INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Monday, December 12, 2011

Di lema sebagai Engineer atau Jurutera mencari cinta?




@ Pantherian - Menarik menonton video pendek "Hi I'm An Engineer" yang menceritakan kepada kita seorang anak muda bernama Khai, seorang Civil Engineer yang menghadapi kesukaran untuk mendapat teman wanita kerana ditolak wanita oleh sebab kerjayanya sebagai Engineer.

Mengikut pengalaman saya sebagai Engineer, sememangnya ada persepsi oleh wanita dan orang ramai terhadap kerjaya Engineer yang terkenal dengan Busy, Workholic ,Working First, Overtime,Standby/Oncall dan headache. Wanita susah untuk menerima Engineer di atas sebab kesibukannya malah mungkin terpaksa kerja lebih masa atau kena datang Sabtu/Ahad.Engineer juga tidak smart atau bergaya seperti staff pejabat yang bertali leher kerana kebanyakannya bekerja banyak di  project site dan Production line.

Selain itu, gaji jurutera di sesetengah tempat terutama di Malaysia adalah rendah  dan ia tidak padan dengan beban kerja atau keputusan penting yang perlu dibuat. Kalau dibandingkan dengan gaji doktor atau Pegawai Bank ternyata tertinggal ke belakang.

Tahniah kepada pengarah dan penerbit filem pendek ini !





Friday, October 7, 2011

EX CEO Petronas TS Hassan Marican terbuang di Malaysia, diburu syarikat US dan Singapura

Hassan Marican, who retired as Petronas CEO last year because of friction with the Najib administration, has accepted another directorship outside Malaysia, this time at US oil and gas giant ConocoPhillips.

Since leaving Petronas at the beginning of last year, Marican has accepted several directorships with Singapore GLCs including at Sembcorp, SembCorp Marine and Singapore Power.ConocoPhillips said today that Marican was appointed as a new outside director effective December 1, 2011.

ConocoPhillips is a global integrated energy company. The company is headquartered in Houston with approximately 29,900 employees, US$160 billion (RM506.05 billion) of assets and US$244 billion in annualised revenues as of June 30, 2011.

@Pantherian - Tertarik membaca berita mengenai TS Hassan Marican yang menjadi buruan gergasi besar syarikat minyak US seperti Conoco Philips untuk menjawat jawatan besar di firma terbabit. Beliau kini menjadi Pengarah di beberapa syarikat GLC Singapura  seperti Sembcorp, SembCorp Marine dan Singapore Power.

Sedih melihat orang luar kebanyakan negara bukan Islam dapat menilai kebolehan dan kemampuan tokoh perniagaan Melayu tersohor seperti TS Hassan Marican. Beliau sepatutnya dilantik menjadi penasihat atau ahli lembaga pengarah syarikat GLC dalam negara kerana pengalaman dan kebolehan beliau mampu dimanfaatkan untuk kepentingan pembangunan negara.

Selepas persaraan beliau, banyak orang memperkatakan kontrak Petronas berkaitan Oil & Gas banyak diberi kepada syarikat kroni. Dulu zaman Pak Lah terkenal dengan syarikat anaknya iaitu Scomi ,kini ia diambilalih oleh Kenchana Petroleum milik anak Mahathir.





Wednesday, November 24, 2010

Trip Vietnam & Korea










Sekarang saya berada di luar negara , minggu lepas di Quang Nam,Vietnam dan kini di Siheung City, Seoul, South Korea atas urusan kerja.
Di Seoul sekarang heboh berita North Korea attack sebuah pulau kecil di South Korea. Saya bersama rakan sekerja berada lebih kurang 40km daripada sempadan North Korea dan South Korea.
Saya dan rakan semua selamat di sini dan akan pulang ke Malaysia InsyaALLAH pada jam 11 pagi di Korea.








Tuesday, August 11, 2009

Kerjaya di Industri

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Masuk harini , sudah seminggu lebih saya bekerja di Philips Lumileds Lighthing Sdn Bhd yang terletak di FIZ , Bayan lepas, Penang. Alhamdulillah, semua rakan sekerja memberi kerjasama yang baik kepada saya yang masih dalam proses belajar untuk mempelajari sistem pengurusan di Production Rebel Line dan hal-hal yang berkaitan dengannya.

InsyaALLAH di entri yang lain saya akan menerangkan kebaikan lampu LED yang kini menjadi trend pilihan industi seperti automotive, barangan rumah, ICT dan lain-lain lagi.Gambar di atas ialah contoh produk lampu LED jenis putih.

Never before possible, possible !!




Friday, July 24, 2009

Kerjaya di kala ekonomi suram

Akhirnya saya sudah mendapat juga pekerjaan di Philips Lumileds Sdn Bhd yang terletak di Bayan Lepas setelah tamat belajar pada bulan 6 lepas. Saya telah ditugaskan di bahagian pengeluaran (Production) dan bekerja secara kontrak selama 6 bulan dengan gaji yang saya kira lumayan.

Hari mula bertugas ialah 3hb Ogos pada jam 8.30am dan selepas itu saya mungkin akan bekerja secara syif kerja 7am -7pm dan 7pm-7am dan kerja 4 hari dan 3 hari cuti. Sebelum mula bekerja ini, saya akan mentelaah nota-nota berkaitan production dari Continental Automotive Sdn Bhd yang diambil semasa menjalani latihan industri dahulu.

Pada 8hb pula, saya akan ke KL untuk menghadiri Ujian Bertulis Khas untuk Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (SPA). Nampaknya persediaan rapi perlu giat dilakukan. Diharap semuanya berjalan lancar ke KL pada 8hb nanti.













Monday, April 13, 2009

Gaji dalam keadaan krisis ekonomi

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Saya baru sebentar tadi usai menghadiri interview di sebuah syarikat pembuatan barangan plastik di Prai pada jam 10 pagi.Sesi interview itu agak relax dan tidak formal dimana penemuduga hanyalah seorang sahaja dan berlangsung lebih kurang 20 minit.Saya berasa beruntung mendapat call for interview dikala belum menghabiskan pengajian di universiti dan merasakan ini peluang terbaik untuk mendapatkan pekerjaan.

Semasa sesi interview tersebut, saya menjawab soalan penemuduga dengan baik dan lancar dimana soalannya banyak berkisar mengenai tesis ,latihan industri dan sedikit mengenai proses "injection molding". Tetapi saya agak terkilan dimana beliau mempersoal tangga gaji yang diminta saya dan mengatakan RM 2200 adalah terlalu tinggi dengan mengambil kira faktor ekonomi sekarang.Syarikat hanya dapat menawarkan gaji hanya dalam lingkungan RM1500 iaitu tangga gaji diploma dalam bidang kejuruteraan.Akhirnya saya negotiate dengan beliau dengan request gaji sehingga RM1800. Anyway, it up for company to decide...

Ini merupakan interview pertama bagi saya dan dapat melihat kesan ketara krisis ekonomi terhadap pekerja swasta dalam bidang teknikal seperti saya yang bergelut dengan tangga gaji yang ditawarkan.Dengan keadaan taraf hidup sekarang yang tinggi, pendapatan antara faktor penting yang dititikberatkan dalam memilih pekerjaan kerana untuk mrnyara perbelanjaan harian dan keluarga.

Antara calon interview tadi adalah seorang engineer dari kilang plastik yang memohon jawatan tersebut kerana kilangnya di Kulim akan berpindah ke Nilai.Beliau memperlihatkan seorang calon yang berpengalaman bekerja dan mungkin agak senang baginya untuk mendapat jawatan tersebut.Sebelum sesi interview itu beliau sempat mengatakan kepada saya kemungkinan tangga gaji beliau request ialah lebih RM2500 mengambil kira faktor keluarganya.Saya kira beliau juga turut bermasalah dengan tangga gaji yang ditawarkan.






Saturday, October 18, 2008

Cerita disebalik Karnival Kerjaya UKM 08

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Awal pagi harini , saya dan rakan pelajar dari FKP bertolak ke UKM untuk menghadiri Karnival Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2008 yang berlangsung di UKM selama 3 hari bermula semalam. Kami bertolak seawal jam 8 pagi dari Kampus Industri dengan menaiki bas UTeM dan dijangka pulang bertolak ke Melaka pada jam 5 petang.

Saya melihat karnival ini sebagai platform terbaik untuk bertemu dengan wakil industri bertanya bidang kerjaya yang ditawarkan dan melalui proses temuduga yang diadakan.Saya lebih berminat kepada syarikat multinasional yang terkenal iaitu Motorola ,Sony ECMS dan Denso kerana latarbelakang syarikat yang kukuh.Saya sempat menjalani seisi walk interview dengan Denso dan ini merupakan seisi interview saya yang pertama untuk memohon kerja.Alhamdulliah lega juga mengharungi sesi tersebut dan dapat menjawab pertanyaan HR Denso itu dengan baik.Jika resume saya berjaya,mungkin akan dipanggil untuk seisi kedua temuduga dengan Engineering Department dalam 3 minggu lagi.


Tetapi yang menariknya di Karnival Kerjaya UKM itu ada berlaku sesuatu yang menarik semalam dimana sekumpulan pelajar berkumpul beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi,Dato Seri Khalid Nordin.Sila ikuti laporan dibawah .

Bangi (17 OCT) :Selepas menanti-nanti saat untuk bertemu serta menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khalid Bin Nordin, akhirnya pada hari ini mahasiswa berpeluang menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau.

Penyerahan memorandum ini dilakukan sebaik sahaja beliau selesai merasmikan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008, di Dataran Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh semua wakil Universiti seluruh negara.

Lebih kurang 500 orang mahasiswa daripada seluruh IPT tanah air, lengkap berpakaian hitam bersama sekuntum bunga putih di tangan menandakan tanda protes kepada KPT. Himpunan ini dihadiri oleh SMM, GAMIS, DEMA, BBMN dan beberapa angkatan mahasiswa yang lain.

Kelompok mahasiswa ini di pecahkan kepada beberapa kumpulan, di mana sebaik sahaja Dato’ Seri Khalid Nordin bangun dari khemah untuk masuk ke dalam DECTAR, mahasiswa bergerak mengepung beliau dari arah depan dan belakang sambil melaungkan “Student Power”.

Memorandum menuntut supaya KPT mengumumkan tarikh PRK dan di adakan pilihan raya secara bersih dan adil ini di serahkan oleh Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (Gabungan Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Nasional), iaitu Saudara Mohd Hilman.

Walaupun pasukan keselamatan UKM bertindak kasar, namun begitu mahasiswa tetap tidak berganjak. Beberapa orang pemimpin mahasiswa di cekak leher baju mereka, namun begitu tindakan provokasi ganas tersebut tidak dibalas dengan reaksi ganas oleh mahasiswa.

Hal demikian kerana mahasiswa berhimpun secara aman adalah semata-mata mahu menuntut keadilan, bukannya mahu mencetuskan kontroversi. Walaupun di ugut dengan kehadiran beberapa buah kereta peronda dan trak polis, tetapi masing-masing kelihatan bersemangat melaungkan “Student Power”.

Menurut Pengerusi SMM Saudara Mohd Haafizuddin Bin Abirerah, rancangan mengadakan himpunan untuk menyerahkan memorandum ini di adakan secara rahsia dan teliti. Ini memandangkan sebelum ini Dato’ Seri Khalid Nordin sering mengelak daripada bertemu dengan mahasiswa. Ujar beliau, sebagai contoh keadaan ini berlaku semasa himpunan membantah AUKU di parlimen dan himpunan aman di hadapan KPT baru-baru ini dimana beliau enggan bertemu dengan wakil mahasiswa.-mahasiswakini

www.kampusnegara.net/



LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews