INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, November 30, 2009

UMNO BN PP belajar berdemo di Dewan DUN PP

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

PULAU PINANG: Sekumpulan lebih 100 orang (orang UMNO dan BN) yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan negeri hari ini mengadakan demonstrasi di luar pagar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini.

Tindakan mereka yang membuat kecoh sambil menghamburkan kemarahan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng dan kerajaan di bawah kepimpinannya itu bukan sahaja menarik perhatian anggota Dewan, malah turut mengundang perhatian orang ramai yang lalu lalang di kawasan berhampiran.

Gelagat mereka yang berdiri di tengah jalan dan menghalang laluan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar Lebuh Light dan Padang Kota Lama selama hampir sejam.

Perhimpunan yang bermula sekitar pukul 12 tengah hari yang turut disertai beberapa pemimpin dan anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) serta penduduk Kampung Buah Pala, juga menyaksikan potret Ketua Menteri dibakar, gesaan supaya Ketua Menteri letak jawatan diutarakan, dan kata-kata "kerajaan negeri penipu" dilaungkan.

Bagaimanapun perjalanan sidang DUN tidak terjejas dengan demonstrasi itu dan Speaker Datuk Abdul Halim Hussain mengarahkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya meneruskan sesi soalan lisan.

Polis bagaimanapun berjaya menyuraikan kumpulan berkenaan dan seorang pemimpinnya dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai yang terletak kira-kira 100 meter dari DUN untuk diambil keterangan berhubung kejadian itu. Sebelum kekecohan tercetus, Pengerusi Pertubuhan Kampung Buah Pala, M. Sugumaran sempat menyerahkan memorandum berhubung nasib sembilan penduduk kampung yang tidak menandatangani surat tawaran rumah teres dua tingkat daripada pemaju kepada Ketua Menteri.

** Tahniah UMNO dan BN PP kerana sudah mula berjinak-jinak dengan demonstrasi jalanan dan ini boleh dikira sebagai melanggar amanat pemimpin besar UMNO yang mengatakan demonstrasi bukan budaya di negara kita. Tetapi di PP, UMNO dan parti komponen lain mula melihat demo sebagai cara untuk menghantar mesej jelas kepada kepimpinan negeri.Cuma yang perlu digilap ialah bakat mengepalai perhimpunan dilihat masih kurang berbakat cthnya Norman Zahalan KP UMNO PP yang cakap entah apa-apa di media TV3. Sepatutnya beliau menekankan isu-isu yang dibangkitkan kepada media tetapi melalut cakap KM PP penipu dan tidak membuat apa-apa untuk rakyat PP.

Norman Zahalan perlu berjumpa orang lama demo seperti Mat Sabu, Tian Chua ,Ibrahim Ali dan Chegu Bard yang banyak makan garam bab berdemo. Demonstrasi itu dikira akan lebih menarik jika FRU melepaskan gas pemedih mata atau air dari water cannon dan dari situ boleh merasa pengalaman dan kenikmatan berdemo di Malaysia.



Tetapi oleh kerana diketuai UMNO dan BN maka layanan istimewa diberikan dan diiktiraf sebagai perhimpunan aman dan bukannya perhimpunan haram. Lihat lah pembakaran poster LGE di jalan raya dan adakah ini dikira aman? Saya yang pernah menyertai perhimpunan bantahan PPSMI yang aman tanpa pembakaran pun dikira sebagai haram. Kami diserang dengan gas pemedih mata dan water cannon sehingga memaksa kami berkubu di Masjid Negara.

Kerana mereka UMNO dan BN dihalalkan !....selamat berdemo !







No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews