INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, January 2, 2009

"2009 " Tahun mencabar

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Selamat Tahun Baru 2009 , Happy New Year.

Bagiku, tahun ini amat mencabar untuk diriku dan negara Malaysia.Semasa dalam perjalanan pulang ke kampus dari Penang, aku banyak berfikir apa yang ku lakukan apabila tamat belajar pertengahan tahun ini apabila mengambilkira keadaan ekonomi dunia yang suram akibat krisis subprima di AS.Malaysia, sebagai negara membangun juga turut terkena tempias ini dan banyak syarikat besar mula membuang pekerja dan mengurangkan kos operasi syarikat. Peluang pekerjaan pada tahun ini dijangka berkurang dan ini akan meningkatkan kadar pengangguran negara.

Dalam mengharungi permasalahan ini, aku mungkin perlu ada plan lain jika peluang mendapatkan pekerjaan gagal.Banyak rakanku yang menyambung pelajaran peringkat Master dan sambil itu menjadi Tutor dan diberi elaun lumayan.Selain itu, ramai juga pelajar yang memilih bidang perguruan sebagai alternatif kerja dengan mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah(KLPI) selama setahun.Sektor awam kerajaan yang berkaitan dengan jurusan juga menjadi alternatif terbaik dalam memilih kerjaya kerana lebih terjamin.Ini semua mungkin salah satu cara penyelesaian tetapi diri dan minat kita adalah penentunya.Manatau mungkin aku melakukan pekerjaan yang sendiri aku tak sangka aku lakukan...semuanya tak mustahil berlaku.

Tahun 2009 juga amat mencabar buat Malaysia.Suasana politik dan ekonomi tahun ini dikira sebagai perkara yang mencabar buat pemimpin negara.Pada 17hb ini akan diadakan PRU kecil Kuala Terengganu yang menyaksikan UMNO dan PAS akan bertanding.Calon-calon dari kedua-dua parti sudah diumumkan dan menanti sepak mula politik kempen sahaja.PRU kali ini amat relevan kepada BN untuk menunjukkan bahawa BN masih diterima oleh rakyat.Begitu juga,PAS yang yakin dengan calon mereka akan diterima oleh rakyat sekaligus mengekalkan momentum kemenangan Permatang Pauh.Selain itu, peralihan kuasa PM daripada Datuk Seri Abdullah kepada Datuk Seri Najib pada Mac ini juga menarik perhatian dan begitu juga pemilihan pucuk pimpinan UMNO.Dari segi aspek ekonomi, kita juga mahu melihat bagaimana kerajaan menangani krisis ekonomi yang dijangka memberi kesan besar pada negara selepas langkah pertama iaitu pakej rangsangan ekonomi.

Untuk post seterusnya , aku akan menerangkan punca krisis ekonomi terutama krisis subprima di AS. Aku kena banyak membuat kajian dulu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews