INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, January 27, 2013

Metro Ahad kata kekasih Rozita Che Wan ialah Najib Razak bukan Zain ?




Pembaca Harian Metro AHAD pagi ini digemparkan dengan berita hiburan di ruangan Selebriti muka surat 21 apabila Rozita Che Wan mengumumkan percintaannya dengan seorang pemuda, Zain Saidin dan akan berkahwin tidak lama lagi. Namun yang lebih mengejutkan ialah ayat-ayat balas pemuda ini  bertulis :

" Kami sama-sama suka dan Rozita balas cinta saya " - Najib Razak 

Siapa Najib Razak ini? PM Malaysia ialah Najib Razak

Tapi  orang muda  di dalam gambar ialah Zain Saidin.

Adakah ini kesilapan typo atau disengajakan oleh Harian Metro ?

Adakah wartawan hiburan ini tidak takut mati ?

Adakah Pengarang Harian Metro ini tidak sayang kerjaya?

Adakah Harian Metro kini sudah terikut dengan twitter parodi Harian Metroll

Orang paling sihat di Putrajaya pasti geram dan marah akan gosip liar in.


@Pantherian : Sama-sama lah kita menunggu ulasan Harian Metro dan kenyataan Ralat akhbar keesokkannya. Pastinya ia kesilapan typo penerbitan kerana PM Najib bersih dari gosip-gosip liar dengan artis.

Wednesday, January 23, 2013

#LISTEN LISTEN :Orang Politik juga Rakyat

         
Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 pada hujung minggu lepas meninggalkan seribu suka duka kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan rapat umum terbesar yang terakhir menjelang PRU13. Di pihak Pakatan Rakyat, kehadiran ratusan ribu rakyat terdiri pelbagai lapisan masyarakat memberi satu tonik terbaik kepada mereka untuk mendepani pemerintah di PRU13 yang kian hampir.

Bagi pemerintah pula, Perdana Menteri mengubah mood bicara agak lunak apabila berterimakaseh kepada pembangkang dan Akta Perhimpunan Aman yang telah menjamin keamanan di himpunan tersebut. Kejayaan himpunan berlangsung dengan aman ini telah digunakan Najib Razak untuk membuktikan kepada rakyat transformasi politik dan demokrasi sedang berlaku di Malaysia.

Kepala himpunan #HKR112

Namun begitu, kejayaan himpunan ini dipandang sinis oleh beberapa pihak terutamanya kalangan pendokong gerakan masyarakat sivil dan mereka yang neutral.

Mereka agak skeptikal apabila ia diketuai oleh pemimpin parti politik danbukannya di kalangan pemimpin masyarakat sivil atau NGO. Ya, kepala untuk himpunan kali ini ialah Timbalan Presiden PAS, Sdr Mat Sabu dan bukannya Ambiga. Malah sebahagian perarakan ketumbukan rakyat juga diketuai oleh pemimpin politik seperti Azmin Ali di Masjid Negara, Wanita PR di Pasar Seni dan Chegu Bard di Kg Baru.

Adakah salah parti politik mengetuai perarakan dan himpunan rakyat? Mobilisasi dan gerak kerja #HKR112 ini bukan kerja selama sebulan malah ia bermula tiga bulan lepas yang diketuai oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang bergerak di seluruh negara. Jika tiada dokongan kuat parti politik dalam mana-mana demonstrasi atau himpunan maka usah mimpi untuk melihat ratusan ribu yang hadir di Stadium Merdeka pada Sabtu lalu. Media arus perdana tidak mampu lagi untuk menipu rakyat dengan angka palsu dan laporan himpunan gagal mendapat sambutan.

Aku pertama kali menyertai demonstrasi sewaktu demo Anti PPSMI tahun 2009 yang diketuai oleh Pak Samad Said, Arwah Dato Hassan Ahmad dan beberapa NGO seperti Gapena dan PKPIM. Perhimpunan ini didokong kuat oleh PAS terutama Presiden Tuan Guru Hadi Awang yang mengerahkan seluruh ahli PAS yang cintakan bahasa wajib hadir menyokong demonstrasi ini. Unit Amal Pas dikerah sepenuhnya menjaga keselamatan orang ramai sehingga seorang anggotanya ditangkap dan dibelasah oleh polis.

Demonstrasi ini boleh dianggap berjaya mencapai matlamat apabila Perdana Menteri ketika itu, Pak Lah mengambil ketetapan tegas mengkaji semula perlaksanaan PPSMI ekoran bantahan ramai khususnya orang Melayu dan kita melihat hasilnya kini, PPSMI akan dimansuhkan. Nah, jika puluhan ribu orang ramai tidak hadir untuk menjerit di Kuala Lumpur waktu itu maka mustahil untuk pemerintah untuk akur akan suara minoriti kumpulan pencinta bahasa.

Himpunan kotor dan tak jernih

Himpunan #HKR112 juga ditohmah oleh golongan sivil dan neutralista sebagai himpunan kotor dengan agenda politik kepartian dan tidak jernih seperti diinginkan. Himpunan Kebangkitan Rakyat dikatakan Himpunan Pakatan Rakyat sebab banyak melaungkan slogan hancur BN, reformasi, tumbang UMNO dan hidup rakyat di sepanjang perarakan ke Stadium Merdeka. Selain itu, pidato beberapa pemimpin parti politik juga dikatakan tiada pengisian yang baik dan hanya mengulangi fakta lama yang membosankan. Tapi bagi aku, laungan merdeka yang bersemangat oleh DS Anwar Ibrahim dan bacaan deklarasi #HKR112 berjaya membangkitkan mood acara kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka.

Aku mengakui himpunan ini merupakan himpunan gerakan politik tetapi ia menarik apabila bergabung dengan gerakan masyarakat sivil lain seperti kumpulan Hijau Lynas,  ANAK, Muafakat, Bersih, Royalti dan SAMM untuk bersatu tekad mendesak pemerintah mendengar tuntutan rakyat. Kita tidak perlu malu mengaku ini gerakan politik yangdiketuai orang politik kerana majoriti yang hadir itu juga adalah ahli parti politik. Sebab itu aku tidak bersetuju dengan kenyataan Ambiga selepas Bersih 3 dulu yang mengkritik orang ramai dan politikus yang melaungkan reformasi dan bukannya Bersih.

Untuk bahasa yang lebih mudah,aku katakan ahli parti politik adalah rakyat dan mereka juga ada hak kebebasan berkumpul dan bersuara yang sama seperti orang lain. Tak perlu nak marah rakyat yang nak laung "Reformasi, Hancur BN, Tumbang UMNO dan Hancur Najib” kerana itu adalah ekspresi kemarahan rakyat kepada pemerintah. NGO-NGO yang datang juga marah kepada pemerintah dan Stadium Merdeka adalah tempat kemuncak mengekspresi kemarahan selama ini. Kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat juga tidak pernah menyekat gerakan politik UMNO menerusi NGO seperti Perkasa, GAPS dan GPRS untuk berdemo dan mengekspresi kemarahan mereka sebagai menghormati hak kebebasan bersuara rakyat.

Politik dalam institusi demokrasi

Selepas dibenarkan berhimpun di Stadium Merdeka, kita seakan terpukau dengan gaya Najib Razak dan bahasa lunaknya yang berterima kaseh pada Pakatan Rakyat disebabkan keamanan di himpunantersebut. Malah ada yang kata Najib sudah mula mendakap bantal demokrasi ! Orang yang percaya propaganda ini mungkin baru pertama kali ke demonstrasi dan tak sempat merasa gas pemedih mata!

Kebanyakan golongan masyarakat sivil dan neutral ini mahu hak kebebasan bersuara seperti termaktub dalam Perkara 10 diamalkan di Malaysia secara meluas. Tapi kita jangan lupa negara kita masih ada undang-undang mengongkong rakyat seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, AUKU, Akta Keterangan dan Akta Hasutan. Perjuangan untuk memerdekakan rakyat daripada akta-akta yang mencengkam ini adalah melalui gerakan politik di institusi demokrasi yakni di Parlimen.

Nak atau tidak untuk mengubah lanskap sistem demokrasi adalah melalui jalan Parlimen. Untuk memasuki Parlimen, anda perlu menyertai parti politik dan menang pilihanraya. Ahli politik yang menang pilihanraya akan dilantik menjadi Menteri atau Perdana Menteri. Kuasa yang dimiliki ahli politik ini mampu untuk menggubal undang-undang dan pastinya hak kebebasan berhimpun dan bersuara ini mampu untuk dilaksanakan. Kerajaan Pulau Pinang sebagai contoh telah mewujudkan Speaker Corner di Padang Kota Lama dengan kuasa politik negeri yang ada.

Pasca #HKR112 bukan masanya untuk kita saling tuding jari siapa yang patut “lead” atau “claim”himpunan ini kotor dan tak suci. Tapi apa yang lebih penting adalah memperkukuhkan kerjasama dan muafakat antara gerakan masyarakat sivil dan parti politik untuk menuntut perubahan dan sistem yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Jika semua pihak memainkan peranan masing-masing di bawah kesatuan yang sama inginkan perubahan kerajaan dan sistem di Malaysia, saya yakin masih ada sinar dan harapan untuk Malaysia yang baharu. Inikalilah !

Ikhwan Hafiz adalah seorangJurutera, Alumnus Sekolah Politik dan Akademi Pak Sako.

Artikel ini telah dimuatkan ruangan esei portal website www.jalantelawi.com 

Sunday, January 20, 2013

MAT SABU: SIAPA SEKSA CINA KELANTAN?



Siapa seksa Cina Kelantan ? - Mat Sabu

@Pantherian : Ini ceramah sakartik  terbaik Mat Sabu !


Wednesday, January 16, 2013

Telawi Forum - Impak dan Halatuju Rakyat Pasca #KL112


c


Pendokong-pendokong Himpunan Kebangkitan Rakyat dijemput hadir ! 

Kita berforum di Telawi Forum : Impak dan Halatuju Rakyat Pasca #KL112

bersama Azmin Ali, Isham Rais dan Hasmi Hashim 

Ayuh semua !!  






Tuesday, January 15, 2013

Khairy Jamaluddin malu mengaku Syarifah Zohra SW1M mewakili suara BN




YB KJ , Ketua Pemuda UMNO malu untuk mengaku Syarifah Zohra Jabeen ini mewakili BN di 
Forum Mahasiswa UUM.

"Siapa2 pun boleh salah guna 1Msia " - Khairy Jamaluddin. 

  
@Pantherian : Dalam UMNO ini, bila kantoi buat salah, masa itu kawan-kawan sekeliling malu mengaku kawan dan tidak akan membantu. Lihat sahaja kes blogger UMNO Doc Novandri ,tiada  pimpinan UMNO yang turun untuk  membantu kes saman oleh Khalid Samad dan akhirnya mengaku salah dan meminta maaf.




Jawapan balas Suara Wanita 1 Malaysia isu Bawani



Jawapan balas  SW1M pasai isu Bawani

Monday, January 14, 2013

Siswi UUM bangun lawan panelis SW1M di Forum Mahasiswa UUM


Jika kita meneliti video di bawah ini dapat kita simpulkan ia adalah forum propaganda dan indoktrinisasi ke atas mahasiswa UUM oleh UUM dan NGO kerajaan, Suara Wanita 1Malaysia (SW1M).Permulaan video ini memaparkan YDP UUM membaca ikrar "politik" yang menyebut budaya songsang, perosak bangsa, demonstrasi jalanan, anasir luar yang sememangnya ditujukan kepada pihak pembangkang dalam negara ini.

Apa yang menarik dalam forum sebenarnya ialah seorang anak siswa bernama Bawani KS yang bangun mempertahankan Bersih dan pendidikan percuma  untuk rakyat Malaysia. Beliau menempelak Sharifah Zohra, Pengerusi SW1M yang mengatakan Ambiga ialah "Pencetus Anarki" dengan membawa fakta Mahkamah Tinggi mengatakan gerakan Bersih adalah sah.  Selain itu, beliau juga berbahas isu pendidikan percuma yang menekankan bahawa Malaysia perlu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya dari persekolahan rendah sampai ke universiti seperti di negara Cuba,Venuezela dan Argentina.

Kemudian yang menjadi tegangnya pabila Sharifah Zohra mencelah dan cuba menghalang siswi ini daripada terus berucap dengan gaya  Listen ! Listen  ! Listen  ! Listen ! Listen  sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap. Wanita ini tidak mampu membalas hujah Bawani dengan hanya menjawab "ini negara Malaysia, jika  kamu tidak suka pindah ke negara Cuba,  Argentina, France " , " kamu perlu hormat pandangan orang lebih tua" , "Saya akan jawap soalan awak tapi binatang juga ada masalah" dan "saya rasa kat sini awaklah yang paling kurang tahap pendidikan, pendidikan tentang respect".  Jika soalan mudah pun tak mampu dijawab lebih elok jangan jadi panelis forum.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA. Semua tahu Kimma atau singkatan kepada Kongress Indian Muslim Malaysia adalah komponen baru dalam BN

Apa makna video ini pada kita terutama anak muda?

Ini merupakan satu penghinaan besar oleh penguasa kepada mahasiswa dan budaya ilmu. Mana mungkin panelis forum datang ke hadapan audiens dan menyuruh  audiens berhenti menanya soalan ? Ini zaman Edan (Gila) dan ia bukan lagi boleh dipanggil  forum atau wacana ilmu jika panelis berkelakuan begitu. Wacana ilmu  atau  forum seumpamanya perlu rai perbezaan pendapat sebagai  satu disiplin perbincangan ilmu. 

Kisah siswi Bawani KS melawan ego penguasa ini mungkin kita dapat tahu sebab ia masuk You Tube dan pastinya di universiti lain juga, kalangan mahasiswa menghadapi  mehnah dan cabaran yang sama malah mungkin lebih teruk. UiTM misalnya masih seperti dulu lebih ketat dalam pengawalan aktiviti mahasiswa dalam melakukan aktiviti ilmu seperti forum walaupun sudah bertukar Naib Canselor.

Bila anak muda cerdik, peka isu semasa dan ada pencerahan maka ketika itu  anak muda akan bangkit lawan pembodohan yang membelenggu selama ini. Ini yang menjadi ketakutan dan igauan kepada pemerintah !








Sunday, January 13, 2013

Laungan Merdeka oleh Anwar Ibrahim di Stadium Merdeka #HKR112



Pidato Kebangkitan Rakyat oleh DS Anwar Ibrahim tegaskan akan angkat martabat dan memerdekakan  rakyat jika PR diberi peluang mentadbir negara selepas PRU13 akan datang. DS Anwar Ibrahim juga melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali di stadium bersejarah ini sebelum menamatkan pidato beliau.

Merdeka !  Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! Merdeka  kemudian disambut dengan laungan Rakyat ! oleh hadirin yang hadir.




Ito Blues Gang dengan lagu Ubah Sekarang #HKR112



Kata Ito, #KL112 ialah crowd paling ramai yang dia pernah perform dalam kariernya sebagai penyanyi, Tak kira Blues Gang atau solo.
Kata Ito: Ubah sekarang. Kuatkan Pakatan. Ubah sekarang. Lupakan Barisan #KL112
YB Yusmadi dalam status FB turut menyukai lagu ini. Katanya "Lagu kegemaran terbaru saya selepas Memburu Impian dari Kristal & Kaza"
 
 

Thursday, January 10, 2013

Ayuh ke Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112


Ayuh anak muda dan rakyat Malaysia, kita tawan Kuala Lumpur  dan Stadium Merdeka !


Monday, January 7, 2013

Negara Merdeka, Jiwa Hamba - Anwar Ibrahim




Apa makna Merdeka kalau rakyat tidak bebas ?

Apa makna Merdeka, nak cakap dengan pemimpin TAKUT ?
Aaa Yang Amat Berhormat ..
ROMPAK berapa? RM 250 juta  ....RM20bil ?
Tak apa  Tak Apa...
Hidup MELAYU !
Ini Maknanya Negara Merdeka , Jiwa Hamba

MB Perlis berkempen "Biar Hilang Tanah Jangan Hilang BN"


MB Perlis DS Md Isa Sabu : Biar Hilang Tanah , Jangan Hilang BN

 Biar tanah Melayu digadai kepada Melayu UMNO dan kroni tetapi undi perlu terus kepada BN 

Biar hilang tanah Melayu untuk diberi kepada Wanita UMNO Selangor

Wanita UMNO Selangor jual tanah kepada pula kepada tabung askar pencen Melayu

Wanita UMNO dapat untung ratus juta tetapi tanah itu milik kerajaan Persekutuan

Biar Hilang Tanah untuk diberi kepada Cina MCA untuk projek PKFZ

Ketua bhgn UMNO untung juta2 , Presiden MCA yang kena dakwa

Inilah maksud banner kempen BN Perlis

Hebat idea kempen  tapi kuasa rakyat akan jatuhkan kerajaan angkuh ini !


Pandu Puteri Tua buat kerja kebajikan


Pandu Puteri Tua sedang sapu sampah diketawa adik-adik di belakang . 

Kasut sampai ke lutut tu !







There was an error in this gadget

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews