INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Sunday, June 10, 2012

Dakwaan Anwar ada RM3 billion oleh Muhyiddin tiada asas - Bekas Pengarah Siasatan BPR


Sumber Malaysiakini  Nov 11 2009

Bekas pengarah siasatan BPR, Abdul Razak Idrus memberitahu mahkamah tinggi hari ini bahawa siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyorok RM3 bilion dalam akaun asing dan mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat, didapati tidak berasas.

Abdul Razak, 60, yang kini telah bersara tetapi menjadi pengarah dalam beberapa syarikat, berkata BPR telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas penolong gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.

Katanya, sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut.

"Kami berjumpa dengan Murad dan beberapa saksi di Britain. Tetapi siasatan mendapat 'tiada kes' terhadap Anwar berhubung dakwaan dalam akuan bersumpah Murad," katanya.

Oleh itu, katanya, beliau membuat kesimpulan bahawa dakwaan dalam akuan bersumpah itu adalah tidak berasas dan mengarahkan supaya siasatan ditutup.

Murad menandatangani akuan bersumpah itu pada 20 Oktober 1999 - kira-kira sebulan selepas Anwar ditahan selepas dipecat sebagai timbalan perdana menteri pada awal bulan September tahun berkenaan.Abdul Razak kemudiannya membuat akuan bersumpahnya mengenai perkara itu dan mengemukakannya kepada mahkamah.

Bekas pegawai kanan BPR itu memberi keterangan dalam kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Anwar terhadap News Straits Times Press (M) Bhd dan bekas ketua pengarang kumpulannya, Datuk Abdullah Ahmad.


@Pantherian - Ada rupanya artikel berkaitan dakwaan aset RM3bil yang dimiliki Anwar dan pengakuan bekas Pengarah BPR  jelas mengesahkan bahawa dakwaan ini merupakan tohmahan liar untuk memburukkan imej DS Anwar Ibrahim selepas dipecat oleh PM Mahathir Mohamad.

Anwar Ibrahim cabar Muhyiddin dedahkan akaun asetnya dan siapa bayar sewa rumah sewaktu jadi Menteri dahulu?



Anwar Ibrahim - mencabar Muhyiddin untuk dedahkan akaun kewangan dan asetnya dan kemudian  beliau akan mendedahkan juga akaunnya.

Anwar Ibrahim - "Saya mencabar Muhyiddin untuk mendedahkan siapa yang membayar sewa rumah dia di Kuala Lumpur bila menjadi Menteri di Kuala Lumpur dahulu ? " Saya tahu kerana masa itu saya "Bos" dia masa itu Timbalan Perdana Menteri katanya.


Forum Syed Sheikh Al Hadi - "Pencetus Gerakan Pencerahan di Malaysia?


Assalamualaikum & Salam Perjuangan!

Saya Syed Mikael Rizal Aidid, mewakili Penang Institute dengan penuh takzim, menjemput rakan2 FB mai memeriahkan sesi cakna minda, sempena Forum Nusantara ke-5 kita. Kali ini kami janjikan ia lebih mantap, dengan dibarisi panelis-panelis tersohor yang pakar dalam bidang masing2. Sdr/i boleh hantar pengesahan kehadiran ke inbox FB saya atau e-mel ke syedmikael@penanginstitute.org. Terima kasih!

Latar Tokoh

Syed Syeikh bin Syed Ahmad Al-Hadi lahir di Melaka 1867. Pada usia 14 tahun beliau dihantar ke Riau untuk mengaji agama dan bahasa Arab dengan seorang pengarang dan juga agamawan iaitu Raja Ali Haji. Pada penghujung abad ke-19 Syed Sheikh telah pergi ke Mekah dan juga Beirut serta Kaherah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang agama dan berguru dengan reformis terkenal di Kaherah – Muhammad Abduh.

Sekembalinya dari Mesir, Syed Sheikh Al-Hadi telah mendirikan Madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di Singapura. Dia kemudiannya mendirikan dua buah lagi sekolah iaitu Madrasah Al-Hadi (1915) di Melaka dan Madrasah Al-Mashoor (1926) di Pulau Pinang dan beliau menjadi Mudir kepada dua buah madrasah tersebut. Beliau membina cita pendidikan yang moden dengan intepretasi Islam yang progresif (setidaknya pada zamannya).

Beliau bersama sahabatnya kemudiannya menerbitkan majalah Al-Imam(1906), Al-Ikhwan (1927) dan akhbar Saudara (1928). Dia juga menghasilkan Hikayat Faridah Hanum yang menggoncang akar kelaziman cara fikir masyarakat Melayu 1920-an ketika itu. Tokoh yang sukar diterima di Singapura, Johor bahru, dan Melaka rupanya amat disenangi di Pulau Pinang. Apakah kelebihan Pulau Pinang dan bagaimana idea progesif yang melangkaui zamannya ini mampu bertapak dan membina bentuknya di negeri ini? Apakah inti pemikiran dan kaedah beliau mampu kita teladani dan manfaatkan untuk masa kini?

Thursday, June 7, 2012

TS Khalid Ibrahim guna aset hartanah untuk bantu pelajar Unisel


Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di university tersebut.

Sebagai tindakan jangka pendek, pihak UNISEL akan menggunakan asetnya untuk membantu pelajar-pelajar yang dalam kesukaran meneruskan pengajian. Aset ini merupakan hartanah seluas 500 ekar yang diperolehi hasil penyusunan semula hutang-hutang TALAM.Kerajaan Selangor telah selesai menyusun semula hutang-hutang ini di mana tanah seluas 500 ekar telah menjadi aset UNISEL.

Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN. Walaubagaimanapun bantuan kewangan ini hanyalah berbentuk sementara sehingga penyelesaian konkrit dicapai.
UNISEL akan memperincikan bantuan yang akan diberikan kepada pelajar –pelajar teraniayai ini dalam tempoh terdekat. 

Kerajaan Selangor sangat kecewa dengan tindakan Kerajaan Persekutuan khususnya Menteri Pengajian Tinggi yang mengaku bertanggungjawab mengarahkan pembekuan PTPTN kepada UNISEL.
Tindakan tidak bertanggungjawab dan membelakangi semangat Federalisme ini bukan sahaja menganiayai pelajar-pelajar baharu malah telah mengecewakan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi terhadap anak-anak mereka.

Barisan Nasional telah menjadikan pelajar UNISEL dan ibu bapa mereka yang sebahagian besarnya Melayu sebagai mangsa hanya kerana perbezaan dasar politik antara Kerajaan Selangor dan Pusat. Hal ini jelas menunjukkan BN sanggup melakukan apa sahaja untuk melaksanakan politik sempit mereka hatta menganiaya dan menggadai masa depan anak-anak muda di negeri ini.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews