INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label Politik semasa. Show all posts
Showing posts with label Politik semasa. Show all posts

Monday, December 13, 2010

Wikileaks dedah komen Diplomat Singapura pada Malaysia dan negara Asia




Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Dis: PKR menyifatkan, pendedahan Wikileaks tentang maklumat diplomatik dari Singapura tentang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pandangan peribadi tanpa sokongan bukti yang sah, oleh itu tidak perlu diambil berat.

Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dalam kenyataannya bagaimanapun berkata, pihaknya memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Saifudin dipercayai mengulas laporan media Autralia yang mendedahkan kononnya perangkap di pasang untuk Datuk Seri Anwar oleh musuhnya dan Anwar 'memasuki petangkap itu'. Ia dikatakan bersumberkan laporan para diplomat Singapura dan Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, laporan itu adalah hasil kerjasama para SB (polis cawangan khas) Malaysia.

Manakala itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiam diri dengan pendedahan Wikileaks ini. Nama beliau turut didedahkan yang antara lain

"Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa." yang jelas mengaitkan beliau dengan kes Altantuya Shariibuu.

"Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai," kata Saifudin.

Orang ramai, katanya, bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta, kata Saifudin/\.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, kata Saifudin, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi”.

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

Peter Ho

Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

En Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.


Justeru, kata Saifudin, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

PKR, katanya, mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

"Jika tidak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu," katanya.

Akhirnya, kata beliau, semua pihak kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

"Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

"Makanya, PKR akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura," tegas beliau.

* Baca teliti artikel di atas JELAS dan anda akan FAHAM !

Saturday, April 24, 2010

Najib bersumpah lagi dan bacul berdebat !


PM Najib - Aku bersumpah seperti apa Saiful bersumpah bwh "saya tidak sama sekali kena Altantuya"

Tun Madey - Ameen..hang ni kaki sumpah la Najib macam Ezam Sesumpah


Najib sumpah di setiap PRK !...kini di Hulu Selangor (tak kenal Altantuya)

HULU SELANGOR, 24 April — Selepas tiga hari mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa sudah mengetahui “kesemua” rahsia Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, Datuk Seri Najib Razak bersumpah sekali lagi - beliau tidak sama sekali kenal wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh empat tahun lalu.

Perdana Menteri dengan membacakan ayat-ayat suci bersumpah ketika berucap dalam kempen pilihan raya kerusi Parlimen Hulu Selangor di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung kira-kira 10.30 malam tadi.

Hari ini hari terakhir kempen pilihan raya kecil ini.

Najib ucapkan sumpah beliau selepas menyentuh kes liwat kedua Anwar membabitkan bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhhari Azlan.

“Saya sudah bersumpah sebelum ini, di masjid, saya bersumpah sekali lagi hari ini,” kata Najib yang juga Presiden Umno.

berita penuh -klik disini


Najib bacul berdebat !

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang dengan alasan beliau lebih suka berjumpa rakyat.
Najib berkata, beliau tidak mengambil kisah mengenai cabaran tersebut kerana apa yang perlu diutamakan ketika ini adalah memberi masa depan yang terjamin untuk rakyat. "Mana ada dalam perancangan nak berdebat dengan Anwar Ibrahim di Kuala Kubu Baru. Tak ada. Saya lebih suka kalau dapat jumpa dengan anda kerana lebih banyak faedah yang diperolehi daripada berjumpa dengannya.


Bik Mama (De facto PM) bercakap (On be Half ) PM Najib..

“Datuk Najib has told me himself that there is no programme at all for a debate. Look at how they create a lie, claiming something that is not correct just to confuse the electorate here. Later, when we don’t come (for the debate), they say it’s because Datuk Najib is a coward.

My husband is not going to waste his time, he has other work to do, and he has no time for a debate with the opposition leader. We are thinking how to develop the country, how to raise the standard of living of the people, that is what Datuk Najib is thinking of,” she said.


** Bodoh juga PM Malaysia ni, apa punya alasan la diberi anak PM kedua ni..tidak masuk akal langsung. Bila hang berdebat, rakyat dapat menilai fakta dan hujah yang dibawa untuk kesejahteraan masyarakat dan negara. Hasil daripada debat ini akan dinilai oleh rakyat untuk membuat pilihan undi besok hari untuk masa depan mereka dan negara.

Jadi, apa masalahnya? hang berdebat, audiensnya rakyat la , tu pun berjumpa rakyat !..Nak cakap pakai akal la..! atau....PM Najib penakut isu APCO ,nuklear Iran dan Altantuya terdedah sewaktu debat tersebut ?



Thursday, April 22, 2010

Debat Anwar Ibrahim di Parlimen - Saya tidak akan mengalah !

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Debat PANAS Anwar di Parlimen (22/4/10) berkaitan isu APCO dan hubungan Malaysia dengan Iran.



Ikon Reformasi : Anwar Ibrahim



Tuesday, April 20, 2010

Semua PM UMNO teguk arak -Mustafa Ali PAS

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol. "Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak. "Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan." "Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.


Seronok menari yer Menteri Muhriz !



Foto TAR ketika merasmikan kilang arak Guiness pada tahun 1968 di Sg Way.

Komen Lim Kit Siang :

"Jika minum pada zaman lalu menghalang seseorang daripada memegang jawatan, kita akan kehilangan separuh daripada jemaah menteri, termasuk duta besar Malaysia ke Amerika Syarikat,” kata Lim.

Pemimpin veteran pembangkang, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.

Monday, April 19, 2010

Dr Halili masuk APCOUMNO, Salehuddin makin menjadi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Anak Hasyim Gera @broker UMNO makin menjadi ! kini berjaya tarik Dr Halili



Jawapan manusia kecewa dan tidak faham erti perjuangan rakyat ...

Ditanya kenapa beliau hadir pada hari pengumuman calon PKR pada 13 April lalu, beliau hanya menjawab:

"Mungkin nama saya dicalonkan, dinaikkan saya kena datanglah. Ingin tahu, kerana kamu juga yang tulis dalam suratkhabar media, anak tempatan, perkara macam itu," katanya,.

Sejak disebut-sebut disenarai pendek menjadi calon PKR, ini merupakan kali pertama Dr Halili bersemuka dengan media membuat kenyataan mengejutnya itu.

Bagaimanapun, pengumumannya yang dibuat sehari selepas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin membayangkkan membayangkan perkara itu, menimbulkan tandatanya sama ada beliau ditawarkan 'imbuhan' untuk itu.

Dr Halili bagaimanapun menafikannya dengan separuh berjenaka: "Saya sekarang ini (pakar) bedah otak, mungkin dia beri saya bedah hidung. Tak tahulah," kata Dr Halili.Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat pihak yang akan menuduhnya dibeli, itu terpulanglang kepada mereka.



** Syabas masuk parti pendokong Yahudi , UMNOAPCO !

http://www.malaysiakini.com/news/129561

Monday, January 25, 2010

Halang ceramah Anwar di Kerinchi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



"Entah mengapa sejak kemenangan kita usai tahun 2008, belum pernah sekali kami dibenarkan berucap di Lembah Pantai. Shahrizat terus berdendam dengan kekalahan dan Raja Nongchik menganggap beliau punyai kuasa mutlak. Dan polis bertindak sebagai alat penguasa Umno"- Anwar ibrahim

"Bila berlaku pembakaran gereja, polis mengarahkan pihak gereja sendiri yang mengawal keadaan kerana alasan mereka tidak cukup anggota tetapi bila majlis seperti ini berlangsung polis boleh hantar begitu ramai anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menghentikan program tersebut," jelas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Era Pakatan.com.Beliau berkata, ini merupakan provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak polis dan kerajaan seharusnya serius melihat perkara. - Mahfuz Omar (PAS)



Malaysia -Negara Polis

Selamatkan Malaysia !


Wednesday, August 19, 2009

1 Malaysia -Najib lantik Yahudi penasihat kerajaan Malaysia

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Oleh: Fazallah Pit

Ketika pemimpin Umno heboh memfitnah Anwar Ibrahim sebagi pengkhianat, kerajaan Malaysia pimpinan Perdana Menteri, Najib Razak, menjadi antara pelanggan awal APCO Worldwide (klik di sini), sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi.

Kerajaan Umno- BN telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit untuk APCO untuk syarikat Yahudi itu menasihati Najib mengenai imej beliau yang tercalar didalam dan luar negara.

Syarikat milik Yahudi itu juga akan menjadi penasihat utama kepada Duta baru malaysia ke Amerika Syarikat, Jamaludin Jarjis. Sumber mengatakan antara misi utama APCO dan Jamaludin ialah memintas sokongan meluas Anwar dikalangan ahli politik, cendekiawan dan tokoh korporat di Amerika Syarikat, khususnya apabila perbicaraan terhadap tuduhan liwat bermula bulan depan. APCO juga dikatakan diberi misi untuk membantu mengatur perjumpaan antara Najib dan Presiden baru Amerika, Barack Obama.

Najib telah merestui perlantikan APCO juga setelah menghadapi krisis keyakinan terhadap kepimpinannya berikutan tuduhan yang mengaitkan beliau dengan skandal pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu dan rasuah komisyen pembelian senjata semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif APCO Margery Kraus mengumumkan pada 10 Ogos lalu bahawa syarikat yang dipimpin oleh orang Yahudi itu akan membuka pejabat baru di Malaysia bulan depan.

Beliau turut mengesahkan APCO akan memberi sokongan kepada Kedutaan Malaysia di AS bagi mengukuhkan komunikasi strategik diperingkat global.

“Paul Stadlen yang sebelum ini bertugas di London, bertindak sebagai pengarah urusan di Malaysia bagi membaiki pengurusan hubungan media dan reputasi antarabangsa.” kata beliau dalam laman web firma itu.

Antara pegawai kanan APCO ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang pernah berkhidmat dalam kerajaan Israel untuk tempoh panjang. beliau adalah pakar polisi ekonomi dan hubungan antarabangsa.

Beliau adalah individu penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem dan Institut Sains Weizmann.

Seorang lagi pegawai kanan APCO ialah Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak rabin masih menguasai kerajaan.

Kepentingan Najib akan dipantau oleh pengurusan APCO yang turut merangkumi John W Magaw. Magaw pernah berkhidmat sebagai Pengarah Agensi Perisikan AS dan Pengarah Biro Alkohol, Tembakau, Senjata Api dan Bahan Letupan, selain menjadi ejen khas dalam Biro Sekuriti Presiden.

Individu penting yang lain dalam APCO ialah bekas senator AS, Donald W Riegle Jr; Bekas Duta AS, J Stapleton Roy dan bekas senator serta duta AS, Jim Sasser.

APCO yang bertindak memberi nasihat dalam aspek politik, perdagangan, kewangan dan kumpulan media, ditubuh pada 1984 dan berpengkalan di Washington.

Selain memiliki 28 cawangan di Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia, APCO turut memiliki pejabat di Tel Aviv, Israel.

(Artikel ini boleh didapati dalam edisi cetak Suara Keadilan, 18-25 Ogos 2009)

*** siapa sekarang AGEN Amerika ? Yahudi ?

Wednesday, July 22, 2009

Mentaliti lapuk Pak Menteri 1 Malaysia

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Dengan satu tindakan yang mengulangi kezaliman bekas Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Said yang pernah membatalkan MoU di lima buah negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat serta sifat kebudak-budakan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menegah ketua jabatan dan agensi pusat daripada menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kerajaan Perak sewaktu Perak dikuasai Pakatan Rakyat, hari ini, hal yang sama diulangi oleh seorang menteri UMNO BN.

Hari ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar telah menegah semua kakitangan dan pegawai agensi Kementerian Pertanian dilarang menghadiri mesyuarat pembangunan yang dianjurkan di lima negeri pembangkang berkuatkuasa serta merta.

Alasan Menteri berkenaan ialah kerana kononnya kerajaan negeri terbabit tidak memberi kerjasama dan peruntukan untuk projek membabitkan kepentingan petani, peladang dan nelayan.

Sedangkan apa yang cuba diselindungi olehnya ialah percubaan beliau untuk tidak menyalurkan pembangunan dan peruntukan pusat kepada ke negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Sikap yang ditunjukkan oleh menteri-menteri bermentaliti rendah ini jelas menampakkan bahawa mereka tidak memahami dan mematuhi konsep federalisma yang didokong oleh Perlembagaan Negara yang mana adalah menjadi tanggungjwab untuk kerajaan pusat untuk membangunkan negeri-negeri sekalipun ianya diperintah oleh parti yang berbeza dengan parti di peringkat pusat.

Hal yang sama telah dilakukan sebelum ini oleh beberapa menteri seperti Dato Mustapha Mohd yang dengan kedudukannya sebagai ahli majlis Perunding Ekonomi Negara telah melakukan sekatan peruntukan pembangunan bagi negeri Kelantan.

Sikap kerajaan BN tidak pernah berubah untuk menzalimi rakyat yang tidak memilih UMNO BN dan adakah ini menunjukkan slogan 1 Malaysia benar-benar dihayati dan diperjuang oleh Menteri-menteri 1 Malaysia .Hal ini menunjukkan seolah-olah di Malaysia ada 2 kerajaan persekutuan yang memerintah Malaysia walhal hanya satu kerajaan sahaja.Sikap ini cukup tidak profesional dan tidak berintegriti dilakukan oleh kerajaan 1 Malaysia Najib.

Jika demikian halnya adalah amat wajar untuk rakyat negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat tidak lagi perlu membayar cukai kepada kerajaan pusat lantaran tindakan menteri-menteri berkenaan yang mengambil sikap diskriminasi terhadap rakyat negeri-negeri berkenaan.

1 Malaysia hanya dasar usang yang mana perlaksanaan dilakukan tidak mencerminkan apa yang dikata.




Thursday, June 18, 2009

Kerajaan Perpaduan -siapa jerat siapa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



"Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan yang diriuh rendahkan sekarang hanya sekadar kenyataan peribadi pemimpin tertentu yang tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat. Katanya setakat ini tiada sebarang kertas agenda yang dibawa dalam mesyuarat PAS atau bersama Pakatan Rakyat.""Tetapi apa yang berlaku ini perpecahan. Umno sekarang sedang berpesta. PAS dah masuk perangkap. PAS sesama PAS dah nampak macam nak berpecah dah.. bercelaru.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini menegaskan persoalan kerajaan perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Lim Kit Siang (DAP Ipoh Timur)
yang menyifatkan kenyataan Najib mengenai kerajaan perpaduan adalah hanya untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat sahaja.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan."Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan .klik disini.

Di atas adalah beberapa komentar beberapa pemimpin terhadap isu kerajaan perpaduan yang merupaka pandangan dan idea peribadi Presiden Datuk Seri Hadi Awang. Saya melihat gagasan dan publisiti media berlebihan terhadap isu ini merupakan suatu mainan politik oleh UMNO yang cuba memerangkap PAS dikala PRU kecil Manik Urai semakin hampir.Oleh itu, ia merupakan taktik UMNO untuk cuba memecahbelahkan PAS oleh kerana melihat kekuatan perpaduan antara PAS, DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat sehingga menyapu bersih PRU kecil yang diadakan di Semenanjung.

Di pihak PKR, kenyataan Anwar Ibrahim lebih bersikap mengharapkan penyelesaian dengan bijaksana oleh Datuk Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi mengenai polimik tersebut. Mereka seakan tidak mahu mencampuri urusan dalaman PAS dan hanya mengambil sikap tunggu dan lihat.

Saya berasa janggal dengan idea mengenai Unity Government yang menekankan bahawa tiada pembangkang di Malaysia dan hanya sebuah kerajaan yang memerintah. Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara.Persoalannya adakah Malaysia sekarang mengalami krisis dalm negara yang teruk ?baik dari segi politik dan ekonomi?

Dari segi sejarahnya, penubuhan kerajaan perpaduan bukanlah sesuatu yang baru. Ia pernah ditubuhkan di negara-negara seperti Kanada, Israel, Kenya, Lebanon, Luxembourg, United Kingdom dan Amerika Syarikat.Sebagai contoh, di UK kerajaan perpaduan telah ditubuhkan semasa Perang Dunia Pertama dan Kedua. Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan di bawah pimpinan David Lloyd George mampu bertahan sehingga 1922.Begitu juga semasa Zaman Kemelesetan (Great Depression) ekonomi yang menimpa dunia, sebuah kerajaan perpaduan telah ditubuhkan di UK pada tahun 1931 antara Ramsay MacDonald, Perdana Menteri dari Parti Buruh dan Parti Konservatif dan Liberal. Kerajaan ini bertahan sehingga 1945

Bukanlah sesuatu yang senang untuk mewujudkan satu kerajaan perpaduan terutamanya dalam sebuah negara seperti Malaysia di mana nilai-nilai politiknya adalah sarat dengan nilai-nilai perkauman. ini.Sekiranya ada pihak-pihak yang berminat, maka penerokaan yang lebih mendalam terhadap idea ini bolehlah diteruskan. Antara perkara yang perlu dibincang ialah bagaimana untuk mengatasi halangan-halangan yang sedia ada bagi membolehkan idea kerajaan perpaduan dipraktikkan.

Di Malaysia, antara halangan yang wujud ialah pertama, peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan dan dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat oleh sesetengah pihak (termasuk parti politik) sebagai menghalang perpaduan. Peruntukan-peruntukan yang dimaksudkan ialah: Islam sebagai agama Persekutuan; hak istimewa orang Melayu; Perkhidmatan Awam (termasuk polis dan tentera); DEB, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan lain-lain. Apakah perkara-perkara ini perlu dipinda? Atau di mansuh?

Halangan kedua ialah sistem pilihan raya yang berteraskan first-past-the-post. Dapatlah dihujahkan di sini bahawa sistem pilihan raya yang berteraskan prinsip 'perwakilan berkadar' (proportional representation) adalah lebih selari dengan konsep kerajaan perpaduan.

Halangan ketiga ialah sistem Federalisme ikutan Malaysia di mana terlalu banyak kuasa tertumpu kepada Kerajaan Pusat. Apakah ini sesuai dengan perjalanan 'kerajaan perpaduan'?

Halangan ke empat ialah peranan Ketua Whip di Parlimen; ia perlu dipinda. Begitu juga dengan peranan BBC. Ini adalah kerana kewujudan institusi ini menyebabkan ahli-ahli parlimen terpaksa akur kepada keputusan partinya sungguhpun ada ahli-ahli parlimen dari parti ini tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar yang dibuat oleh parti mereka sendiri.

Oleh itu jelaslah bahawa idea kerajaan perpaduan ini agak sukar dilaksanakan di Malaysia dan memerlukan penelitian yang mendalam dan penyertaan perlu melibatkan semua parti dalam Pakatan Rakyat. Saya tertarik dengan pandangan Tun Mahathir yang tidak bersetuju dengan idea tersebut kerana kerajaan melakukan sesuatu perkara tanpa ada pihak yang check and balance dan maksudnya perlu ada pembangkang di Parlimen.

Hujah perpaduan Melayu dan Islam dikatakan sebagai salah satu sebab unity government adalah tidak kukuh kerana di Parlimen Malaysia, didapati MP Melayu dan Islam lebih ramai begitu juga bilangan Menteri Melayu dan Islam di Kabinet 1Malaysia. Soalnya ialah peranan MP di Parlimen dan Menteri tersebut perlu lah mempertahankan hak Islam dan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara.

Artikel berkaitan

bila-pas-tertelan-racun-lipas-umno
selepas-racun-lipas-najib-sedia-sapukan-gam-tikus/
adios-from-pas-tok-guru-to-nash/

Saturday, April 4, 2009

PM- 6 DS Najib

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle



Malaysia secara rasmi mendapat PM yang keenam semalam apabila DS Najib ditabalkan sebagai menjadi PM oleh YDP Agong di Istana Negara pada awal pagi.Sejurus ditabalkan, beliau telah membuat perutusan PM yang baru semalam di media perdana semalam.Saya sempat mengikuti ucapan dan perutusan beliau yang bertema satu Malaysia /One Malaysian.klik di sini.

Antara perkara penting ialah pembebasan 13 tahanan yang ditahan oleh Akta yang ditakuti rakyat iaitu ISA. Sebelas 8 orang yang dibebas terdiri daripada Melayu yang dikaitkn dengan Daulah Islamiah /JI, 2 orang berketurunan India dari kumpulan Hindraf dan 3 rakyat asing. Keputusan PM mengingatkan saya kepada Obama yang menutup terus Penjara Guantanamo sebagai janji manifestonya untuk meraih populariti rakyat.

Perkara itu biasa bagi semua pemimpin di dunia yang baru dilantik dan di Malaysia pun seperti yang dinyatakan oleh DS Anwar,(klik di sini) PM secara tradisi akan membebaskan tahanan ISA apabila dilantik memegang jawatan tersebut. Perkara ini tidak akan berkesudahan selagi akta ISA itu tidak dihapuskan di mana prinsip keadilan sememangnya mati apabila akta ini dikuatkuasakan. Seingat saya di zaman diktator Mahathir, akta ini cukup "famous" dengan beliau apabila ramai rakyat dan aktivis politik ditahan melalui akta ini seperti di Operasi Lalang dan Zaman Kebangkitan Rakyat (reformasi 98).Saya menyokong jika akta ini dihapuskan oleh kerajaan baru ini kerana ia akta zalim dan tidak adil kepada tahanan.

Perkara kedua ialah arahan penggantungan akhbar Seruan Keadilan dan Harakah ditarikbalik serta merta.Dalam amalan demokrasi, kebebasan media amat penting dan perlu diberi ruang bebas kepada semua parti untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat.Jika Malaysia ingin dipandang tinggi sebagai negara yang menjunjung demokrasi liberal ,antara perkara penting ialah kebebasan media yang perlu diamalkan dan bukan disekat.

" Dengan ini saya mengajak seluruh negara untuk sama-sama untuk melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat :Satu Malaysia,Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan " -oleh DS Najib.

Satu Malaysia ini dikatakan seolah-olah mirip konsep Ketuanan Rakyat yang diperjuang oleh Pakatan rakyat. Satu Malaysia seperti satu konsep bangsa Malaysia yang meliputi Melayu , Cina dan India yang menjadi teras rakyat Malaysia sebagai satu keluarga besar dalam menuju Wawasan 2020. Ketuanan Rakyat pula ialah konsep yang memperjuangkan hak rakyat bawahan tanpa mengira kaum dan etnik.

Selepas ini dimanakah agaknya Ketuanan Melayu ?








Tuesday, March 24, 2009

Era rejim diktator sudah bermula

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Kisah di Taman Ria Jaya,Sg Petani semalam menceritakan kepada kita bahawa era pemerintahan rejim Mahathir sudah bermula dengan arahan penarikan permit saat akhir ceramah DS Anwar dan menjadi sebab utama penggunaan FRU dan Polis lebih 1000 org untuk menyuraikan lebih 5000 orang awam yang hadir mendengar amanat DSAI dan calon PKR Bkt Selambau, sdr Manikumar.Klik di sini berita penuh.




Sebelum ini ceramah siang malam tidak pernah dicemari dengan penggunaan FRU tetapi semalam lain ceritanya yang mana diberitakan terdapat arahan atasan supaya permit dibatalkan dan FRU akan digunakan untuk menyuraikan perhimpunan. Ini negara demokrasi apa? tiada ruang untuk parti yang berdaftar di Malaysia mengadakan ceramah dan hak rakyat seolah-olah dinafikan untuk mendengar ceramah dan memilih parti yang diyakini memperjuangkan hak mereka.

Sedih melihat kaum wanita, warga tua dan kanak-kanak yang terkena gas pemedih mata dan tembakan air dan perihal kejadian ini mengimbau kenangan ku di Masjid Negara sewaktu Perhimpunan Bantahan PPSMI.FRU dan polis digunakan untuk menjaga ketenteraman negara tetapi kini menjadikan rakyat awam yang tidak melakukan jenayah sebagai musuh mereka. Aku tidak pernah mendengar berita orang cedera atau meninggal dunia sewaktu mendengar ceramah politik dan oleh itu apa kejadahnya digunakan FRU dan polis untuk mencederakan rakyat?

Selain itu, penggantungan Harakah dan Seruan Keadilan selama 3 bulan juga menimbulkan tandatanya apakah ini bermulanya media Malaysia akan dikongkong dan ruang kebebasan semakin terhimpit di Malaysia ?. Banyak yang beranggapan arahan penggantungan ini bertitik tolak dengan PRU kecil di 3 kawasan iaitu BKT Gantang, Bkt Selambau dan Batang Ai yang mana, mungkin pihak BN mahu menguasai sepenuhnya media dalam kempen PRU tersebut dan menafikan peluang pembangkang menyebarkan maklumat kepada rakyat.

Ya!! semalam ketua rejim, Mahathir sudah berkokok di perhimpunan Perkasa yang membuktikan beliau masih bersuara dan selepas ini akan memasuki UMNO untuk menerajui kembali Malaysia.Aku kini berharap episod kelam dan gelap Malaysia yang semakin menghampiri ini tidak menjadi kenyataan mengharapkan masih ada sinar kebebasan dan keadilan untuk rakyat Malaysia.




Thursday, February 5, 2009

Terkini Di Perak @ kejor yob kejor

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Press Conference Pakatan Rakyat

DS Nizar:
- Beliau diperintah mengadap Sultan tengahari tadi dan dimaklumkan oleh Sultan untuk meletak jawatan. Nizar bagaimanapun meminta Sultan untuk memahami peruntukan perlembagaan supaya membubarkan dewan kerana kerusi Dewan undang negeri sekarang ialah BN 28, PR 28 dan bebas 3. Tiada pihak yang mempunyai majoriti.

- majoriti yang diperkatakan oleh Umno tidak tepat kerana 3 ADUN yang terlibat sedang menghadapi proses mahkamah. Sekiranya mahkamah melucutkan jawatan mereka, maka DUN Perak akan ‘tergantung’. Maka dengan itu, beliau memohon supaya DUN Perak dibubarkan.
- selepas menimbangkan semua peruntukan perlembagaan, maka dS Nizar memaklumkan bahawa beliau tidak akan meletak jawatan, sehinggalah proses perundangan diselesaaikan.

- DS nizar juga memohon supaya hak rakyat dikembalikan.

DS Anwar Ibrahim:

- Meminta supaya perlembagaan dipatuhi dan Satu delegasi Pakatan rakyat akan memohon untuk menemui Sultan.

- cara najib merampas kuasa membahayakan amalan demokrasi dimana polis digunakan untuk mengepung SUK.

- Meminta rakyat bertenang dan tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan undang-undang.

DS Hj.Hadi.

- Pas menyokong apa-apa tindakan Pakatan Rakyat untuk mengembalikan kuasa kepada rakyat.

- Pas berpendapat, Nizar masih lagi Menteri Besar sehinggalah segala proses undang-undang terlaksana.

- Apa yang berlaku hari ini amat mengecewakan, terutamanya apabila pencabulan undang-undang telah dihalalkan. Sekiranya pencabulan ini dibenarkan, ia mencipta satu perkara yang boleh membahayakan negara.

YB. Lim kit Siang.

- Apa yang berlaku hari ini menunjukkan sikap yang akan ditunjukkan oleh Najib apabila menjadi Perdana Menteri kelak.

- Kecewa kerana polis telah digunakan dan MB dan EXCO dilarang memasuki SUK, walaupun beliau masih lagi belum menerima surat samada dipecat, disingkir ataupun sudah tidak diperlukan lagi.

- Apa yang berlaku hari ini, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri mengambil alih kuasa amat memalukan.

- Najib perlu membuat satu pilihanraya Dewan undangan negeri, bagi memastikan hak rakyat dikembalikan



5.01 petang: Perdana Menteri dijangka tiba di Istana Kinta, Ipoh tidak lama lagi, dipercayai untuk majlis angkat sumpah menteri besar baru. Timbalan Perdana Menteri dan barisan wakil rakyat BN dilaporkan sudah berada di istana berkenaan. -Malaysiakini
----
4.55 petang: Polis telah mengepung bangunan pentadbiran kerajaan Perak, dan mengarahkan semua exco Pakatan Rakyat serta para pembantu mereka meninggalkan bangunan tersebut. -Malaysiakini
----
4.50 petang: Kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menyokong penuh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar dan meminta supaya pilihanraya baru diadakan untuk mengesahkan mandat baru dari Rakyat. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka akan memohon untuk menghadap Sultan Perak berhubung isu tersebut.Setakat ini, semua pimpinan tertinggi Pakatan berkubu di kediaman menteri besar, dengan harapan semakin ramai penyokong hadir menyatakan sokongan padu kepada Mohamad Nizar.Pakatan juga akan menganjurkan satu perhimpunan besar di Stadium Ipoh malam ini. -Malaysiakin

96% say BN will suffer in next GE: ntv7 poll

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Malaysians do not seem to be amused by what is going on in Perak.

An SMS poll on ntv7 over its prime time 8.00pm news in English asked whether the Perak crisis would affect the BN’s performance negatively in the next general election.

The results revealed that 96 per cent of respondents said it would.

Malaysians are obviously aware of how the BN is subverting with the aspirations of the people. The BN will find that short-term political gains - achieved through such questionable means - will come at a heavy price in the longer term.


Friday, November 7, 2008

Tahniah Obama , Perubahan di US


Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.barrack obama 201008 01Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.

Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.

Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.-Malaysiakini(5/11/08)

Kita berdoa agar lembaran baru pentadbiran dunia akan bermula tidak lama lagi selain bertegas menolak tragedi John F. Kennedy menghumban harapan rakyat (dalam kes ini di Amerika). Politik aku lebih hebat atau aku paling hebat cara Bush ditolak terlepas dasar apa pun yang dibuat. Politik Obama ternyata nampak lebih rendah diri dan lebih pro rakyat.

Saya begitu tertarik dengan cara berkempen memilih Presiden Amerika di mana penggunaan pelbagai media secara bercetak sehingga ke alam siber digunakan cukup meluas .Selain itu, cara berkempen seperti debat Presiden yang disertai oleh kedua-dua parti turut menunjukkan US cukup komited dengan amalan demokrasi dalam pilihanraya seperti yang dilaungkan mereka sebelum ini. Di sini, rakyat seluruh US dapat melihat visi dan misi bakal Presiden mereka jika diamanahkan untuk memimpin US dan dunia.Debat itu sendiri sudah cukup menunjukkan kehebatan berhujah pemimpin tersebut dan idealisme yang ingin dibawa jika terpilih untuk menjadi pemimpin.

Saya bersetuju dengan pandangan YB Khairy Jamaluddin (KJ) yang ingin menganjurkan debat terbuka untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO.Beliau mengharapkan perwakilan dapat membuat penilaian dengan misi dan visi yang akan dibawa oleh calon masing-masing jika terpilih menjadi Ketua Pemuda UMNO.Debat merupakan wadah atau platform yang terbaik untuk calon mengutarakan pandangan dan berhujah berlandaskan fakta dan disamping itu juga dapat mempopularkan diri di mata perwakilan yang akan memilih.Sepatutnya, politik di Malaysia ini diwarnai dengan debat terbuka secara ilmiah sebagai contohnya debat minyak di TV3 yang saya kira mendapat rating yang cukup tinggi.Pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu berani tampil berhujah permasalahan rakyat dan apa jua isu yang berkaitan negara dan rakyat.

Saya berharap akan diadakan debat mengenai keadaan ekonomi Malaysia sekarang supaya rakyat jelas dengan keadaan ekonomi di Malaysia. Saya sebenarnya masih kabur dengan iklim ekonomi di Malaysia ini....

Di sini saya sertakan ucapan Obama (speech Obama) dan juga dibawah anda boleh melihat video menarik kempen pilihanraya Barrack Obama







LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews