Hampir 4 tahun kes Fitnah Liwat II dimainkan dalam skrip yang diperbaharui sejak Fitnah Liwat I 1999, tanggal 9 Januari 2012 akan menentukan apakah noktah yang telah dicatur sekian lama yang kononnya akan memuktamadkan kareer Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tahun 1999, rakyat dikejutkan dengan keputusan hitam Mahkamah ke atas Anwar pada tanggal 14 April.
Dan kini, 9 Januari 2012, atau 901, tiada beza dengan Black14 yang pernah tercetus pada 14 April 1999. Kedua-duanya mempunyai dua konotasi jelas, baik di pihak pemerintah mahupun rakyat.
Dan kini, 9 Januari 2012, atau 901, tiada beza dengan Black14 yang pernah tercetus pada 14 April 1999. Kedua-duanya mempunyai dua konotasi jelas, baik di pihak pemerintah mahupun rakyat.
Di mata pemerintah: ia adalah ‘noktah yang dirancang’ untuk menamatkan kareer politik Anwar Ibrahim.
Tetapi di mata rakyat: ianya adalah ‘pembuka kata’ kepada kefahaman dan kesedaran rakyat akan bobroknya sistem di bawah pemerintah Umno-BN.
901 bukan sekadar isu Anwar.
901 bukan satu petunjuk betapa Anwar itu bersalah.
901 bukan pula satu petanda rakyat akan dipergunakan untuk Anwar.
Tidak, sama sekali tidak.
901 adalah satu titik permulaan untuk membuka mata rakyat betapa daifnya perjalanan sistem kehakiman Malaysia, yang mana, secara khusus menyerang Anwar selaku musuh Umno-BN.
Politik desperado Umno-BN membenarkan pembunuhan karakter yang melampau, apa sahaja asalkan mereka terus berkuasa. Dan Anwar Ibrahim adalah sasaran utama mereka. Dengan permainan media arus perdana yang saban waktu melancar serangan tanpa putus, menenggelamkan fakta perundangan yang jelas menunjukkan keraguan munasabah ke atas kes yang disabit ke atas Anwar Ibrahim.
‘Anwar On Trial’, nukilan peguam tersohor, Pawanchek Marican telah membongkar kelompongan Fitnah Liwat I. Dan dalam Fitnah Liwat II, dengan hujah-hujah peguam pembela serta kredibiliti saksi pembela yang langsung tidak tercabar, di mana ruang untuk mensabitkan kesalahan ke atas Anwar?
Ditambah dengan ketidaktentuan hakim khususnya dalam beberapa isu berbangkit: penafian hak Anwar mendapatkan dokumen seperti senarai saksi pendakwa dan kenyataan saksi; hubungan mesra penuduh dengan seorang ahli pasukan peguam Persekutuan; penafian dokumen dan material penting termasuk sampel DNA; dan beberapa kecelaruan lain.
.Tidak timbul isu memanipulasi rakyat. Tidak berbangkit isu mengaburkan mata massa.Isunya ialah penyelewengan sistem yang sudah sampai ke satu tahap yang sangat kritikal.Tatkala media mula memainkan semboyan bahawa ‘Anwar sudah tidak relevan’, maka 901 tidak perlu ditakuti.
Biarlah rakyat yang menentukan secara aman dan sah seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan Media oleh Anwar Ibrahim Club (AIC)
No comments:
Post a Comment