Sebuah filem dokumentari arahan Fahmi Reza yang cuba membawa kita cerita versi golongan kiri tentang usaha-usaha ke arah mencapai kemerdekaan yang mungkin tidak ramai yang mengetahui.Sama-sama kita menonton...adios..
Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Antaranya , seperti meningkatkan kuota subsidi diesel bagi pengangkutan awam, menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam tiga bilion ringgit di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk membiayai perolehan aset bas dan rel,mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan, iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam, untuk tempoh dua tahun, bermula 15 September 2008.
Setelah semua pusat pengundian ditutup pada jam 5.00 petang tadi, Anwar selaku pilihan menerima undian terbanyak.
Calon PKR Anwar Ibrahim mendapat 31,195 undi, Arif Shah mewakili BN mendapat 15,524 undi manakala calon Akim Hanafi Mamat hanya mendapat 92 undi sekaligus hilang wang pertaruhan sebanyak RM15 ribu.
Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di dewan rakyat tidak lama lagi.
Keadaan amat sesak dengan ribuan penyokong PKR berkumpul di pusat penjumlahan undi untuk menunggu proses pengiraan undi sejak petang tadi.
Bagaimanapun keadaan dilapor terkawal dengan pihak keselamatan mengawal ketat sekitar pusat penjumlahan undi tersebut.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh presiden PKR Wan Azizah yang memenanginya pada 8 Mac lalu untuk memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim untuk kembali ke persada politik tanah air.
Sebelum ini Wan Azizah mewakili PKR menang kerusi parlimen tersebut dengan undi majoriti 13,888 menewaskan calon BN Pirdaus Ismail.
Keputusan rasmi:
PKR: 31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Peratus keluar mengundi: 65.25%
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti:13,398
PKR menang dengan majoriti: 15,671
Sebagaimana yang diumumkan hari ini, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai 2008 berbanding Julai 2007 meningkat pada kadar 8.5 peratus dan ini adalah satu margin yang cukup besar jika dibanding dengan tahun lalu. Paling ketara ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol iaitu sebanyak 6.9 peratus, pengangkutan (6.7 peratus) dan perumahan, air, elektrik, gas serta bahan api lain (1.4 peratus).
Melihat kepada kesan pengurangan harga petrol dan diesel ini,persoalan bermain difikiran saya adakah dengan kadar sebanyak 15 sen@ sekupang 5 duit akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana??.Mungkin pakar ekonomi ada jawapannya tetapi saya percaya pengurangan harga minyak ini tidak dapat membantu mengembalikan kuasa membeli rakyat .
Menurut mereka, sekiranya struktur dan modus operandi penubuhan majlis berkenaan tidak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh, dikhuatiri Majlis Ekonomi tersebut akan menjadi seperti majlis-majlis lain yang dilihat hanya berperanan sebagai ad-hoc ketika waktu-waktu tertentu.
Berikutan itu, tokoh ekonomi, Datuk Zainal Aznam Yusoff berpendapat, Majlis Ekonomi yang baru dibentuk itu perlu lebih fokus terhadap keutamaan dalam objektif penubuhannya.
Menurut beliau, ia penting kerana Majlis Ekonomi perlu bertindak dan memberi reaksi segera terhadap perubahan yang berlaku dalam persekitaran ekonomi semasa.
''Saya memberi pendapat begitu kerana saya melihat keputusan penubuhan Majlis Ekonomi ini kerana kerajaan memandang serius terhadap kesan kelembapan ekonomi dunia kepada ekonomi negara,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Di sini contoh keadaan ekonomi yang berlaku di Malaysia....
PKS dijangka terjejas teruk
KUALA LUMPUR 7 Ogos — Sebahagian besar perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka terjejas teruk oleh kenaikan harga bahan mentah dan perkhidmatan serta kejatuhan ketara dalam keuntungan, demikian menurut kaji selidik yang dijalankan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana.
Kaji selidik itu bertujuan mengukur kesan harga bahan bakar baru kepada industri.
Penyusunan semula subsidi bahan bakar baru-baru ini dan peletakan harga gas asli baru pada Jun dan Julai telah menyaksikan harga yang tinggi, sekali gus memberi kesan kepada PKS dan ekonomi secara keseluruhannya.
"Namun begitu, adalah menggembirakan yang 58 peratus daripada responden mengatakan mereka akan mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan untuk menangani cabaran yang sukar ini," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian pada sesi kedua Dialog Tahunan 2008 kementerian di sini hari ini.
Dialog tiga hari itu akan berakhir pada 11 Ogos.
Mengulas berkenaan dengan harga gas asli yang baru pula, Muhyiddin berkata, kerajaan telah menerima cadangan oleh industri supaya kenaikan harga dilaksanakan secara berperingkat-peringkat untuk meminimumkan kesannya.
Untuk PKS yang menggunakan kurang daripada 2 juta kaki padu sehari (mmscsd), harga purata akan meningkat daripada RM12.87/ unit thermal British untuk setiap sejuta (MMBtu) kepada hanya RM22.06/ MMBtu.
"Malah, dalam hal ini, kerajaan telah menyediakan PKS diskaun sebanyak 70 peratus daripada harga pasaran gas asli. PKS akan diberikan 13 tahun untuk menyesuaikan dengan harga pasaran memandangkan kerajaan akan mengurangkan diskaun subsidi sebanyak lima peratus setiap tahun, kecuali tahun lepas," kata beliau.
- Bernama
KUALA LUMPUR 7 Ogos - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menggesa kerajaan mencari langkah dan cara baru bagi menarik pelaburan terus asing (FDI) ke dalam negara.
Presidennya, Tan Sri Yong Poh Kon berkata, antara langkah itu adalah membaik pulih proses penyampaian perkhidmatan sektor awam.
''Keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang telah menyebabkan FDI semakin sukar (diperoleh) kerana pelabur-pelabur asing bertindak mengurangkan pelaburan mereka.
''Oleh itu, kerajaan perlu mencari alternatif lain bagi menjadikan Malaysia destinasi pelaburan menarik yang akan meningkatkan FDI negara,'' katanya.