INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, March 25, 2010

1 Malaysia mahu laksana Judi Sukan (World Cup 2010 ) ?

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberi penjelasan mengenai cadangan untuk mewujudkan perjudian berasaskan sukan di negara ini yang dedah media antarabangsa.

Najib dikatakan mendedahkan cadangan itu ketika menghadiri Persidangan Pelaburan Asia Credit Suisse ke-13 2010 di Hong Kong.

Presiden Umno itu dikatakan mahu mempertimbang cadangan melaksanakan perjudian melibatkan Fifa World Cup final di Afrika Selatan yang bermula 11 Jun sehingga 11 Julai ini.

Perkara itu dinyatakan Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook pada sidang media di lobi Parlimen sambil mempertikai mengapa Najib seolah-olah merahsiakan hal itu dari pengetahuan rakyat Malaysia.

Beliau merujuk laporan akhbar yang mengatakan Berjaya Group, sebuah syarikat berasaskan perjudian dikatakan berminat untuk melobi lesen judi dari kerajaan.

Berjaya Group yang dikepalai Tan Sri Vicent Tan diketahui umum sebelum ini kerana menjalankan perniagaan perjudian selama 20 tahun dengan hanya membayar cukai sebanyak RM25 juta.

Anda boleh lihat link berita di bawah:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/3ksws/Article/index_html

http://www.betasia.com/news/malaysia/5961/sports-betting-to-become-legal-in-malaysia-in-time-for-world-cup.html


**1 Malaysia memang kemaih la...kini Malaysia menjadi HUB Perjudian di Asia Tenggara ! Mahu lawan Pulau Sentosa, SG kot ?



No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews