“Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95." - Khairy Jamaluddin
Kenaikan minyak bebankan rakyat
MACHANG - Pergerakan Pemuda UMNO tidak bermaksud menentang kerajaan dengan membantah kenaikan harga minyak RON 95 dan tarif elektrik.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Pergerakan Pemuda UMNO sentiasa menyokong kerajaan namun dalam hal ini, jika dilaksanakan, ia akan membebankan rakyat.
Menurutnya, kenaikan RON 95 dan tarif elektrik akan memberi kesan terhadap barangan lain apabila ia melibatkan rantaian nilai.
“Dalam sebarang keputusan, Pergerakan Pemuda mengalu-alukan gagasan rakyat diutamakan dan kami percaya ada mekanisme lain yang boleh digu-nakan untuk menampung subsidi dan kenaikan harga minyak terbabit.
“Jika kenaikan ini diteruskan, ia adalah keputusan tidak bertanggungjawab memandangkan rata-rata rakyat menggunakan RON 95.
“Rakyat sudah terbeban dengan kenaikan harga makanan dan sebarang kenaikan pada harga petrol dan tarif elektrik akan menyebabkan mereka terus terhimpit,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda/Puteri UMNO Bahagian Machang dan Pelancaran Gelombang Merah Peringkat Parlimen Machang di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment