INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, June 12, 2011

Fatwa Sheikh Yusuf dan Hukum terhadap kes fitnah oleh UMNO terhadap DS Anwar Ibrahim

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Fatwa Sheikh Yusuf Qardawi di atas kes fitnah liwat dan video seks

Bolehkah Syaikh jelaskan kedudukan kes fitnah serta pertuduhan keatas sdr Anwar Ibrahim seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak dimana ianya dilakukan tanpa bukti dan saksi. Apakah pandangan syara’ mengenai hal ini?

Jawapan:

Dengan nama Allah, Maha Pengasih Maha Penyayang.
Segala pujian untuk Allah, Selawat dan salam untuk Rasul Nya serta keridaan Allah buat orang yang mengikut Sunnah dan bimbingan baginda.

Syariat Islam diturunkan untuk melindungi kepentingan manusia, menjaga agama, nyawa, harta, maruah dan nama baik seseorang. Ini terkandung dalam maqasid Shariah (matlamat syara`) dimana Islam melindungi kepentingan asas manusia iaitu nyawa, akal, harta, keturunan serta nama baik orang ramai.

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam hadis baginda bermaksud:

“Setiap orang Islam haram menceroboh orang Islam yang lain; Haram menceroboh nyawanya, hartanya dan maruahnya”.

Dalam hadis tadi, baginda menegaskan dengan jelas tentang pengharaman perkara2 tersebut itu. Sebaliknya Islam mengajar agar tiap orang melindungi dan menjaga maruah orang lain. Malah jika benarpun seseorang itu telah melakukan kesalahan, Islam menuntut agar ia tidak dihebahkan atau digembar gemburkan tapi dilindungi demi menjaga maruah seseorang itu.

Dalam sebuah kisah, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada orang yang menasihati Mai’z agar datang menemuinya untuk membuat pengakuan zina dengan katanya:

“Mengapa tidak engkau tutup sahaja perkara ini dengan pakaian kamu. Andai saja engkau sembunyikan perkara itu, tentu ia lebih baik bagi kamu.”


Quran menjelaskan dalam Surah an-Nur 24:19 -

“Sesungguhnya orang-orang yang suka tersebarnya kebejatan di kalangan orang yang beriman, untuk mereka seksa yang amat pedih di dunia dan di akhirat.”

Oleh kerana itu Islam menetapkan hukuman yang amat berat terhadap orang yang mengaibkan orang lain atau menceroboh maruah dan nama baik orang lain. Islam telah menetapkan tiga jenis hukuman terhadap orang yang melakukan fitnah keatas orang lain iaitu; hukuman fizikal, hukuman moral dan sosial serta hukuman spiritual.

Firman Allah dalam surah An-nur 24:4 -

“Orang yang menuduh (wanita) orang Islam lain dgn tuduhan zina tapi tidak mengemukakan empat orang saksi maka sebatlah dia sebanyak 80 kali. Dan janganlah kamu terima persaksiannya buat selama-lamanya. Dan mereka itu orang yang fasiq”

Ulama sepakat mengatakan tuduhan zina kepada lelaki muslim sama hukumannya dengan tuduh zina terhadap wanita muslimah. Ulamak juga sepakat bahawa tuduhan liwat adalah sama dengan zina. Dalam hal ini lumrahnya tuduhan zina ini ditujukan kepada golongan wanita. Namun jika ada sesiapa yang menuduh oang lelaki yang berbuat demikian maka menurut ijmak ulama ia termasuk dalam lingkungan makna ayat ini.

Hukuman fizikal yang dimaksudkan ialah 80 kali sebat. Manakala hukuman moral dan sosial ialah dengan menolak kesaksiannya buat selama-lamanya. Imam Abu Hanifah menegaskan bahawa walaupun orang berkenaan sudah bertaubat namun hukuman ini tetap berlaku dan berkuat kuasa iaitu ia tidak boleh menjadi saksi selama-lamanya. Adapun hukuman agama pula adalah ia dianggap sebagai orang yang fasiq.

Sebenarnya tidak akan ada orang yang berani berbuat demikian, iaitu menuduh dan memfitnah orang lain dengan tuduhan palsu melainkan orang yang fasiq atau rusak agama.

Pandangan dari blog Ustazlove.com

“Mengikut hukum ta’zir, rakaman video itu boleh menjadi bahan bukti terhadap tuduhan zina tanpa perlu empat saksi iaitu hanya berdasarkan qarinah (keterangan persekitaran) atau siasatan forensik.

“Sekiranya berlaku tuduhan zina, maka pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997,”

Apa pandangan ustaz?

Dalam hukum jinayah (jenayah) Islam, ada hukum hudud, qisas dan ta’zir.. diyat adalah denda bagi menggantikan hukuman qisas.

Hukum ta’zir hanya boleh dikenakan terhadap pertuduhan yang lebih ringan daripada zina.. dan hukuman itu diputuskan oleh qadhi / hakim dan bukannya ditentukan oleh sang penuduh.

Sebagai contoh, jika seseorang itu merompak, tetapi kadar rompakannya sedikit tidak sampai menyebabkan beliau dikenakan hukuman had potong tangan, maka ketika ini hukum ta’zir boleh digunakan.

Ianya lebih kurang sama dengan hukuman sivil.. sbb ada hukuman penjara, buang daerah, sebat (yg tidak sampai ke tahap had sebatan hukum hudud, penyitaan harta) dsb.. Cuma bezanya ianya dibicarakan dalam mahkamah syariah yang tertakluk pada hukum dan undang2 syariah.

Beza dengan kes zina.. Jika diteliti, ianya berlaku dengan tuduhan awal.. maka itu, had qazaf (tuduhan) disediakan bagi sesiapa yg menuduh tanpa didatangkan 4 orang saksi di mahkamah.. tanpa pengakuan yg dituduh (penzina) atau penuduh mendatangkan 4 orang saksi, maka yang dituduh tak boleh dituduh dengan kesalahan berzina.

Itu dah jelas dinyatakan dalam surah An-Nur ayat 4 :

Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq

Tetapi jika ketika melihat perbuatan zina itu, beliau cuma ada 2 orang saksi, maka dilaporkan kepada pihak pemerintah.. maka pemerintah akan menjalankan atas pertuduhan selain zina.. sama ada khalwat ke, melakukan perbuatan tak bermoral ke dsb.. tetapi bukanlah atas pertuduhan zina. Dan jika didapati bersalah, maka dijatuhkan hukuman ta’zir (yg lebih ringan berbanding hukum hudud)..Bila tiada tuduhan zina, maka tiadalah hukuman had qazaf..

Namun, Enakmen Jenayah Syariah di Malaysia tidak menggunakan hukuman hudud sebagai sumber hukuman jenayah.. cuma ada hukuman ta’zir.. oleh itu, kesalahan jenayah zina tidak mampu dibicarakan di Malaysia mengikut syariat Islam yg sebenar. Paling kuat pun, setakat mengenakan hukuman ta’zir (yg memberi maksud, sekalipun ada hukum sebatan, tapi tidaklah menyamai sebatan bagi hukum hudud)..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews