INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, January 30, 2012

Awan Nano dan Buddhi Hekayat @HasmiHashim


Tahniah dan syabas kepada Hasmi Hashim aka Buddhi Hekayat di atas kemenangan lagu Awan Nano di Anugerah Juara Lagu (AJL ke 26).  Lagu Awan Nano yang cukup indah dari segi lirik dan melodi sememangnya antara calon Juara Lagu ke 26 kali ini. Lirik lagu  ini ditulis oleh Buddhi Hekayat dan muzik oleh M Nasir cukup hebat di pentas Final AJL yang didendangkan oleh Hafiz. Hafiz cukup bertenaga dengan vokal yang baik turut menggondol Anugerah Vokal Terbaik.

Kemeriahan sokongan terhadap Awan Nano ini bermula di Twitter pada petang Ahad (29 Jan) apabila aku   rakan-rakan Twitterjaya yang lain seperti @Mamunakhabaq,@NajwanHalimi @Bumilangit dan @afifbahardin mula berkempen di Twitter menyatakan sokongan dan solidariti kepada lagu Awan Nano dan Hasmi Hashim. Kempen di twitter tersebut ternyata berjaya menarik sokongan orang ramai sehingga lah sewaktu keputusan pemenang diumumkan oleh FBI dan Cheryl pada malamnya.

Kenali Hasmi @Buddhi Hekayat

Aku mula mengenali Hasmi Hashim sekitar tahun 2008 melalui Facebook apabila membaca tulisan cerpen kisah cintanya dengan gadis Tionghua. Bahasa yang digunakannya cukup indah dan puitis. Kemudian sekitar tahun 2010, aku menemui secara dekat dengan beliau di  program Pidato Zaman Gila anjuran Republik Anak Muda (RAM)  di Penang yang turut dinaungi oleh beliau.Aku tertarik dengan pidatonya yang tegas perjuang hak anak muda  melalui usulnya di Testamen Politik Anak Muda dan penyampaian sajak WS Rendra Paman Doblang pada malam tersebut.

Oleh itu malam tersebut membawa aku mengenali siapa itu Hasmi Hashim, ternyata seorang budayawan dan sosok seni yang hebat yang petah berpidato. Kemudian aku ke program Debat Calon Ketua AMK pada September 2010 di Taiping dan hadir untuk menyatakan sokongan pada Hasmi Hashim yang mahu bertanding Ketua AMK. Kelompok anak muda seperti Hilman dan Izmil dan kebanyakan  siswa yang hadir memberi sokongan Hasmi kerana beliau  rapat dengan mereka melalui Sekolah Politik IKD.


Beliau terkenal dengan  idea Gagasan Pencerahan yang mahu mengupas semula makna dan harapan semenjak tercetusnya gerakan reformasi, selain turut menyarankan  fungsi seni dan budaya tidak diketepikan dalam arus perjuangan politik negara.



Jangan lupa, ahli politik besar adalah pemikir, budayawan dan penulis, antaranya Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan rakyat,” katanya

Kini setelah berpindah di KL, aku kerap hadir lepak sembang seni & politik bersama Hasmi dan kawan-kawan lain seperti Khairil, Najwan, Beeha dan Puspa di Pelita Jalan Telawi, Bangsar. Lepak dengan mereka ternyata tidak membosankan walaupun hingga larut pagi dengan pelbagai cerita dan topik dibualkan. 
Sembang Seni
Jangan lupa untuk hadir jam 8mlm di NZ Garden, KLCC pada 31Jan 2012(Selasa) akan diadakan @Sembang Seni bersama Buddhi Hekayat yang dianjurkan oleh Akademi PakSako. Semua kawan-kawan dan peminat Buddhi Hekayat dijemput hadir.
Tahniah Buddhi !
 

Sunday, January 29, 2012

Anwar Ibrahim bidas UMNO fitnah Pro Israel dan Homoseksual



Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin. Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:
 
“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi. Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution. Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York.

 Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian. Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin. Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

ANWAR IBRAHIM

Saturday, January 28, 2012

Panas ! Najib Razak takut berdebat dengan Anwar Ibrahim?


DS Anwar Ibrahim sekali lagi mengulang cabaran debat ekonomi negara dengan DS Najib Razak  di Dengkil !

Adakah Najib Razak berani ? perlu minta izin Rosmah?



Fitnah terbaru UMNO melalui Trio Datuk T


Laporan muka depan di akhbar Utusan Malaysia milik Umno semalam yang memetik salah seorang anggota Trio 'Datuk T' mengenai video seks baru yang didakwanya membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan satu lagi percubaan untuk mencemarkan reputasi ketua pembangkang itu, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Katanya, kenyataan Datuk Shuib Lazim yang juga bekas bendahari PERKASA, dalam Utusan Malaysia adalah satu percubaan yang jelas untuk meletakkan asas bagi video seks baru yang direka bertujuan untuk mencemarkan reputasi Anwar.
"Kami menjangkakan lebih banyak pita lucah seumpama itu akan direka dan diedarkan memandangkan pilihan raya umum ke-13 semakin hampir," kata Surendran berkata dalam satu kenyataan lewat semalam, sambil mendakwa ia adalah taktik "kotor dan tidak bertamadun" Umno dan BN.

Mac tahun lalu, Trio 'Datuk T' - Shuib, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik - telah menayangkan kepada wartawan di Kuala Lumpur sebuah video aksi seks seorang lelaki yang mirip Anwar dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video tersebut, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.

Mengenai cabaran Shuib supaya Anwar membuktikan yang mereka salah melalui ujian forensik atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat", Surendran menyifatkannya sebagai satu taktik "yang memalukan dan terdesak" Umno.

Semalam, 'Trio Datuk T' mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka Utusan Malaysia itu,  Shuib dilaporkan berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

Shuib berkata beliau sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh seorang lagi anggota trio Datuk T, Shazryl Ekay.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac tahun lalu, adalah bukan Anwar.


@ Pantherian - Selepas fitnah liwat 2.0 gagal di mahkamah, kini UMNO kembali memfitnah Anwar menerusi geng trio Datuk T yang kononnya mempunyai video seks terbaru Anwar di Thailand.Mengikut maklumat blogger UMNO, video yang akan disebar ini menyatakan Anwar berada di Bangkok pada 12 & 13 Januari 2011.

Tetapi blogger Pro Pakatan Rakyat mengatakan Anwar berada di Indonesia pada tarikh tersebut. Nampaknya trio Datuk T sudah KANTOI BESAR !! adakah nanti video yang disebar akan menyatakan Anwar berada di Indonesia?

Bak kata Ibrahim Pendek dalam filem Ali Baba dengan 40 penyamun, baling dadu ini hanya boleh 3 kali sahaja dan jika terlebih maka...................?

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews