.

Ianya lebih kurang sama dengan hukuman sivil.. sbb ada hukuman penjara, buang daerah, sebat (yg tidak sampai ke tahap had sebatan hukum hudud, penyitaan harta) dsb.. Cuma bezanya ianya dibicarakan dalam mahkamah syariah yang tertakluk pada hukum dan undang2 syariah.

Beza dengan kes zina.. Jika diteliti, ianya berlaku dengan tuduhan awal.. maka itu, had qazaf (tuduhan) disediakan bagi sesiapa yg menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi di mahkamah.. tanpa pengakuan yg dituduh (penzina) atau penuduh mendatangkan 4 orang saksi, maka yang dituduh tak boleh dituduh dengan kesalahan berzina.

Itu dah jelas dinyatakan dalam surah An-Nur ayat 4 :

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq

Tetapi jika ketika melihat perbuatan zina itu, beliau cuma ada 2 orang saksi, maka dilaporkan kepada pihak pemerintah.. maka pemerintah akan menjalankan atas pertuduhan selain zina.. sama ada khalwat ke, melakukan perbuatan tak bermoral ke dsb.. tetapi bukanlah atas pertuduhan zina. Dan jika didapati bersalah, maka dijatuhkan hukuman ta’zir (yg lebih ringan berbanding hukum hudud)..Bila tiada tuduhan zina, maka tiadalah hukuman had qazaf..

Namun, Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia tidak menggunakan hukuman hudud sebagai sumber hukuman jenayah.. cuma ada hukuman ta’zir.. oleh itu, kesalahan jenayah zina tidak mampu dibicarakan di Malaysia mengikut syariat Islam yg sebenar. Paling kuat pun, setakat mengenakan hukuman ta’zir (yg memberi maksud, sekalipun ada hukum sebatan, tapi tidaklah menyamai sebatan bagi hukum hudud)..


Sunday, October 17, 2010

Rakyat Bkt Katil berang dengan tindakan Ali Rustam mahu roboh Surau dan PASTI


Berang dengan tindakan Ali Ketam mahu robohkan SURAU

Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil.

Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.

"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.


“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.

Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.


Ini peta dia ! Ali Rustam membodohkan Melayu dan org Islam Melaka

Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.

"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.


Tunjuk perasaan ini juga dihadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat Melaka yang lain. Antara mereka ialah pengerusi DAP, Goh Leong San; ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong; ADUN Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Bandar Hilir, Tey Kok Kiew dan ketua AMK Melaka, Hairiz Nordin.

ALI KETAM sekolah HAMIL....

Ini nama baru dia..sebab IDEA bernas ini mendapat perhatian BIK MAMA...

Tapi dia buat spoil pulak...kalau tak CONFIRM naik pangkat

Nak pi roboh SuRAU dan PASTI Bkt Katil itu apa pasal ...?

Tanpa rundingan dengan penduduk terus keluar surat mahu roboh dan beri pampasan...

Tak da hati perut ka...tempat orang Semayang dan mengaji tentang Islam mahu pi roboh?...

Sebab apa roboh? mahu buat jalan untuk senang bawak keta...

Tengok peta di atas...Ali ketam ada alternatif tapi mahu juga pi roboh Surau Melayu Islam...

Sebab apa ? ini PAS punya...PASTI itu PAS punya , Surau itu orang PAS banyak pi Semayang...

Ayuh rakyat MELAKA , LAWAN sama ALI KETAM....!

Sebarkan isu ini ke seluruh MELAKA...

Kasi GEGAR MELAKA....

Kalau LIM GUAN ENG mahu roboh Surau CONFIRM masuk TV3 dan Utusan frt page...

Tapi sebab dia bukan Cina DAP, dia MELAYU UMNO...roboh Surau perkara BIASA...

LAWAN TETAP LAWAN !



Sunday, August 29, 2010

Ustazah Bik Mama bagi tazkirah kepada wanita Muslim di Masjid



Cuba lihat photo kecil di atas, Ustazah Bik Mama sedang khusyuk beri TAZKIRAH kepada jemaah WANITA MUSLIM UMNO yang sebahagian besar tidak bertudung.

Ini lah double standard UMNO APCO, apabila kena pada BIK MAMA ...No Problem !...

SEMUA JEMAAH DI DALAM MASJID ITU YANG TAK BERTUDUNG INI SUDAH CEMAR KESUCIAN ISLAM...BAK KATA JAMIL KAGAT LA..."TAK TUTUP AURAT"

Apabila jadi pada Cina DAP, UTUSAN kata NODAI KESUCiAN ISLAM....

UMNO + UTUSAN memang BANKRAP ISU...

DASAR YAHUDI APCO





Obama keluar selepas beri ucapan di dalam Masjid di Istanbul.


Saturday, August 28, 2010

Pengarah JAIS dan MAIS hina Fatwa berkaitan isu bukan Islam masuk masjid

Pengarah JAIS, Khusrin Munawi (Penyokong tegar UMNO) berkata ,amaran itu diberikan kerana tindakan membenarkan org bukan Islam sama ada ahli politik dan sebagainya memasuki ruang solat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan menyalahi HUKUM.




"Muzakarah Jwtk/s Majlis Fatwa Kebangsaa bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali ke -90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid dan Ruang Solat Utama di dalam Masjid.Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Menyalahi HUKUM? Fatwa telah dikeluarkan....dibenarkan org org bukan Islam memasuki masjid..

HUKUM mana? hukum UMNO?.....hahhaha

HUKUM mana...? hukum pemilik Rolls Royce?

sampai isu ini pun mahu dipolitik oleh UMNO.....BODOH punya UMNO..

masjid negara...itu pelancong masuk...OK saja...?

Bodoh punya tv3 & Utusan..

Pandangan PAS SERDANG di LINK ini

Kenyataan TEO, MP Serdang

Sunday, August 22, 2010

Penjelasan TKM1 & Exco Agama Penang isu khutbah jumaat

KUALA LUMPUR, 21 Ogos — Kerajaan negeri Pulau Pinang sekali lagi menafikan nama Ketua Menteri Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin sambil menegaskan, tindakan tegas akan diambil jika ada pihak bertanggungjawab berbuat demikian.

“Biar siasatan dijalankan untuk menentukan khatib atau imam masjid mana yang terlibat dan kalau benar tindakan tegas akan diambil,” kata Timbalan Ketua Menteri I Dr Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri Abdul Malik Kassim dalam satu kenyataan bersama hari ini.

“Hanya khatib atau imam yang tak siuman berani menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim Guan Eng. Sekiranya dakwaan ini benar, kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas,” kata pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.


Dalam kenyataan hari ini Abdul Malik dan Mansor menambah, dakwaan yang lebih merupakan fitnah terhadap kerajaan negeri adalah sangat serius kerana boleh mencetuskan kemarahan, kebencian dan ketegangan kaum dan agama dan membawa insiden yang tidak diingini.

“Lim Guan Eng, yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Islam, pun dianiayai,” kata mereka.

Sehubungan itu kata beliau, Umno harus membuat laporan rasmi polis atau di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang terhadap mana-mana khatib atau imam mesjid di Pulau Pinang yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan nama Lim.

“Sekali lagi, kerajaan negeri Pulau Pinang menafikan dengan keras dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

“Teks khutbah Jumaat yang dibacakan oleh para khatib atau imam yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong.

“Kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk tujuan tersebut,” kata kedua-dua pemimpin itu.

Kata mereka, permainan politik Umno ini berniat jahat dan telah mencemarkan nama baik golongan khatib atau imam di Pulau Pinang, yang bukan sahaja mendokong syair Islam yang syumul dan menyeluruh tetapi juga setia kepada raja dan negara.

“Beberapa ahli kariah masjid yang berikan keterangan menyokong dakwaan Umno berkata nama Ketua Menteri ada disebut. Tetapi ia disebut oleh khatib atau imam dalam konteks memohon kepada Allah supaya Ketua Menteri diberi petunjuk dan hidayah untuk memeluk Islam.

“Ini adalah perkara lain daripada menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri. Adalah difahamkan ahli kariah tersebut adalah orang Umno,” kata Mansor dan Abdul Malik.

Kedua-dua pemimpin itu berkata, adakah BN dan Umno marah kerana kesudian Ketua Menteri untuk hadir di majlis-majlis agama Islam, umpamanya sumbangan Ihya Ramadan, sambutan Maulidur Rasul, menganjurkan majlis berbuka puasa di masjid-masjid di Pulau Pinang yang tidak pernah dilakukan oleh Ketua Menteri sebelum ini.

“Sumbangan Ihya Ramadan, yang diluluskan oleh Ketua Menteri diberikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Serbaguna Jawi kepada semua masjid. Ketua Menteri hanya hadir bersama. Ini boleh disahkan oleh semua masjid yang hadir.

“Lagipun Lim Guan Eng merupakan di antara Ketua Menteri yang paling awal sekali mengharamkan judi bola yang diluluskan oleh Umno.

“Adakah Umno simpan dendam dalam hati kerana Lim Guan Eng, sungguhpun bukan Islam, telah memalukan Umno dengan mengharamkan judi bola yang dihalalkan oleh Umno?” katanya lagi.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Wednesday, June 23, 2010

Mahathir mahu lulus lesen judi

Mr 25 % mahu lesen judi diluluskan


Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan meluluskan lesen judi sukan sekiranya masih berkuasa.

"Kalau saya jadi kerajaan, saya luluskanlah," katanya ketika ditemui media selepas satu majlis di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau ditanya oleh wartawan sama ada kerajaan perlu segera meluluskan lesen berkenaan.

Katanya lagi, kerajaan tidak sepatutnya menghalang golongan masyarakat yang dibolehkan berjudi.

"Orang Cina main judi selalu, bagi dia tak haram. Buat apa kita nak sekat dia.

"Apa pasal kita nak larang? Tak boleh halang dia makan babi sebab bagi dia tak haram," katanya lagi

************************************************************************************************

Makin meracau lah si Tun Man belon ni sejak mutakhir ini,kini mahu kerajaan luluskan lesen judi kepada King Gamble Malaysia,Vincent Tan.

Pasti si Man belon ini dapat saham Bumiputra Cukai Judi dari Vinsetan.

Makin kuat si Man belon ini berpekik mahu lesen judi diberi, agaknya makin bertambah syer saham dia akan dapat..

Ingat kubur lah wahai Tun Man Belon..kubur kata Mai2...lakukan lah amal sebelum nyawa dicabut ,jangan dok kira saham dunia saja.





Saturday, June 5, 2010

Vincent Tan mahu derma hasil judi kepada rakyat

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Tokey Judi Malaysia

(AFP) - Legalising sports betting in Malaysia will generate over RM3 billion a year for government coffers, the magnate leading the controversial project said in remarks published Sunday.

The government in May granted a sports betting licence to Ascot Sports, a company controlled by influential tycoon Vincent Tan, in a bid to boost tax revenue, but the move has run into stiff opposition.

"By legalising sports betting... the government could earn annual revenue of up to RM3 billion ringgit through taxes," Tan was quoted as saying by the New Sunday Times newspaper.

"Why are some politicians so against this," he added.

Muslim groups have denounced gambling and three opposition controlled states have imposed a ban on legalised sports betting which they fear could cause debt problems for punters and other social woes.

Speaking out against the criticism for the first time, Tan said punters in Malaysia would be able to place their bets from September in time for the hugely popular English Premier League football season.

Tan is chairman and chief executive of property-to-gaming group Berjaya which bought a 70 percent state in Ascot Sports from the tycoon for RM525 million.

He said Berjaya would appeal to the opposition controlled states - Selangor, Penang and Kedah - to lift their ban on legal sports betting.

Berjaya said the illegal sports betting market in Malaysia was worth as much as 20 billion ringgit a year, the paper reported.




** VinSetan ni cuba meraih simpati rakyat Malaysia dengan tawarannya mahu memberi duit HARAM judi kepada rakyat Malaysia atas nama tujuan kebajikan.

Ayuh saudara-saudara ISLAM , kita perangi JUDI ini dan tentang manusia durjana ini. !..

ALLAHuAKBAR !

Wednesday, May 26, 2010

Rakyat tolak Judi Sukan

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Tubuh Gerakan Membantah Judi (GMJ)
Kesemua sayap Pemuda Pakatan Rakyat dan beberapa NGO di negeri Kedah menggiatkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bola sepak, kini melalui platform baru dinamakan Gerakan Membantah Judi (GMJ).

Dalam pertemuan malam tadi, gerakan yang disertai 22 anggota, - termasuk SAYAP Pemuda sebuah parti komponen BN, GERAKAN - mahu kerajaan membatalkan kelulusan judi bola sepak secara serta-merta.

Angota lain gerakan itu antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Persatuan Ulama Kedah (PUM).

Ketua Pemuda PAS Ahmad Yahya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini mengesahkan pertemuan di kompleks PAS di Kota Sarang Semut malam tadi.


JAIS dan MAIS bisu isu Judi - MP Shah Alam.

Kerajaan Selangor digesa supaya mengkaji semula kedudukan pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi.

Gesaan itu ditimbulkan oleh ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berikutan jabatan itu "menyepi" dalam isu pemberian lesen judi sukan pada sidang medianya hari ini.

Khalid berkata, tindakan itu bercangah dengan sikap jabatan itu sebelum ini -- dalam isu penggunaan masjid sebagai pentas politik dan juga berhubung penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Beliau menjelaskan, JAIS membisu apabila beliau menimbulkan isu mengenai satu anjuran majlis tahlil dan bacaan yassin untuk calon BN di pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Majlis tahlil dan bacaan yasin hendak diadakan untuk calon BN tapi JAIS dan pengarahnya diam membisu.

Be
liau turut mempersoalkan sama ada Khusrin bertindak sedemikian sebagai tanda kesetiaan kepada pemimpin Umno.

"Adakah Datuk Khusrin ini tetap setia kepada Umno dan BN dan masih mengenang jawatan dia sebagai setiausaha politik kepada Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan masih bertindak atas kapasiti sedemikian rupa

*** Rupanya Datuk Khu...ahli UMNO dan Setpol Mike Tyson ,patut muka ada iras-iras pejuang UMNO.

Kah Kah Kah...

Thursday, May 20, 2010

Najib membisu disoal wartawan berkaitan kelulusan lesen judi



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini enggan mengulas berhubung keputusan kerajaan memberikan lesen judi sukan supaya pertaruhan dapat dibuat menjelang kejohanan bolasepak Piala Dunia yang bermula Jun ini.

"We are not going to talk about that (Kita tidak akan membincangkannya)," kata Najib kepada wartawan selepas upcara pecah tanah bangunan baru Utusan Malaysia hari ini.


hohoho...Najib penakut mahu jawab !..pertahan jubok Saiful boleh ya? apabila bab Islam..we are not going to talk ? Hang memang 1 Malaysia..prihatin dengan rakyat bukan Islam untuk berjudi disamping itu UMNO juga akan dapat hasil judi untuk PRU13.

Friday, January 8, 2010

Mengutuk pengeboman gereja di PJ

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

desa melawati church firebomb allah issue 1Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran NGO utama Islam.

desa melawati church firebomb allah issue 3Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.

Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.

sumber Msiakini.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tragedi pengeboman ini dan menggesa pihak yang bertanggungjawab perlu segara dihadapkan ke muka pengadilan. Tragedi ini sungguh memalukan umat Islam Malaysia yang terkenal dan toleransi , cintakan keamanan dan perpaduan.

Pada saya kejadian tersebut berlaku tak lain tak bukan adalah kerana isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam seperti yang diputuskan oleh mahkamah baru-baru ni.

Pakatan Rakyat dah umumkan awal-awal pendirian masing-masing. PKR bersetuju dengan keputusan mahkamah, PAS juga bersetuju dengan keputusan mahkamah kecuali beberapa pemimpin tertentu manakala DAP pula mengambil sikap berkecuali.

Setakat hari ni pihak yang sibuk-sibuk mempertikaikan keputusan mahkamah tersebut ialah tak lain dan tak bukan - UMNO, siap anjurkan Demonstrasi besar-besaran bersama NGO pro UMNO seperti PERKASA Ibrahim ALi dan PEKIDA. Turut sama NGO Islam seperti Abim dan PKPIM.

Polemik ini seakan-akan mahu digunakan oleh UMNO untuk tujuan politik mereka dalam meraih sokongan rakyat setelah umpan perkauman sempit ditolak oleh rakyat.Tak kan yang setuju dengan keputusan mahkamah seperti PAS dan PKR nak buat kerja gila macam ni..? dah tentu terang-terangan ialah angkara pihak yang tak setuju dengan keputusan mahkamah. PM Najib sendiri pun "kelihatan" berada dipihak yang tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan perlu diingat, PM ini jugaklah yang mengadap Paduka Yang DiPertuan Agung "kununnya" untuk selesaikan isu ini.

Diharapkan rakyat Malaysia khususnya org Melayu Islam dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara kita. ..Islam for Peace !!







Wednesday, August 5, 2009

Umat Islam PP marah Jeff Ooi menghina Islam

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Bantahan oleh ahli JIM Pulau Pinang di Komtar

Saya memberi amaran keras kepada Jeff Ooi ,MP Jelutong dan Ketua Staff KM supaya jangan menghina gerakan Islam dalam negara dan menganggu kepentingan umat Islam di Pulau Pinang. Hal ini demikian kerana kenyataannya yang menghina Ahli Majlis MPPP, Mohd Razali Abdullah dari PKR yang juga ahli JIM dan mendakwa beliau perlu dilucutkan jawatan kerana JIM adalah ekstrimis Islam.Ini menyebabkan umat Islam terutama ahli JIM marah dengan kenyataan jeff dan mendesak beliau menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada JIM dan Mohd Razali atau meletak jawatan sebagai Ketua staff KM.Klik disini.

Menurut sumber Din Binjai, Jeff Ooi dikatakan marah kepada Razali oleh kerana pendirian tegasnya dalam soal membabitkan pengambilan tanah untuk dijadikan tanah perkuburan di Jelutong. Ketika saya mengikuti debat ummah UMNO-PAS, hal bersabit tanah perkuburan juga dibangkitkan dalam forum tersebut dan komitmen UMNO melalui MAIPP atau peruntuka n persekutuan dikatakan akan membeli tanah tersebut untuk menyelesaikan masalah tanah pekuburan yang semakin sesak di Jelutong.Saya berfikir ketegasan mempertahankan keputusan pengambilan tanah tersebut oleh sdr Razali Abdullah yang juga adik kepada Hj Fauzi Abdullah (Abe Uji) ADUN Manik Urai mungkin menjadi faktor kemarahan Jeff Oii.

Ingat Jeff Ooi, kerana Mulut Badan Binasa !!






Saturday, January 31, 2009

Erdogan tunjuk belang di Davos

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Turki Sdr Reccep (disebut Rejab) Toyyib Erdogan berani mengkritik Presiden Israel Shimon Peres laknatullah dalam satu debat berkaitan Gaza semasa sidang Forum Ekonomi Sedunia di Davos, Switzerland semalam.

Semasa kehangatan debat sedang berlangsung secara live dengan Shimon Peres la'natullah mempertahankan pembunuhan umat Islam di Gaza, PM Erdogan dengan tegas menyatakan "Apabila berkata tentang pembunuhan, awak memang pakar dalam bagaimana nak membunuh" sambil beliau terus bangun meninggalkan debat tersebut.

Debat yang dihadiri juga oleh Setiausaha Agong PBB Ban Ki-Moon & Pengerusi Liga Arab Amr Mousa dibuat di hadapan ramai hadirin forum tersebut dan disiarkan oleh banyak rangkaian media antarabangsa. Ramai yang terpegun dengan kelantangan dan keberanian Erdogan di hadapan masyarakat Eropah yang menjadi penyembah Yahudi Zionis ini.

Tetapi,saya begitu pelik dan hairan dengan keadaan di Malaysia apabila terdapat pihak tertentu menggunakan nama "Erdogan" untuk sebagai label kepada kumpulan tertentu seolah-olah ia satu fahaman baru dalam politik.Kononnya puak-puak atau kumpulan Erdogan ini merbahayakan dan memperjuangkan golongan tertentu.Nah !!!..Sekarang Erdogan sebenar telah menunjuk belang dan lihat lah kenyataan tegas beliau di hadapan Presiden Israel.Diharapkan hentikan tohmahan yang menggunakan nama pemimpin Islam Turki ini dan sepatutnya kita menobatkan beliau sebagai pejuang Islam.

Syabar PM Erdogan !!




Monday, September 1, 2008

Selamat Berpuasa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Ahli falak melihat anak bulan di Menara KL


Saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada keluarga di Penang, rakan-rakan dan seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah sempena bulan Ramadhan ini.




LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews