INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, January 2, 2011

Safee sali dan Mahali dapat tawaran kelab Indonesia



Sumber http://www.malayatigerfootball.com/

Kenyataan penyerang Malaysia, Mohd Safee Sali yang menyatakan keinginan beraksi di Liga Super Indonesia mulai mendapat sambutan. PSPS Pekanbaru menyatakan minat untuk menjemput penyerang yang mantap di depan gawang itu ke Indonesia selepas melihat aksi beliau di perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki Cup 2010 kelmarin.


Dua pemain nasional Malaysia, Mohd Safee Sali dan Mahali Jasuli kini menjadi rebutan PSPS Pekanbaru. Kedua pemain cemerlang Malaysia ini dianggap memiliki peranan besar dalam membantu kemenangan pasukan Malaysia pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium National Bukit Jalil, Malaysia 26 Desember lalu.

Keinginan PSPS untuk mendapatkan kedua - dua pemain Malaysia ini diakui sendiri Pengurus PSPS Pekanbaru, Dastrayani.

"Ya, seperti ketika kita mengadakan perbincangan dengan Safee Sali sambil mempertanyakan khabar tentang Mahali Jasuli. Apatahlagi, Safee telah menyatakan keinginan hasratnya untuk beraksi di liga yang ada di Indonesia. Walaupun, kita belum lagi berbicara langsung dengan Mahali tetapi dengan perbincangan yang baik secara bersama nanti, semoga saja semuanya akan berjalan dengan lancar," harap Dastrayani ketika mengadakan pertemuan dengan wartawan selasa lalu.


Safee Sali
Jurulatih PSPS, Abdurahman Gurning mengungkapkan, pengurusan kelab telah menghubungi agen Safee mengenai kemungkinan penyerang pasukan Harimau Malaya itu akan bergabung pada musim kedua nanti. Perkara ini sudah dibincangkan sejak dari berakhirnya peringkat kumpulan di Piala AFF Suzuki lagi.

Menurut Gurning, ketika ini PSPS sedang mengalami masalah di barisan hadapan, setelah kecederaan menimpa pemain penyerang, M Isnaini serta batalnya untuk menandatangani kontrak seorang penyerang dari negara Asia. Pasukan diberi jolokan Askyar Bertuah kini hanya menyandarkan harapan kepada pemain bernama Dzumafo Herman di barisan hadapan.

“Pengurusan kelab sudah memberitahu saya, sudah ada pembincangan dengan agen Safee mengenai kemungkinan dia beraksi bersama pasukan PSPS di musim kedua. Dia pemain yang bagus,” ujar Gurning.

Ditambah pula, penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki Cup 2010 itu memperlihatkan persembahan yang bagus sepanjang kejohanan bolasepak ASEAN dwi tahunan tersebut. Safee mempunyai kelajuan, ketajaman dan penyudah yang baik untuk menjaringkan gol gawang lawan.

“Gol-gol yang dihasilkan dari Safee menunjukkan kelasnya sebagai penyerang. Mengenai boleh atau tidaknya dia datang ke PSPS, semua bergantung dengan perbincangan dan situasi di pengurusan. Selain itu, kita tidak tahu apakah Safee mahu bermain hanya setengah musim,” ucap Gurning.



Mahali Jasuli
Lalu, bagaimana dengan jurulatih PSPS, Abdulrahman Gurning memperkatakan tentang susuk tubuh fizikal pertahanan pasukan Malaysia yang baru berusia 21 tahun itu iaitu Mahali Jasuli? Gurning pun menyatakan dengan tegas niat baik pengurusan untuk menjemput kedua - duanya dengan menganggap perkembangan itu sesuatu perkara yang positif.

"Sama seperti Safee, Mahali juga pemain yang memiliki mental kerja keras. Tentu saja saya mahu, sebab kriteria pemain seperti merekalah yang saya perlukan," jawab Gurning singkat.

Musim di Liga Super Malaysia kembali berjalan pada Januari nanti.

******

Tahniah Safee Sali dan Mahali !

Anda patut mengubah angin ke Indonesia untuk meningkatkan permainan anda !...


1 comment:

Anonymous said...

Masuklah kelab-kelab Eropah. Sekurang-kurangnya 6 pemain Jepun beraksi di Bundesliga. Ada yang bermain di Rusia, Scotland, Itali dan sebagainya. Kalau pergi Indon/Vietnam, bila nak maju??

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews