INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label MAS. Show all posts
Showing posts with label MAS. Show all posts

Saturday, April 5, 2014

Teori Konspirasi #MH370 : Penduduk Maldives dakwa pesawat di Diego Garcia menggemparkan US

MH370 : Ketenteraan US Gementar Apabila Didakwa Oleh Penduduk Maldives Mendarat Di Diego Garcia

 SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.



Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.




Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.
– SINAR HARIAN

Wednesday, March 19, 2014

#MH370 Teori Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan berkenaan pesawat MH370



Inilah dia figura yang cukup penting mendidik rakyat Malaysia serba sedikit disebalik tragedi dan insiden MH370 melalui temuramah di Berita Astro Awani Berita Buletin Tv3, NTV7.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, bekas ketua juruterbang Serantau MAS (Malaysia Airlines).

Biodata Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain
 
  • Bekas ketua juruterbang Serantau MAS Malaysia Airlines
    Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berpengalamaman lebih 30 tahu
  •  Isteri Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah Ketua Pramugari MAS Malaysia Airlines 
  • Bapa Mertua Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain adalah bekas Ketua Jurutera Malaysia Airlines MAS 
  • Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah bawa pasukan gergasi seperti Manchester United, Real Madrid serta tokoh politik dunia iaitu bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton

Antara Intipati Pendedahan Datuk Kapten Nik Huzlan Mengenai Tragedi MH370?

Mustahil sebenarnya untuk sebuah kapal terbang seperti MH370 terputus isyarat atau komunikasi kerana setiap pesawat ada 3 peringkat komunikasi dan ketiga-tiga ini memang berkualiti.Selaian daripada itu, agak mustahil juga untuk kita semua mengatakan pesawat MH370 mengalami total ‘electrical shutdown’ dan sekiranya berlaku sekalipun, pesawat ada masa yang sangat cukup untuk buat pendaratan kecemasan. Bukan sahaja itu, setiap pesawat mempunyai banyak bateri dan bateri ini mampu menjana tenaga untuk pesawat.

MAS adalah syarikat penerbangan terbaik dari segi ‘maintainance’ kerana menurut kapten, Amerika Syarikat juga meminta MAS bantu dari segi ini.Kualiti juruterbang MAS juga adalah yang terbaik, bahkan menurut Kapten, juruterbang MAS sering “diculik” oleh syarikat penerbangan lain.

Seorang juruterbang itu akan buat SEHABIS BAIK selagi ada harapan,untuk selamatkan pesawatnya,walaupun gunung ada di depan.Bukan semudah itu untuk mereka putus asa.

Setiap pesawat boleh terkena petir,itu biasa. Namun aliran arus elektrik itu akan mengalir mengikut bentuk pesawat dan keluar ke belakang.

Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain sempat menemplak laporan berita luar negara yang membuat berita yang cukup “nonsense & dongeng” apabila mengatakan pesawat MH370 MAS Malaysia Airlines telah pergi ke Rusia sedangkan untuk ke sana MH370 perlu melepasi Banjaran Himalaya termasuk pancaran radar dari Turki, Uzbekistan, Turkmenistan

Radar-radar di negara Thailand, India, Myanmar (mungkin) dan negara-negara ‘tan’ di belakang, amat serius dan akan mengambil tindakan jika berlaku sebarang aircraft yang tidak dikenali di dalam airspace mereka. Negara seperti ini, sangat berbahaya jikalau dapat mengesan pesawat yang menceroboh kedaulatan negara mereka. Kecanggihan peralatan ketenteraan mengawasi ruang udara negara mereka tidak boleh dipermainkan. Begitu juga radar negara India “sangat-sangat berbahaya”.
Jangan tidak tahu, negara seperti di Singapura radar sangat hebat mereka mampu mengesan sehingga ke Kota Kinabalu.

Hanya pilot sahaja yang boleh mematikan transponder atau mmsg dalam mode tertentu.
Dan hanya orang yang berpengalaman mengenai koordinat dan tahu susuralur setiap jalan di udara.
Cara plane MH370 buat turning back seperti profesional kerana masa tepat dan kelajuan plane stabil, tidak laju, tidak perlahan dan tidak terhuyung-hayang.

MH370 Dirampas Pengganas?

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) tidak mungkin dilakukan seorang. Pasti ada yang membantu yang mana bergerak dalam kumpulan. Siapakah dia?

MH370 hijacked (MH370 dirampas) boleh berlaku dengan syarat kumpulan tersebut arif dengan kokpit, besar kemungkinan “authorised person” di mana dilakukan dalam bentuk terancang yang ‘mungkin’ digerakkan ala-ala komando.

Datuk Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain mengatakan kapal terbang MH370 berpatah balik, mungkin diterbangkan oleh org yang mahir dengan laluan dan sangat berkemahiran tinggi untuk mengelakkan dari dikesan radar.

Andaikata MH370 hijacked (MH370 dirampas) sekalipun tidak akan dilakukan oleh penumpang. Sangat tipis kerana pintu masuk kokpit ada kod rahsia. Hanya kabin krew yang tahu kod rahsia itu. Apatah lagi, di dalam kokpit mempunyai CCTV unttk pilot/co pilot melihat disebalik pintu tersebut.
Tetapi Kapten Nik Huzlan Nik Ahmad Hussain ada mengatakan sekiranya salah seorang penumpang adalah org yang sangat arif tentang kapal terbang, dan memang ada agenda konpirasi tersendiri, jadi tidak mustahil berlaku insiden MH370 hijacked (MH370 dirampas).

Sekiranya berlaku rampasan Mh370 sekalipun, mereka masih ada masa untuk bersedia menghantar isyarat kecemasan.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain tidak menolak kemungkinan sekiranya MH370 dirampas oleh kabin krew (pilot/co-pilot/pramugara/pramugari), cuma tidak dipastikan apa motif mereka.

Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain mendedahkan jikalau MH370 pergi arah Kazakhtan, memang boleh mendarat di sana,tetapi radar masih boleh kesan sebab untuk pergi kesana perlu melalui banyak negara
Jikalau MH370 pergi Lautan Hindi (Indian Ocean), memang tiada kapal terbang yang pernah lalu sana.
Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain juga ada mengatakan bahawa terdapat banyak radar yang boleh detach MH370. Jika MH370 turn over ke arah barat menuju ke Andaman Sea (Laut Andaman) Jika MH370 turun ke bawah menuju ke Diego Grasia ke arah apa yang dipanggil ‘lonely sea‘ iaitu Lautan Hindi, baru kata kapal terbang MH370 hilang. Kerana tiada radar yang berdekatan sana yang mampu menangkap dan mengesan pesawat MH370 ini.

Akhir sekali, Datuk Kapten Nik Huzlan menyatakan bahawa, Kapten Zaharie adalah antara juruterbang terbaik yang Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain pernah kenal selama kurang lebih 30 tahun.

Insiden MH370, mengingatkan dunia tragedi pesawat jenis Airbus 330-203 milik Air France yang terhempas ke dalam laut di perairan dengan Rio de Janeiro pada 1 Jun 2009 tetapi bangkai pesawat itu hanya ditemui dua tahun kemudian. – SUMBER Berita Semasa dan MyNewsHub

Tuesday, March 18, 2014

#MH370 ; Apa fakta perlu tahu selepas seminggu pencarian MH370?



sumber Malaysia Insider

Ia masih lagi menjadi misi pencarian yang terbesar – melibatkan beberapa dozen pesawat dan kapal laut di lautan luas dan ribuan lagi menggunakan carian internet melalui imej carian terkini satelit – namun pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 masih gagal ditemui.

Pesawat Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang itu lenyap genap seminggu lalu ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, namun carian di Laut China Selatan sehingga ke Lautan Hindi masih gagal mengesannya.

Tiada sebarang serpihan di mana-mana lokasi di laut mahupun daratan. Tiada petanda badan pesawat yang besar dengan nombor pendaftaran 9M-MRO di dasar lautan atau diletakkan di mana-mana antara 634 laluan berikutan kapasiti bahan apinya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kepada keluarga dan media hari ini masih tiada sebarang lokasi atau nasib pesawat kecuali pencarian diluaskan ke sempadan Kazakhstan and Turkmenistan sehingga ke Lautan Hindi, dan operasi di Laut China Selatan dihentikan.

Sehingga hari ini 14 negara, 43 kapal laut dan 58 pesawat udata terlibat dalam misi mencari pesawat berkenaan yang kali terakhir dihubungi pada 8.11 pagi pada Sabtu.

Sebelum itu, seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata penyiasat menyimpulkan salah seorang juruterbang, ataupun seseorang yang berpengalaman mensabotaj pesawat MH370.

Associated Press memetik pegawai yang enggan dinamakan dan terlibat dalam penyiasatan berkata, sabotaj bukan lagi teori, sebaliknya "konklusif". Najib bagaimanapun tidak mengulas lanjut perkara itu.

Ketika pendedahan terbaru Najib itu, berikut adalah beberapa perkara yang kita tahu dan tidak mengenai pesawat MH370, yang kini dikenali sebagai "misteri penerbangan yang tidak pernah berlaku" sebelum ini.

Apa yang kita tidak tahu:

* Lokasi sebenar pesawat MH370. Ia hilang disekitar kawasan utara Selat Melaka selepas ping terakhirnya pada jam 8.11 pagi, 8 Mac 2014.
* Keadaan semua 227 penumpang dan 12 krew penerbangan.
* Pihak yang mengemudi MH370 selepas hilang daripada radar.
* Pihak yang mematikan talian komunikasi pesawat pada 1.07 pagi dan transponder pada 1.21 pagi, Sabtu lepas.
* Motif kehilangannya. Masih lagi menjadi teka-teki.
* Sama ada di utara atau selatan Selat Melaka.
Misi mencari dan menyelamat kini terarah ke kawasan utara koridor dari Thailand ke Kazakhtan/Turkmenistan dan selatan koridor dari Indonesia ke Lautan Hindi.
Apa yang kita tahu:
* Pesawat tidak berada di Laut China Selatan. Misi pencarian dihentikan meskipun terdapat penemuan beberapa tompokan minyak, serpihan dan gelombang seismos.
* Sistemnya dimatikan dengan sengaja berasingan sebelum hilang.
* Pesawat tidak memasuki ruang udara Vietnam.
* MH370 mempunyai 7.5 jam baki bahan api pesawat apabila ia hilang.
* Tidak terhempas ketika hilang.
* Mengubah haluan dan ketinggian
* Pesawat itu merentasi Semenanjung Malaysia di sempadan Thailand
* Kali terakhir komunikasi dengan sistem pesawat pada 8.11 pagi, Sabtu, hampir tujuh jam selepas hilang daripada radar.
* Terdapat dua warga Iran menggunakan pasport palsu dengan kerakyatan Itali dan Austria yang dicuri di Thailand sekitar dua tahun lalu.
* Seorang lelaki mempunyai pasport dengan nombor siri yang sama dengan seorang warga China di Fujian, China.
* Interpol berkata terdapat beberapa penumpang dengan pasport yang meragukan.
* Terdapat penulis kaligrafi China, pegawai kerajaan, pasangan bercuti, dua orang bayi dan 20 pekerja kilang elektronik Freescale dalam pesawat.
* Ia pesawat berkongsi kod China Southern Airlines. Dua lelaki menggunakan pasport palsu membeli tiket mereka bersama melalui ejen di Pattaya, Thailand sehari sebelum berlepas.
* Kehilangan pesawat membawa perhatian kepada lingkaran khusus mencuri dan menjual pasport curi di Thailand.
* Juruterbangnya berusia 53 tahun dengan 18,000 jam rekod penerbangan dan mempunyai simulator pesawat B777 di rumahnya. Kediamannya diserbu hari ini.
* Pembantu juruterbang berusia 27 tahun dengan rekod penerbangan 2,700 jam.

* Malaysia Airlines adalah salah satu syarikat penerbangan paling selamat di dunia selepas Qantas dan Singapura Airlines. Hanya dua insiden kemalangan direkodkan setakat ini, dengan salah satunya disabotaj

#MH370 : Video Tribute To Captain Zaharie Ahmad Shah oleh ahli keluarga




Sebuah video Tribute to Captain Zaharie Ahmad Shah dipercayai dihasilkan oleh ahli keluarga beliau mendapat perhatian warga media sosial yang turut sama bersimpati ke atas nasib warga pesawat #MH370.

 Turut dimuatkan video yang menunjukkan Captain Zaharie dan Co-Pilot Fariq melepasi pemeriksaan keselamatan di KLIA sebelum menaiki pesawat.

#PrayForCaptainZaharie

#PrayForMH370


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews