INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, August 9, 2010

PDC perjelas isu Bazar Ramadhan KOMTAR

KENYATAAN PENANG DEVELOPMENT CORPORATION(PDC) PADA 9 OGOS 2010 KE ATAS LAPORAN PALSU UTUSAN MALAYSIA BERKENAAN 27 PENIAGA BAZAAR RAMADAN DIHALANG BERNIAGA DI BAZAR RAMADAN, KOMTAR.

Sekiranya Komtar Merchant Association(KMA) Tidak Bayar Sewa Yang Dikutip Daripada 27 Peniaga Melayu Kepada PDC Dan Mematuhi Peraturan Yang Ditetapkan Maka PDC Akan Berurusan Terus Dengan Peniaga Secara Individu.

Merujuk kepada kenyataan akhbar seperti di atas, pihak PDC ingin memaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan bahawa 27 peniaga Melayu dihalang berniaga di Bazar Ramada di Komtar adalah tidak benar. Adalah tidak bertanggungjawab untuk memainkan sentimen perkauman bahawa ada penindasan peniaga Melayu hanya untuk menutup kegagalan Komtar Merchant Association(KMA) membayar sewa kepada PDC dan kegagalan menguruskan Bazar Ramadan mengikut peraturan yang telahpun ditetapkan.

Sebenarnya permohonan KOMTAR Merchant Association (KMA) untuk menganjurkan Bazaar Ramadhan di ruang legar, konkos paras 3, KOMTAR untuk 27 peniaga telah dibincang di dalam Jawatankuasa Induk Pemulihan KOMTAR pada 5 Ogos 2010 bersama-sama dengan wakil KMA. Pada mesyuarat itu, telahpun dibangkitkan perlunya menghadkan jumlah bilangan peniaga Ramadan demi mengatasi masalah kesesakan ekoran terlalu banyak gerai ditempatkan di pusat pentadbiran kerajaan negeri. Masalah kesesakan ini tahun lepas telahpun menyebabkan kesesakan dan kesulitan orang ramai keluar masuk ke Pusat Pentadbiran Negeri Konkos Paras 3.

Mengambil kira kewujudan 20 gerai yang sedia ada di kawasan yang dipohon dan untuk mengelakkan daripada kesesakan di kawasan tersebut yang merupakan juga pintu masuk utama ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri di KOMTAR, maka PDC telah memutuskan untuk hanya membenarkan penyewaan bagi 10 gerai sahaja beroperasi di situ dengan pengenaan sewaan RM50.00 sehari untuk setiap gerai, iaitu harga sama yang dibayar oleh 20 gerai sedia ada. Surat kelulusan tentang penyewaan ini dikeluarkan oleh PDC pada petang 6 Ogos 2010 kepada KMA.

KMA telah pun mendirikan gerai di kawasan tersebut sebelum sebarang kelulusan diterima daripada PDC dan tanpa membayar sewa. Di samping itu didapti bukan sahaja KMA mendirikan 10 gerai seperti yang diluluskan tetapi telah mendirikan 27 gerai.

Daripada penjelasan di atas dapat dilihat bahawa PDC bukannya menghalang tetapi hanya ingin mempastikan penggunaan ruang di ruang legar konkos , paras 3, KOMTAR dibayar sewa oleh KMA dan dibuat mengikut prosidur dan syarat yang dikenakan oleh PDC bagi menjamin suasana dan keselesaan di kawasan tersebut. Adalah tidak patut PDC dipersalahkan bila KMA mengutip sewa daripada 27 peniaga tetapi tidak pun diberikan kepada PDC.

PDC juga ingin memaklumkan bahawa KMA telah bertindak tanpa pengetahuan PDC dengan berurusan terus dengan 27 peniaga terlibat dan mengutip wang sewaan . Sepatutnya KMA hanya boleh berbuat demikian apabila memperolehi kelulusan dan persetujuan PDC berkenaan penyewaan ruang legar tersebut. Tindakan KMA ini telah menjadikan 27 peniaga tersebut sebagai mangsa yang kemudiannya menuduh PDC sebagai pihak yang bersalah dalam hal ini. Adalah tidak adil PDC dipersalahkan untuk kesalahan yang dilakukan oleh KMA.

Dengan surat kelulusan yang PDC keluarkan bertarikh 6 Ogos 2010, pihak KMA boleh meneruskan dengan pemasangan kemudahan gerai yang dirancang tertakluk kepada syarat tidak melebihi 10 gerai dan membayar sewa yang dikutip daripada peniaga. Disamping itu KMA juga perlu memenuhi syarat-syarat yang PDC telah letakkan di dalam surat kelulusan tersebut.

Kini perkara ini telah menjadi satu isu. Sebagai jalan penyelesaian, Pengurus Besar PDC Dato Rosli bersetuju untuk ruang legar konkos paras 3, KOMTAR akan ditambah daripada 10 gerai kepada 17 gerai dengan penggenaan sewaan RM50.00 sehari bagi setiap gerai. Ini adalah untuk mengelak kesesakan, ketidak keselesaan pengunjung serta keselamatan di kawasan tersebut. Sebagai alternatif, baki 10 peniaga lagi dibenarkan untuk ditempatkan di konkos Paras 4, KOMTAR Untuk membantu pihak KMA, 10 peniaga terlibat hanya akan dikenakan sewaan RM25.00 sehari untuk setiap gerai (iaitu selepas diskaun sebanyak 50%).

Surat kelulusan yang baru berkenaan perkara di atas telahpun dikeluarkan oleh PDC pada 9 Ogos 2010. Sekiranya setelah usaha penyelesaian ini dibuat dan KMA gagal mematuhinya, maka PDC dengan kerjasama agensi penguatkuasa yang berkaitan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pengurus Besar PDC Dato Rosli Jafar telahpun mengarahkan sekiranya KMA tidak mahu membayar sewa yang dikutip daripada peniaga kepada PDC dan mematuhi peraturan yang ditetapkan maka PDC akan terus berurusan dengan 27 peniaga secara individu.

Adalah jelas di sini bahawa PDC tidak pernah sekali-kali menghalang peniaga untuk berniaga di situ tetapi apa yang perlu ialah segala urusan hendaklah dibuat dengan mengikut prosidur, pembayaran sewa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan demi menjamin keselesaan, keselamatan para peniaga dan para pengunjung kelak.

MOHD BAZID ABDUL KAHAR
PENGURUS KANAN HARTANAH PDC

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saturday, August 7, 2010

Operasi Lalang Part 2 dalam pembikinan


AWAS - Operasi Lalang 2 dalam pembikinan !

UMNO berkemungkinan besar menimbulkan huru-hara selepas ini. Bibit-bibit Operasi Lalang 1987 kelihatan semula kini. Jika Ops Lalang 1987 bermula dengan serangan Lim Kim Sai (MCA) yang menyatakan "Melayu juga pendatang", kini serangan Chua Soi Lek Porno yang menyatakan Islam itu anti pembangunan, mundur, bodoh akademik, dll. Apa berlakunya selepas Lim Kim Sai berkata begitu?

Ketika itulah muncul Pemuda2 UMNO spt Muhammad Mohd Taib, Ibrahim Ali, Rais Yatim, Anwar Ibrahim (ketika dalam UMNO), menunjukkan rasa prihatin dan cuba menjadi jaguh! Najib Tuya ketika itu sbg Timbalan Ketua Pemuda UMNO. Dan kini episod itu berulang. Kini muncul Khir Toyo membidas Chua Soi Lek Porno. Memberi amaran akan berlakunya huru hara. Percayalah, esok hari komen2 pemimpin UMNO akan kelihatan di semua media terutama Utusan Meloya. Di ulaslah semahu mungkin kenyataan Chua Soi Lek yang BANGSAT ini. Kemudian, hari2 seterusnya, UMNO, Perkasa, Persatuan Melayu yg tah mana2, semuanya marah! Tunjuk jaguh! Buat Perhimpunan besar2an, buat DEMONTRASI!

Maka, jadilah spt Perhimpunan Pemuda UMNO di Satdium TPCA semasa Ops Lalang I dahulu. Muhammad Mohd Taib ketika itu berkata siapa yg nk sertai Demo 10,000 Pemuda UMNO, bawalah PISAU, SENANG NAK KUPAS LIMAU! - Ini semua tercatat dalam sejarah Malaysia! Dan tidak mustahil perkara ini akan berlaku. PEMUDA UMNO, PERKASA, PERKASAM, PERKATAK, PEROMPAK, PENZINA, dll akan melakukan perkara sama. Mereka juga akan berkokok merekalah pejuang Islam, merekalah pejuang melayu, dan berterusan menghentam RAJA PORNO CHUA SOI LEK!

Ketika Ops Lalang I, Pemuda UMNO semasa membuay himpunan 10,000 mendesak Lim Lee Kim Sai selaku Timbalan Presiden MCA dan Menteri Buruh mestilah meletakkan jawatan. Kemudian, Gelaran Dato telah ditarik balik oleh Sultan Selangor. Lee Kim Sai telah 'dibenarkan melarikan diri' ke Australia.

Dan kini tidak mustahil ia akan berlaku. UMNO dan Konco2nya akan berbuat perkara yg sama. Akan meminta Chua Soi Lek ditahan ISA, akan diminta Gelaran Datuk Seri ditarik balik, dan segalanya. Dan tidak pelik juga, nasib Chua Soi Lek akan jadi spt Lim Lee Sai, dibenarkan melarikan diri ke mana-mana negara. Lagi mudah la dia nak beromen lepas tu.

Apa berlaku selepas itu? Lim Lee Sai bebas. Muhammad Mohd Taib yang mengeluarkan kenyataan 'bawa pisau, nak kupas limau' juga bebas, dan semua yg menimbulkan provokasi bebas. Yang ditangkap dan disumbat ke dalam ISA adalah pemimpin UMNO, PAS, DAP, Dong Jio Zhong, yang tiada kena mengena dalam isu ini. Operasi Lalang I ini menimbulkan kontroversi kerana mereka yang 'bersalah' terlepas. Sebaliknya pemimpin pembangkang yang berada di tepi 'arus' telah ditangkap dan dipenjarakan di Kem Tahan Kamunting, Taiping, selama 2 tahun atau lebih.

Tidak mustahil perkara yang sama akan berlaku juga! UMNO bidas Chua Soi Lek! Pemuda MCA akan bidas Pemuda UMNO, bidas Perkasa, bidas Wak tempe botox, dan akhirnya pemimpin DAP, PAS, PKR yang ditangkap! Mari mengulangkaji sejarah wahai pemimpinku! Jangan ditipu, ditangkap, dibodohkan semahu mungkin oleh SI PENCELAKA-PENCELAKA POLITIK TERSEBUT! MEREKA SEDANG BERSANDIWARA! MCA SEDANG BERSANDIWARA! UMNO SEDANG BERSANDIWARA! UMNO GAGAL BERPADU DENGAN PAS! GAGAL MENGEKALKAN HEGEMONI KEKUASAAN GEROMBOLAN! KINI PERANCANGAN YG TERAKHIR AKAN DILAKUKAN! YA! ITULAH DIA OPERASI LALANG ii!!!!

Bawa isu perkauman! Bawa isu anti Islam! Bibit2 ke arah itu semakin jelas kelihatan! Sorry Raja Porno, Sorry UMNO yang BANGSAT! Sorry Wak Tempe! Zaman ini jangan lagi kamu bodoh2kan kami! Jangan cuba MEMBANGSATKAN KAMI LAGI! JANGAN MEMBANGSATKAN PEMIMPIN KAMI LAGI! JIKA KAMU SUDAH BANGSAT DAN TELAH TERBUKTI BANGSAT, JANGAN BANGSATKAN KAMI DAN PEMIMPIN KAMI! BANGSATLAH KAMU SEHINGGA KAMU MAMPOS! JANGAN NAK MEMBANGSATKAN KAMI PULA!!

Nota :
- Najib bercuti di luar negara. Ketika Mahathir bercuti ke luar negara dahulu, terjadinya Isu Memali, terjadianya Isu Sauk. Dan kini Najib pula. Bercuti entah ke mana. Bercuti dengan mengharapkan misi mereka berjaya di Malaysia! Jika TEORI GUA ni tepat, berhati2lah kalian semua! UMNO dan parti komponennya sedang cuba membawa kita ke arah OPS LALANG II!!!! PRU 13 SEMAKIN HAMPIR!! UMNO SEMAKIN MENGGILA DAN BANGSAT!! - Angah

Sila tag pimpinan kita! TQ

http://ms.wikipedia.org/wiki/Operasi_Lalang

Wednesday, August 4, 2010

Suara bantahan AUKU di Dewan Negara




AUKU DAN PENGLIBATAN POLITIK MAHASISWA

Semasa Pilihanraya Kecil Hulu Selangor baru-baru ini, empat orang mahasiswa UKM telah ditahan oleh kerana mempunyai risalah sebuah Parti dalam kenderaan mereka. Mereka Hilman Idham, Woon King Chai, Azlin Shafina Adzha dan Muhammad Ismai. Mereka dari Jurusan Sains Politik dan merupakan antara yang terbaik dalam pelajaran.

Selepas disiasat mereka dilepaskan oleh pihak polis tanpa apa-apa tuduhan. Akan tetapi, selepas itu mereka didakwa oleh UKM dan mungkin dihukum. Mereka didakwa di bawahSeksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Keempat-empat pelajar ini pergi ke Hulu Selangor untuk memerhati proses perjalanan Pilihan Raya Kecil yang lalu. Yang menarik berkenaan kes ini ialah ketika pilihanraya kecil Hulu Selangor berlangsung mereka sedang menduduki kursus ‘Analisa Pilihanraya’ di Jabatan Sains Politik, UKM. Tujuan mereka turun padang adalah untuk meninjau keadaan bagaimana kempen pilihanraya di negara ini dijalankan. Malangnya, apa yang sepatutnya dipuji sebagai inisiatif yang baik dijadikan jerat untuk memerangkap mereka.

Apa yang menghairankan adalah golongan mahasiswa mempunyai kebebasan yang terbatas berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang gagal melanjutkan pelajaran. Kenapa kerana kebolehan mereka untuk menuntut ilmu di Universiti mereka dinafikan kebebasan untuk menyertai kegiatan politik? Bukankah ini mencabul hak asasi mereka?

Mahasiswa sudah lama berjuang menentang AUKU, akan tetapi buat sekian lama perjuangan ini agak sunyi, kerana tiada mahasiswa yang didakwa di bawah akta ini. Kali terakhir adalah kes di Universiti Malaya; seramai 9 orang mahasiswa daripada Persatuan Mahasiswa Islam (PMIUM) dan Kelab Debat Bahasa Cina yang membawa masuk “ahli politik” ke dalam kampus.

AUKU hari ini adalah salah satu warisan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1975, selaku Menteri Pelajaran ketika itu beliau mengemukakan pindaan kepada akta ini selepas berlakunya demonstrasi besar-besar ajuran gerakan mahasiswa pada tahun 1974. Demonstrasi tersebut dianjurkan bagi membela nasib petani-petani miskin di Baling, Kedah.

Mengikut akta ini, mahasiswa berhak mengundi, tetapi tidak boleh melahirkan sokongan mahupun bangkangan terhadap mana-mana parti politik. Mereka tidak boleh menjadi sukarelawan parti politik, tidak boleh hadir ceramah politik dan tidak boleh meyimpan risalah politik. Ini tidak masuk akal sama sekali. Bukankah perbuatan mengundi itu sendiri satu bentuk sokongan dan bangkangan?

Hak berpolitik wujud bersama hak mengundi. Kedua-dua hak ini adalah saling berkait, Tidaklah wajar untuk kita menghalang pelajar-pelajar yang layak mengundi daripada menyokong atau membangkang mana-mana parti, bahkan bertanding dalam pilihanraya. Jika pelajar-pelajar kita mahu menerajui negara, jika mereka mampu meyakinkan rakyat bahawa mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara, maka mengapa harus kita menghalangnya?

Anehnya pelajar-pelajar kita di luar negara – di Britain, Australia, Mesir dan lain-lain - bebas untuk melibatkan diri dalam politik negara kita. Mereka boleh menganggotai kelab penyokong Umno dan menghadiri Perhimpunan Agung Umno. Kenapakah pelajar dalam negara tidak boleh diberikan hak serta kebebasan yang sama? Apa perbezaan pelajar luar negara dengan di dalam negara? Mengapa rakyat kita di tanahair sendiri dirampas kebebasan mereka? Hakikat bahawa AUKU tidak boleh berkuatkuasa di luar negara tidak harus menjadi alasan. Soalnya: kenapa perlu akta ini?

Undang-undang menurut akta ini dilihat bertentangan sama sekali dengan amalan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan kita melindungi hak dan kebebasan warganegara untuk rakyat berpersatuan, bersuara dan mengundi.

Masa depan sesebuah negara sebahagiannya tergantung kepada anak muda khususnya mahasiswa sebagai masyarakat terpelajar. Tidakkah kita semua bersetuju golongan mempunyai peranan besar untuk menentukan masa depan negara dan bangsa kita? Negara sebenarnya memerlukan tokoh-tokoh yang mempunyai idealisme, sifat yang baik dan matang dalam membuat sebarang keputusan. Malangnya akibat AUKU keadaan dan budaya dalam kampus pada hari ini tidak akan melahirkan pemimpin yang kita kehendaki.

Apabila mahasiswa tidak diberi peluang untuk membuat keputusan, maka mereka hanya akan belajar membuat keputusan ketika mereka diperlukan memimpin negara kelak. Universiti hari ini harus berubah dan berperanan sepertimana yang seharusnya. Peranan dan falsafah universiti itu harus dikembalikan dengan perubahan.

Kata Tun Razak pada Ogos 1970, “… universiti mempunyai tugas mengajarkan kebijaksanaan dan bukan sekadar kemahiran, membentuk sahsiah dan bukan sekadar mengajarkan pengetahuan teknikal.”. Sebagaimana kita mahu mengembalikan kegemilangan Dewan Negara yang mulia ini kita perlu kembalikan juga kegemilangan mahasiswa.

Pihak Kerajaan tentu sedar jua bahawa masa depan negara adalah di tangan pelajar-pelajar kita. Kita tidak harus mengongkong perkembangan minda dan syahsiah mereka. Hak dan kebebasan mereka yang asasi tidak harus dikekang.. Justeru itu adalah wajar jika AUKU dimansuhkan.

Ucapan S. Husin Ali di Dewan Negara
03 Ogos 2010

Tuesday, August 3, 2010

Duit projek Sg Besi, Jho Low belanja arak Paris Hilton


It my PARTY man....Its my party ! - TQ Najib give me SG Besi project !


ANWAR DAKWA JHO LOW DAPAT LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI - mkini

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang malam semalam, Anwar membidas Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.


"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

PKR mendakwa perjanjian itu bernilai RM500 juta dan dikaitkan dengan Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.

Info mengenai Taek @taik Jho low,

Low Taek Jho
(Malaysian, Aged 27 years, Non-Independent Non-Executive Director)

Mr Low Taek Jho was appointed to the Board of UBG Berhad as Group Advisor on 19 September 2008. He is a representative of the major shareholder, Majestic Masterpiece Sdn Bhd and Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation. Mr Low currently serves as group advisor to several international corporations involved in global private equity, mergers & acquisitions, buy-outs, government-to-government offset structured investments and financing, networking and financial aid, amongst others. Mr Low graduated with a Bachelor of Science degree in Economics with concentration in Finance from The Wharton School, University of Pennsylvania, United States of America

Joe Low

Another low-profile businessman, he was a key architect of a multibillion-ringgit sovereign wealth fund established by the state of Terengganu.

The fund, called the Terengganu Investment Authority (TIA), has sparked controversy because it will be created using borrowed money and not existing capital held by the state. It will raise capital from a RM5 billion (S$2 billion) bond issue, which will be guaranteed by the Malaysian government.

Little is known of Penang-born Mr Low, who a TIA official said is an adviser to Malaysia's King, Sultan Mizan, and has close ties with several Middle East investment funds

*************************************************************************************

Najib mahu dapat duit segera....

Gadai Stesen Tjg Pagar kat LKY....siapa AGEN SINGAPURA? Jefri Zain atau Najib Rzak?

Mahu dapat duit segera sebab gagal tarik FDI....

Gadai lagi aset negara ..Sg Besi Airport..pada CUKONG...

Nama dia Taek Jho Low....ini budak muda...sudah JUTAWAN maa....

banyak kawan di Arab..yang kaki arak...dia panggil kawannya di Arab labur projek Greater KL di SG Besi maa..........

projek tiada tender terbuka...bagi sama ini budak....

dapat duit 5oojuta...melalui perjanjian....

ini budak pi enjoy sama Paris Hilton ma....belanja arak berjuta RM...

ini anak angkat atau anak emas pemimpin besar negara?...dulu Tun lah ada Patrick Lim...

kin giliran Taek Jho low...maa..........


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews