INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, November 16, 2009

Zaman jakun kembali -Pengarah PSP ditukar

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

sumber Harakah.

PERMATANG PAUH, 15 Nov: Pengarah Politeknik Seberang Perai, Norazahan Othman telah ditukar ke Jeli, Kelantan dipercayai akibat tindakan beliau membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri di situ pada 3 Oktober lalu.


Hari ini, pihak pengurusan Politeknik Seberang Perai yang terletak di Jalan Permatang Pauh didakwa telah mengadakan jamuan perpisahan terhadap beliau.Beliau dijangka akan berpindah ke negeri asal dalam masa terdekat.Pertukaran itu juga didakwa dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan atas desakan pihak yang tidak senang dengan sikapnya yang dilihat 'pro-pakatan'.

Pada 3 Ogos lalu, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengadakan Majlis jamuan Aidil Fitri dan turut di hadiri oleh Tuan Yang Terutama, Tun Datuk Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas.Satu sumber mendakwa, sebuah parti politik pembangkang Pulau Pinang tidak dibenarkan menggunakan dewan Politeknik tersebut kerana tidak menjelaskan bayaran tunggakan sewaan program yang pernah dibuat.

Tindakan Norazahan yang membenarkan kerajaan negeri menggunakan dewan politeknik itu pula mungkin dilihat bahawa beliau pro pakatan. Kerana bertindak atas sikap profesionalnya, ada pihak didakwa telah tidak senang dan telah berusaha menukar beliau.

1 comment:

Generasi Pejuang Bangsa said...

Haprak Daily ini penipu !!! dia tak tau apa tentang PSP ,jadi tok sak dok cakap

Azahan adalah anak kelantan dan dia datang menjadi Pengarah PSP sejak 2006 . Beliau bukan ditukarkan sepeti yang haprak daily ini buat fitnah ..

sumber dari staf PSP sendiri memaklumkan Azahan tiada semasa program hari raya itu yang dianjurkan olek SUK di dewan PSP ..keputusan dibuat oleh pegawai2 di PSP .

haji azahan bertukar ke negeri asalnya kerana pertukaran biasa dan juga beliau ingin ke kampung halaman setelah bertahun menabur bakti di negeri orang. Pertukaran Azahan tiada kena mengena pun dgn program SUK itu ..

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews