INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, January 31, 2009

Erdogan tunjuk belang di Davos

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Saya begitu teruja apabila Perdana Menteri Turki Sdr Reccep (disebut Rejab) Toyyib Erdogan berani mengkritik Presiden Israel Shimon Peres laknatullah dalam satu debat berkaitan Gaza semasa sidang Forum Ekonomi Sedunia di Davos, Switzerland semalam.

Semasa kehangatan debat sedang berlangsung secara live dengan Shimon Peres la'natullah mempertahankan pembunuhan umat Islam di Gaza, PM Erdogan dengan tegas menyatakan "Apabila berkata tentang pembunuhan, awak memang pakar dalam bagaimana nak membunuh" sambil beliau terus bangun meninggalkan debat tersebut.

Debat yang dihadiri juga oleh Setiausaha Agong PBB Ban Ki-Moon & Pengerusi Liga Arab Amr Mousa dibuat di hadapan ramai hadirin forum tersebut dan disiarkan oleh banyak rangkaian media antarabangsa. Ramai yang terpegun dengan kelantangan dan keberanian Erdogan di hadapan masyarakat Eropah yang menjadi penyembah Yahudi Zionis ini.

Tetapi,saya begitu pelik dan hairan dengan keadaan di Malaysia apabila terdapat pihak tertentu menggunakan nama "Erdogan" untuk sebagai label kepada kumpulan tertentu seolah-olah ia satu fahaman baru dalam politik.Kononnya puak-puak atau kumpulan Erdogan ini merbahayakan dan memperjuangkan golongan tertentu.Nah !!!..Sekarang Erdogan sebenar telah menunjuk belang dan lihat lah kenyataan tegas beliau di hadapan Presiden Israel.Diharapkan hentikan tohmahan yang menggunakan nama pemimpin Islam Turki ini dan sepatutnya kita menobatkan beliau sebagai pejuang Islam.

Syabar PM Erdogan !!




No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews