INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label projek. Show all posts
Showing posts with label projek. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

Duit projek Sg Besi, Jho Low belanja arak Paris Hilton


It my PARTY man....Its my party ! - TQ Najib give me SG Besi project !


ANWAR DAKWA JHO LOW DAPAT LAPANGAN TERBANG SUNGAI BESI - mkini

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang malam semalam, Anwar membidas Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.


"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

PKR mendakwa perjanjian itu bernilai RM500 juta dan dikaitkan dengan Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.

Info mengenai Taek @taik Jho low,

Low Taek Jho
(Malaysian, Aged 27 years, Non-Independent Non-Executive Director)

Mr Low Taek Jho was appointed to the Board of UBG Berhad as Group Advisor on 19 September 2008. He is a representative of the major shareholder, Majestic Masterpiece Sdn Bhd and Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation. Mr Low currently serves as group advisor to several international corporations involved in global private equity, mergers & acquisitions, buy-outs, government-to-government offset structured investments and financing, networking and financial aid, amongst others. Mr Low graduated with a Bachelor of Science degree in Economics with concentration in Finance from The Wharton School, University of Pennsylvania, United States of America

Joe Low

Another low-profile businessman, he was a key architect of a multibillion-ringgit sovereign wealth fund established by the state of Terengganu.

The fund, called the Terengganu Investment Authority (TIA), has sparked controversy because it will be created using borrowed money and not existing capital held by the state. It will raise capital from a RM5 billion (S$2 billion) bond issue, which will be guaranteed by the Malaysian government.

Little is known of Penang-born Mr Low, who a TIA official said is an adviser to Malaysia's King, Sultan Mizan, and has close ties with several Middle East investment funds

*************************************************************************************

Najib mahu dapat duit segera....

Gadai Stesen Tjg Pagar kat LKY....siapa AGEN SINGAPURA? Jefri Zain atau Najib Rzak?

Mahu dapat duit segera sebab gagal tarik FDI....

Gadai lagi aset negara ..Sg Besi Airport..pada CUKONG...

Nama dia Taek Jho Low....ini budak muda...sudah JUTAWAN maa....

banyak kawan di Arab..yang kaki arak...dia panggil kawannya di Arab labur projek Greater KL di SG Besi maa..........

projek tiada tender terbuka...bagi sama ini budak....

dapat duit 5oojuta...melalui perjanjian....

ini budak pi enjoy sama Paris Hilton ma....belanja arak berjuta RM...

ini anak angkat atau anak emas pemimpin besar negara?...dulu Tun lah ada Patrick Lim...

kin giliran Taek Jho low...maa..........


Saturday, June 26, 2010

Flip Flop projek airport Sg Besi kepada kroni


Mat Tak MUKTAMAD


Projek penswastaan Pangkalan Udara Kuala Lumpur masih lagi pada peringkat perancangan dan kajian, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Dia berkata, jika rancangan itu menjadi kenyataan, kementerian akaa menentukan perpindahan Pusat Operasi Tentera Udara (POTU) tidak sesekali menjejaskan sistem yang sudah dibangunkan. Katanya, kementerian juga akan memastikan perpindahan hanya akan dilaksanakan selepas segala tugas pembuktian dan pentauliahan dijalankan.

Sistem radar bersepadu yang dibangunkan tidak akan terjejas kerana Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah mempunyai sistem yang redundant (bertindih) sebagai alternatif terhadap sistem radar bersepadu negara.

Pada keseluruhannya, keselamatan ruang udara tidak akan terjejas disebabkan pemantauan berterusan masih dilaksanakan di Pusat Operasi Sektor pada setiap masa, katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi kementeriannya, semalam.

************************************************************************************

Lagi satu keputusan belum muktamad ....

Ayat biasa kerajaan...masih dalam perancangan dan belum muktamad...

Kajian apa bengongnya ..ini projek BiK Mama

Azmin tanya Zahid, siapa pembida? dia tak mau jawap...Azmin bagi jawapan dapada dia..antara orgnya ialah Daim Zainudin, Datuk Desmond dan Datin Cindy..

Kajian ini semua helah itu untuk tipu Melayu...

sebab tu Tun Madey kata Najin ini Flip Flop !...hahaha macam Dollah Badawi..







Thursday, June 24, 2010

Jambatan untuk kroni, Rakyat Penang tertindas

Pada Mac 2008, YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak pernah bongkar kandungan surat yang ditulis oleh Pengarah Urusan UEM Dato Ahmad Pardas Senin kepada Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Datuk Dr. Sulaiman Mahbob. Surat yang bertarikh Ogos 2007 bertajuk “Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang – Analisa Kewangan” dihantar ke Parti Keadilan Rakyat oleh seorang “whistle-blower”.

Ada beberapa fakta dalam surat tersebut:

Tempoh konsesi sepanjang 45 tahun.

UEM meminta Kerajaan Pusat membekalkan Pinjaman Mudah Kerajaan (GSL)

UEM meminta pelbagai insentif setinggi RM22,872 juta dari Kerajaan termasuk Elaun Cukai Pelaburan, Bantuan Kerajaam (GG), pinjaman JBIC dan Pinjaman mudah kerajaan.

Kos pembayaran projek berjumlah RM4,068 juta.

Jangkaan pungutan tol adalah sebanyak RM7,065 juta
Kadar tol permulaan untuk Jambatan Kedua Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2), kenaikan tol seterusnya hingga tamat konsesi adalah 2% setahun sehingga 2051.

Kadar tol untuk Jambatan Pulau Pinang adalah RM9.40 (Kelas 2) manakala kenaikan tol seterusnya sama dengan Jambata Kedua Pulau Pinang sehingga tol maksima RM11.50 sehingga 2051 (Konsensi tamat 2018, mengapa sampai 2051?)

Tiada lagi diskaun 20% untuk kad Touch & Go

Ketua Menteri terdahulu menafikan kenyataan beliau pada masa itu. Dengan perkembangan terkini, telah mengesahkan bahawa kenyataan Sim benar. Pertaman sekali, baru-baru ini kerajaan telah cuba membatalkan diskaun Touch &; Go, tetapi di bawah tekanan rakyat, it terpaksa putar belit dan sekarang ingin membatalkan diskaun kepada warga bukan Pulau Pinang. Minggu lepas, Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa kadar tol Jambatan Kedua adalah RM9.40. Sekarang kita khuatir bahawa kerajaan pusat akan mengikut segala kehendak yang diminta oleh UEM seperti dalam surat ini.

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pada saat genting di mana negara mungkin muflis, kerajaan masih belanja subsidi besar kepada syarikat kroni (sila rujuk bahagian Government Assistance). Kerajaan mengumumkan pelbagai kos pembinaan, dan kos naik mendadak setiap kali, walaupun harga bahan pembinaan telah turun. Kadar tol pula akan naik 34% dari RM7 sehingga RM9.40. Kontrak pula dirahsiakan. Semua ini harus diberhentikan serta-merta. Parti Keadilan mahu akauntabiliti dari kerajaan Pusat.

Warga Pulau Pinang tertipu kali pertama apabila kerajaan mencadangkan alignment dan rekabentuk tanpa maklum balas dari rakyat. Kemudia, kerajaam sekali lagi runding terus dengan UEM tanpa tender terbuka.

Parti Keadilan Rakyat percaya tender terbuka akan memberi manfaat kepada rakyat Pulau Pinang. Tender terbuka akan membawa kepakaran, teknologi terhebat dan seterusnya mengurangkan kos secara mendadak. Walau bagaimanapun, dengan cara lama UMNO/Barisan Nasional, kroni kekal didahulukan.

Kami ingin menghentikan segala kesongsangan ini. Hari ini kami membongkar surat yang kami dapat pada tahun 2008. Surat ini tidak pernah dibongkarkan kepada umum. Surat ini surat lama, kami percaya sudah ada perkembangan terkini. Tetapi di bawah pentabiran Kerajaan BN yang tidak telus, inilah sedikit maklumat yang kita ada. Atas nama ketelusan, rakyat mempunyai hak kebebasan maklumat.

Maka, Parti KeADILan Pulau Pinang menyeru Perdana Menteri deklasifikasikan Kontrak Jambatan Pulau Pinang ke-2 dengan UEM. Rakyat Pulau Pinang berhak untuk mengetahui kandungan kontrak kerana mereka adalah pengguna jambatan setiap hari, merekalah yang akan bayar tol tersebut.



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews