INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Saturday, August 14, 2010

Bapa DAFI mahu SELARAS & SILING harga ayam




PUTRAJAYA 13 Ogos – Kerajaan akan menetapkan harga siling bagi ayam selama dua minggu sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut perlu memandangkan harga ayam pada masa ini dilihat tidak begitu menyenangkan pengguna.

Menurutnya, penetapan harga siling itu akan berkuatkuasa seminggu sebelum dan seminggu selepas hari raya.

“Saya ada baca akhbar hari ini, para peniaga tidak dapat jamin harga ayam akan kekal menjelang hari raya nanti.

“Tetapi saya nak beritahu menjelang hari raya nanti, kita akan kawal harganya dengan menetapkan siling,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, meskipun harga ayam di beberapa negeri masih terkawal, kebanyakan peniaga mengakui mereka tidak pasti sama ada harga itu dapat dikekalkan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri bulan depa

TERKAWAL?

HARGA AYAM KEKAL ANTARA RM6.40-RM6.90 - melayau

Tinjauan Utusan Malayau mendapati, harga ayam di pasar utama kekal antara RM6.40 hingga RM7 sekilogram dan di pasar raya RM6.30 hingga RM6.50 sekilogram


SATU KILOGRAM AYAM KINI RM7.30 - melayau

MELAKA 12 Ogos – Ketika beberapa negeri berlaku kenaikan harga ayam yang tidak munasabah, perkara itu juga tidak terkecuali berlaku di Pasar Besar Melaka Sentral di sini.

Tinjauan Utusan Malayau hari ini mendapati kebanyakan peniaga menaikkan harga ayam bersih sebanyak 10 sen kepada RM7.30 bagi satu kilogram berbanding harga asal RM6.90 hingga RM7.20.

***********************************************************************************
MELAYU terkena lagi !...

Ini bapak DAFI janji mahu SELARAS & LETAK SILING (agaknya) pada harga ayam di pasaran menjelang Raya Puasa ini .................

Hadiah RAYA agaknya Mat Sabri? Selepas RAYA naik lagi la yer !!!!!!!

Ingat Melayu hanya makan Daging Ayam masa RAYA ja kot.................

Sebab tu 2 minggu sahaja HARGA siling Ayam...

Melayu kena TIPU lagi....

Kali ini oleh BAPAK Penyanyi !....


Peneroka Saman FELDA lagi !


I tak faham Albert, i bagi RM350 pun tidak cukup ka duit raya untuk peneroka FELDA,ini mereka mahu saman FELDA, tidak tahu kena jasa Pak Mertua saya langsung !- Bik mama


Selepas disaman lebih 700 peneroka pada Isnin lepas, Felda bakal berdepan lebih banyak lagi tindakan undang-undang daripada peneroka di seluruh negara, kata Pengerusi Biro Felda PKR Suhaimi Said.

Katanya, jumlah peneroka yang akan tampil kali ini dijangka mencecah angka ribuan, terutamanya daripada rancangan Felda daripada Johor dan Pahang.

“Mereka (peneroka) sudah lama sedar (berlaku penipuan). Tetapi mereka tak ada punca hendak bawa kes. Ada yang sudah buat laporan polis sejak 10 tahun lepas lagi,” kata Suhaimi.

“Tetapi waktu itu mereka tak tahu siapa boleh bantu. Lepas ini, banyak lagi akan tampil menyaman Felda. Di Pahang saja kita jangkakan sekurang-kurangnya 4,000 peneroka akan terlibat.

Isnin lalu, seramai 766 peneroka Felda Serting Hilir dan Gugusan Raja Alias, Negeri Sembilan mengemukakan tuntutan saman berjumlah RM200 juta terhadap badan itu.

Dalam tuntutanya itu, mereka mendakwa “wujud penipuan dan/atau konspirasi untuk melakukan penipuan dalam urusan jual beli dan hasil buah sawit” selama 15 tahun.

Menurut peguam Sivarasa Rasuah, pembayaran kadar perahan gred kelapa sawit Felda didakwa menggunapakai 18.9 peratus sedangkan nilai sebenar didakwa antara 24 hingga 25 peratus.


HAHAHA..

Ini sudah menarik...

Fixed deposit UMNO sudah sedaq!...tak payah buat demo SEDAQ.

Yang sedaq ini alah Generasi 2 atau 3 FELDA...yang dok kena tipu isu gred kelapa sawit yang sudah lama...

Najib bagi duit raya RM350 untuk rakyat sudah tidak guna....FELDA tipu peneroka , duit raya bagi RM350 shj?


Hahahah..

Saman jangan tak SAMAN...sebelum ini kes,peneroka dah Menang !





Wednesday, August 11, 2010

Tim Menteri bersyukur Ibrahim Abu Shah tidak disambung NC UiTM


"masalahnya, bila yang tak bersesuaian dgn KITE tu kite mencocok, bile KITE takpe BUKAN MAHASISWA TIDAK TAU NI DATUK, MAHASISWA CERDIK, mereka melihat bagaimana ia dilaksanakan, jadi KITA JANGAN PURA2 TAN SRI"..."

Mahasiswa sekali lagi cuba diperbodohkan. Maruah mahasiswa ibarat di letak bawah tapak kasut. Langsung tidak diiktiraf dan dihormati.

Paling dikesali mereka terdiri daripada yang berjawatan tinggi, berkelulusan pendidikan tinggi namun kenyataan dan pandangan mereka terhadap entiti mahasiswa ini tidak melambangkan ciri-ciri kelimuan yang sebenar.

Pro M berpandangan Program Soal Jawab di TV3 sminggu lalu yang dibarisi oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dan bekas Naib Canselor Universiti Tan Sri Ibrahim Abu Shah sangat wajar diteruskan. Ia mengambarkan keterbukaan media untuk membincangkan persoalan hak di media arus utama.

Namun Pro M kesal dengan beberapa kenyataan Tan Sri Ibrahim yang ternyata penuh dengan prasangka negatif terhadap mahasiswa. Sesi soal jawab yang membincangkan "Wajarkah mahasiswa menyertai parti politik" itu mendedahkan kedangkalan Ibrahim dalam mebincangkan isu berkenaan.

Beliau memilih untuk menafikan hak mahasiswa untuk berpolitik. Katanya, biar habis dahulu belajar, kemudian baru boleh terlibat dalam politik. Dalam masa yang sama beliau terlalu serkap jarang dengan mengatakan mahasiswa yang aktif di kampus adalah mereka yang anti -kerajaan (anti-establishment dan pro-pembangkang).

Pro M mencadangkan Ibrahim perlu kembali masuk belajar ke menara gading dalam bidang politik sehingga habis dan terjun dalam aktiviti kemahasiswa semula. Baru beliau akan faham dengan baik.

Ingin ditegaskan, universiti adalah medan ilmu dan medan untuk mempraktik, dan mengasah bakat kepimpinan mahasiswa dalam mengurus tadbir aktiviti kemahasiswaan mereka sendiri.
Tidak cukup jika mereka hanya sekadar berhempas dalam bilik kuliah, berserabut dengan tugasan yang bertimbun-timbun, berseronok dikolej dan hanya menunggu keputusan di akhir pengajian.

Mahasiswa adalah pelaburan rakyat utnuk mereka ini pulang dan berbakti kepada rakyat dan negara satu hari nanti. Jika di alam kampus mereka sudah disekat untuk bebas berfikir atas kapasiti ilmu dan idelisma mereka sendiri, ini akan memandulkan nilai dan kehebatan mahasiswa itu sendiri.

Ibrahim perlu kembali memahami sejarah mahasiswa yang penuh dengan idealisma tersendiri. Sejarah dunia ini kebanyakannya di lakarkan oleh anak muda kerana mereka mempunyai kekuatan semangat, idea, cita-cita, keazaman untuk melakukan perubahan. Tidak timbul mahasiswa pro-kerajaan ataupun anti-kerajaan. Ini kerana perjuangan mahasiswa adalah untuk menutut keadilan dan hak itu ditegakkan.

Tuesday, August 10, 2010

Bazar Ramadhan Komtar - KMA (Ghani) tipu Peniaga Melayu

Blog Sharpshooter aka DIN BINJAI


Sharpshooter :- Kelmarin sharpshooter, Amir Ghazali (Ketua AMK P.Pinang), Syed Mikael dan Rizal Hamid bertemu YB Ng Wei Aik di Komplek Masyarakat Penyayang.

YB Ng berkata...tidak benar sama sekali saya tidak benarkan peniaga Melayu berniaga di Pasar Ramadhan KOMTAR seperti yang dilaporkan Utusan.

Masalahnya Persatuan Peniaga KOMTAR (KMA) telah kutip sewa dari peniaga tetapi mereka langsung tidak bayar kepada PDC. Kenyataan penuh PDC di sini.


Peniaga Melayu sedia ada seperti biasa menjalankan perniagaan mereka di KOMTAR tingkat 3 semalam. Pada pandangan sharpshooter, isu ini sepatutnya tidak timbul jika Kerajaan Negeri lebih peka dan berhati-hati dari awal.

Umno, Utusan dan TV3 serta kuncu-kuncunya, kita sudah sedia maklum mereka pasti akan ambil kesempatan untk sensasikan isu ini. Cukuplah tahun lepas isu Bazar Ramadhan di Chowrasta, letih nak jawab, tahun ini di KOMTAR pula.

Sepatutnya jangan bagi ruang langsung untuk umno ambil kesempatan mensensasikan isu peniaga Melayu di Bazar Ramadhan.

Dalam pertemuan dengan CEO Setia Urus Sdn Bhd, Encik Sabarul Aswadi Abdul Jalil semalam, beliau amat terkilan, marah dan kecewa dengan sikap KMA yang bertindak memalukan Melayu dan umat Islam.

Katanya fitnah diambang Ramadhan Al-Mubarak oleh KMA yang menuduh PDC tidak benarkan peniaga Melayu berniaga di Bazar Ramadhan adalah tidak benar sama sekali.


Beliau menjelaskan sebenarnya KMA cuba menutup kelemahan dan kesalahan mereka yang tidak mengikut persetujuan mesyuarat bersama pada 5 Ogos 2010 yang turut dihadiri oleh Pengerusi KMA Jimmy Chan.

KMA juga sepatutnya membayar RM17,500 (RM50.00 x 10 lot ruang x 35 hari) tetapi sebaliknya hari ini KMA hanya mahu membayar RM5,ooo sahaja kepada PDC.

Bayangkan gerai sedia ada 20 gerai ditambah penambahan 27 gerai Bazar Ramadhan bermakna jumlah gerai adalah 47 buah semuanya.

Ini bermakna kutipan sewa gerai adalah 47 gerai x RM50.00 x 35 hari = RM82,250.00 tetapi KMA hanya mahu membayar RM5,000 sahaja kepada PDC. Anda fikirlah banyak mana KMA buat keuntungan atas angin ke atas peniaga Melayu.

Ini bermakna KMA mahu kaut keuntungan besar ke atas peniaga Melayu. Yang buat kecoh dan sensasikan isu ini adalah Naib Pengerusi KMA Mohamed Ghani Abdul Jiman.

Dalam tinjauan kami terhadap peniaga Melayu di KOMTAR semalam, kami juga bertemu dengan Ghani, beliau mulanya mempertahankan kenyataannya seperti yang dilaporkan Utusan tetapi bila kami dedahkan perkara sebenar, terus wajahnya berubah dan minta izin mahu beredar katanya mahu solat jap. Nape nak lari mamu Ghani...

Untuk makluman semua Ghani ini adalah anti DAP dan beliau juga dahulu yang turut terlibat dalam demo SEDAQ di KOMTAR sebelum ini. Gambar beliau semasa terlibat dalam demo SEDAQ akan sharpshooter dedahkan.

Untuk makluman anda semua, Ghani adalah salah seorang daripada peniaga yang sedia ada di KOMTAR. Beliau menjual barangan kulit seperti jaket, tali pinggang dan sebagainya yang dibuat dari kulit.

Beliau juga sebenarnya tidak membayar sewa selama dua bulan kepada PDC berjumlah RM3,000.00 (RM50 x 30 hari x 2 bulan). Anda fkirlah sendiri sikapnya.


Pada sebelah petang jam 3.30, kami adakan sidang media bersama YB Ng Wei Aik.

Hari ini 10 Ogos 2010 jam 11.00 pagi, Lim Guan Eng mahu berjumpa dengan kami di Tingkat 28, KOMTAR. Semoga perbincangan dengan Guan Eng akan menjernihkan semua pihak.

Usah bimbang...InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, sharpshooter dan sahabat-sahabat dalam AMK akan terus berjuang membela rakyat terutamanya peniaga.

Sebagai anak muda, kami pendesak dan pemantau dan bukannya budak suruhan. Berita lanjut akan menyusul selepas pertemuan dengan Guan Eng

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews