INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, January 3, 2012

Presiden MCLM letak jawatan kecewa Raja Petra jadi balaci perkauman UMNO

 
PETALING JAYA, 3 JAN : Peguam Haris Ibrahim meletak jawatan sebagai Presiden Malaysian Civil Liberties Movement (MCLM).Peletakan jawatannya itu diumumkan dalam blog beliau semalam, dua hari selepas Pengerusi MCLM dan penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengadakan temu bual dengan media tertentu untuk mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Haris berkata, dia kecewa kerana rakannya itu terus menilai segelintir individu menerusi sentimen perkauman.

Beliau membidas tembu bual Raja Petra dengan mendakwa MCLM tidak menurunkan sebarang calon pada Pilihan Raya Umum akan datang.

"Saya boleh mengesahkan sekarang bahawa tiada keputusan dibuat selepas rundingan," katanya.Beliau turut membantah kenyataan Raja Petra yang dipetik sebagai berkata," pengundi Cina tidak mahu perubahan seperti yang berlaku di Dataran Tahrir.

"Ekoran itu, saya merasakan adalah mustahil untuk saya terus memegang jawatan sebagai Presiden MCLM," katanya,

Haris turut mendedahkan bahawa dia mengetahui rancangan mengenai temu bual itu kira-kira seminggu lalu sebelum kedua-dua keluarga pergi bercuti sempena Krismas tetapi tidak menyedari apa yang diperkatakan Raja Petra.

Susulan itu, katanya, beliau mahu terus komited untuk melakukan transformasi bagi mewujudkan kerajaan baru di Putrajaya yang membela nasib rakyat.MCLM ditubuhkan pada 2010 sebagai ruang untuk menawarkan calon berkelayakan untuk bertanding mewakili pembangkang pada pilihan raya umum.
 
 
@Pantherian - Kini sahabat baik beliau, sdr Haris Ibrahim,Presiden MCLM sudah meletak jawatan kecewa dengan Mat Pet yang menjadi balaci UMNO menjelang PRU13 tidak lama lagi.
Kecaman Mat Pet terhadap DS Anwar Ibrahim, Pakatan Rakyat dan juga pemikiran perkaumannya jelas mengecewakan sdr Haris dan memaksa beliau meninggalkan MCLM.

Mat Pet telah hijack Pakatan Rakyat untuk ambilalih Putrajaya hanya kerana mahu pulang ke Malaysia.Mat Pet ini rela di  menjilat ludahnya kembali yang sebelum ini mengkritik UMNO.




Monday, January 2, 2012

Apa rasionalnya Kempen #Bebas Anwar Ibrahim 901 ?



Hampir 4 tahun kes Fitnah Liwat II dimainkan dalam skrip yang diperbaharui sejak Fitnah Liwat I 1999, tanggal 9 Januari 2012 akan menentukan apakah noktah yang telah dicatur sekian lama yang kononnya akan memuktamadkan kareer Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tahun 1999, rakyat dikejutkan dengan keputusan hitam Mahkamah ke atas Anwar pada tanggal 14 April.
Dan kini, 9 Januari 2012, atau 901, tiada beza dengan Black14 yang pernah tercetus pada 14 April 1999. Kedua-duanya mempunyai dua konotasi jelas, baik di pihak pemerintah mahupun rakyat.

Di mata pemerintah: ia adalah ‘noktah yang dirancang’ untuk menamatkan kareer politik Anwar Ibrahim.
Tetapi di mata rakyat: ianya adalah ‘pembuka kata’ kepada kefahaman dan kesedaran rakyat akan bobroknya sistem di bawah pemerintah Umno-BN.

901 bukan sekadar isu Anwar.
901 bukan satu petunjuk betapa Anwar itu bersalah.
901 bukan pula satu petanda rakyat akan dipergunakan untuk Anwar.
Tidak, sama sekali tidak.

901 adalah satu titik permulaan untuk membuka mata rakyat betapa daifnya perjalanan sistem kehakiman Malaysia, yang mana, secara khusus menyerang Anwar selaku musuh Umno-BN.

Politik desperado Umno-BN membenarkan pembunuhan karakter yang melampau, apa sahaja asalkan mereka terus berkuasa. Dan Anwar Ibrahim adalah sasaran utama mereka. Dengan permainan media arus perdana yang saban waktu melancar serangan tanpa putus, menenggelamkan fakta perundangan yang jelas menunjukkan keraguan munasabah ke atas kes yang disabit ke atas Anwar Ibrahim.

‘Anwar On Trial’, nukilan peguam tersohor, Pawanchek Marican telah membongkar kelompongan Fitnah Liwat I. Dan dalam Fitnah Liwat II, dengan hujah-hujah peguam pembela serta kredibiliti saksi pembela yang langsung tidak tercabar, di mana ruang untuk mensabitkan kesalahan ke atas Anwar?

Ditambah dengan ketidaktentuan hakim khususnya dalam beberapa isu berbangkit: penafian hak Anwar mendapatkan dokumen seperti senarai saksi pendakwa dan kenyataan saksi; hubungan mesra penuduh dengan seorang ahli pasukan peguam Persekutuan; penafian dokumen dan material penting termasuk sampel DNA; dan beberapa kecelaruan lain.
.
Tidak timbul isu memanipulasi rakyat. Tidak berbangkit isu mengaburkan mata massa.Isunya ialah penyelewengan sistem yang sudah sampai ke satu tahap yang sangat kritikal.Tatkala media mula memainkan semboyan bahawa ‘Anwar sudah tidak relevan’, maka 901 tidak perlu ditakuti. 

Biarlah rakyat yang menentukan secara aman dan sah seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Media oleh Anwar Ibrahim Club (AIC)

Raja Petra serang Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat untuk pulang ke Malaysia

Faekah: Lontaran dakwaan liar tidak membantu bawa RPK pulang

sumber Merdeka Review

Faekah Husin | Jan 02, 2012 11:45:45 am


Saya terpanggil untuk memberi komen selepas membaca temubual eksklusif bekas rakan reformasi yang juga Penulis Blog, Raja Petra Kamaruddin (RPK) bersama akhbar-akhbar milik UMNO yang disiarkan semalam.

Meskipun saya menghormati hak RPK (gambar kanan) melakukan analisa politiknya namun saya berasa mushkil dan sesungguhnya hanya beliau seorang sahaja yang mengetahui logik sebenar kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama saya percaya rakyat boleh menilai sendiri kenyataan dan dakwaan yang dibuat oleh RPKseperti disiarkan The Sunday Times dan Berita Minggu - dua akhbar yang dulunya pernah mengkritik dan mengutuk RPK secara keras kerana menentang Kerajaan Barisan Nasional.

Walau apapun sebab yang membawa kepada tindakan akhbar-akhbar tersebut bertukar selera serta ghairah memberi keistimewaan kepada RPK, yang pasti RPK harus bertanggungjawab ke atas apa yang beliau telah katakan.

Tuduhan beliau bahawa wujud amalan rasuah di Selangor; duit kopi yang melibatkan para usahawan berbangsa Cina, adalah tuduhan serius.  Kami menuntut RPK untuk tampil memberikan butiran lanjut kepada Kerajaan Negeri dan pihak berwajib agar penyiasatan terperinci dapat dilakukan.

Kerajaan Negeri bersedia membayar kos perjalanan RPK ke Pejabat Pentadbiran Kerajaan kerana untuk makluman RPK Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah RM15 juta untuk membasmi rasuah dan penyalahgunaan kuasa di Negara ini khususnya di Selangor.  Jumlah tersebut termasuk di dalam Geran Selangorku yang diumumkan oleh Menteri Besar ketika pembentangan Belanjawan 2012 yang lalu.

Sesungguhnya inilah sekecil-kecil jasa yang beliau boleh lakukan untuk membantu kerajaan yang benar-benar mahu membenteras rasuah; apatah lagi beliau sendiri dari darah bangsawan negeri Selangor.  RPK tidak seharusnya melemparkan dakwaan liar hanya semata-mata mahu memperlekeh usaha Kerajaan Negeri untuk mewujudkan sebuah pentadbiran yang baik, bersih dan penuh pertanggungjawaban.

Kami sesungguhnya simpati dan amat memahami kekecewaan beliau yang terpaksa hidup dalam buangan di tengah-tengah permasalahan peribadi yang beliau hadapi, tetapi dengan melemparkan dakwaan liar sebegini tidak akan membantu membawanya pulang ke negara ini.  Sebaliknya ianya hanya akan mencemarkan lagi imejnya yang sudah sediakala tercalar.

Rata-rata teman reformasi yang sempat dihubungi serta rakyat biasa, telahpun membuat kesimpulan bahawa RPK begitu terdesak serta mengharapkan kebebasan dan dibenarkan pulang ke negara ini.  Insuransnya mudah; tohmahan dan fitnah terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim sebagai serangan awal menghadapi pilihan raya umum.

*Kenyataan media oleh Faekah Husin (gambar kiri) selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim.

 @Pantherian - Ohh Rupanya Mat Pet ini menangis nak balik Malaysia jadi terpaksalah maki Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Sunday, January 1, 2012

Tragedi berdarah di UPSI, mahasiswa SMM dicederakan


Polis Mengganas! Mahasiswa Dibelasah, Ditangkap Dalam Tragedi Berdarah UPSI

Kemaskini Tanjong Malim, 1 Jan : Tatkala seluruh dunia khususnya orang ramai di Malaysia sedang lena dibuai mimpi indah dan bergembira menyambut ketibaan tahun baru 2012 Masihi hari ini, lain pula ceritanya sekumpulan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awal pagi tadi, hampir 100 mahasiswa yang mengambil keputusan meneruskan aksi himpunan aman di hadapan UPSI semata-mata ingin menuntut pihak universiti menggugurkan kes Adam Adli, telah dibelasah dan dipukul sehingga menyebabkan beberapa siswa cedera parah dan luka di badan.

Tragedi berdarah itu menurut sumber berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi tadi dan berpunca akibat ‘kedegilan’ kumpulan mahasiswa terbabit bersurai setelah diarahkan berbuat demikian oleh pihak polis.

Diberitakan hampir 20 anggota polis dan FRU telah dikerahkan turun untuk mengekang pergerakan mahasiswa selain puluhan lagi ‘Special Branch’ yang berkeliaran sekitar himpunan sejak petang semalam.
Dua buah trak FRU juga ditempatkan di sana sejak malam semalam.

Safwan koma dibelasah


Menurut sumber, tragedi berdarah awal pagi tadi berlaku setelah Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS), Muhammad Safwan Anang tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya bersurai.
Mahasiswa yang hadir dari sekitar Lembah Klang dan UPSI teguh berdiri di hadapan sekumpulan anggota FRU dan polis dengan mengangkat beberapa kain rentang dan melaungkan beberapa kalimah keramat mahasiswa.

Namun, seketika kemudian, setelah beberapa kali arahan pihak polis tidak didengari, pihak polis mula bertindak agresif dan meluru ke arah kumpulan mahasiswa terbabit.

Diberitakan kira-kira lapan orang polis dan ‘Special Branch’ telah memukul Muhammad Safwan namun berjaya ditarik keluar oleh rakannya.Safwan, 22, yang juga Timbalan Presiden GAMIS terpaksa dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan lanjut dan pemeriksaan mendapati beliau telah mengalami patah tulang di bahagian kiri pipi.

Safwan kini sudah sedar daripada koma dan sedang dirawat di hospital ditemani beberapa rakan mahasiswa.
Selain Safwan, beberapa siswa juga dilaporkan berdarah teruk dan cedera akibat dibelasah dengan kejam oleh pihak polis.

Tujuh belas siswa ditangkap

Sehingga kini, dilaporkan hampir tujuh belas mahasiswa telah ditangkap dalam pergelutan itu termasuk aktivis yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib, Adam Adli.

Antara yang dikenalpasti telah ditangkap polis adalah Timbalan Presiden PMIUM, Amir Nabil, Adam Adli (UPSI), Haziq Abdullah (KAMI), Syukri Razab (SMM), Shukri Kamaruddin, dan beberapa siswa Universiti Malaya, UniSEL serta kampus sekitar Lembah Klang.

Tiada tangkapan dilakukan terhadap mahasiswi namun dikhabarkan ada beberapa provokasi telah dilakukan pihak polis terhadap mereka.

‘Hadiah’ tahun baru yang ‘suprise’


Kain yang penuh dengan darah

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Taufiq dalam kenyataannya jelas kecewa dengan apa yang berlaku awal pagi tadi.

“Inilah hadiah tahun baru terbaik dan ‘suprise’ yang pernah saya terima.

“Saya kecewa dengan sikap polis yang seperti dicucuk ubat pelali, sangat-sangat bodoh ketika membelasah rakan-rakan saya tadi (pagi tadi).

“Dengan tidak sedarkan diri dan tanpa kawalan iman, ramai aktivis berdarah dibelasah dan terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Mengapa kami diperlakukan sebegini rupa? Adakah kami lebih teruk daripada ribuan lagi rakyat yang sedang berseronok malam ini? Mengapa mereka yang tidak diperlakukan sebegini rupa?”, soalnya yang turut menyatakan kesemua mereka ditahan di Balai Polis Tanjung Malim.

Beliau juga menyatakan beberapa wartawan yang sedang membuat liputan juga dipukul walaupun sudah ditunjukkan kad lesen kewartawanan mereka.

‘Manja’ bertukar kepada ‘benci’


Kumpulan mahasiswa tidak gentar berhadapan dengan sekumpulan FRU

Terdapat juga sesetengah pihak menyifatkan tindakan pihak polis awal pagi tadi adalah kesinambungan kesan daripada himpunan BEBAS 17 Disember lalu di Kuala Lumpur.

Ketika himpunan itu, pihak polis terlalu ‘bermanja’ dengan mahasiswa sehingga dikatakan membantu melancarkan perarakan mahasiswa sehinggalah terjadinya kejadian turun bendera di PWTC yang membuatkan pihak polis kebingungan.

Mungkin atas alasan itu, mereka tidak mahu kejadian serupa terjadi di UPSI, membelai mahasiswa dengan kasih sayang dan senyum.

Sejak awal petang lagi, trak FRU sudah ditempatkan di UPSI dan menjelang tahun baru, jumlah anggota ditambah kerana yakin mahasiswa pasti tidak akan berganjak walaupun amaran sudah dikeluarkan semalam. – GZDaily

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews