Saya melihat karnival ini sebagai platform terbaik untuk bertemu dengan wakil industri bertanya bidang kerjaya yang ditawarkan dan melalui proses temuduga yang diadakan.Saya lebih berminat kepada syarikat multinasional yang terkenal iaitu Motorola ,Sony ECMS dan Denso kerana latarbelakang syarikat yang kukuh.Saya sempat menjalani seisi walk interview dengan Denso dan ini merupakan seisi interview saya yang pertama untuk memohon kerja.Alhamdulliah lega juga mengharungi sesi tersebut dan dapat menjawab pertanyaan HR Denso itu dengan baik.Jika resume saya berjaya,mungkin akan dipanggil untuk seisi kedua temuduga dengan Engineering Department dalam 3 minggu lagi.
Tetapi yang menariknya di Karnival Kerjaya UKM itu ada berlaku sesuatu yang menarik semalam dimana sekumpulan pelajar berkumpul beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi,Dato Seri Khalid Nordin.Sila ikuti laporan dibawah .
Bangi (17 OCT) :Selepas menanti-nanti saat untuk bertemu serta menyerahkan memorandum kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Khalid Bin Nordin, akhirnya pada hari ini mahasiswa berpeluang menyerahkan memorandum tersebut kepada beliau.
Penyerahan memorandum ini dilakukan sebaik sahaja beliau selesai merasmikan Karnival Kerjaya Kebangsaan 2008, di Dataran Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia yang dihadiri oleh semua wakil Universiti seluruh negara.
Lebih kurang 500 orang mahasiswa daripada seluruh IPT tanah air, lengkap berpakaian hitam bersama sekuntum bunga putih di tangan menandakan tanda protes kepada KPT. Himpunan ini dihadiri oleh SMM, GAMIS, DEMA, BBMN dan beberapa angkatan mahasiswa yang lain.
Kelompok mahasiswa ini di pecahkan kepada beberapa kumpulan, di mana sebaik sahaja Dato’ Seri Khalid Nordin bangun dari khemah untuk masuk ke dalam DECTAR, mahasiswa bergerak mengepung beliau dari arah depan dan belakang sambil melaungkan “Student Power”.
Memorandum menuntut supaya KPT mengumumkan tarikh PRK dan di adakan pilihan raya secara bersih dan adil ini di serahkan oleh Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (Gabungan Majlis Perwakilan Pro-Mahasiswa Nasional), iaitu Saudara Mohd Hilman.
Walaupun pasukan keselamatan UKM bertindak kasar, namun begitu mahasiswa tetap tidak berganjak. Beberapa orang pemimpin mahasiswa di cekak leher baju mereka, namun begitu tindakan provokasi ganas tersebut tidak dibalas dengan reaksi ganas oleh mahasiswa.
Hal demikian kerana mahasiswa berhimpun secara aman adalah semata-mata mahu menuntut keadilan, bukannya mahu mencetuskan kontroversi. Walaupun di ugut dengan kehadiran beberapa buah kereta peronda dan trak polis, tetapi masing-masing kelihatan bersemangat melaungkan “Student Power”.
Menurut Pengerusi SMM Saudara Mohd Haafizuddin Bin Abirerah, rancangan mengadakan himpunan untuk menyerahkan memorandum ini di adakan secara rahsia dan teliti. Ini memandangkan sebelum ini Dato’ Seri Khalid Nordin sering mengelak daripada bertemu dengan mahasiswa. Ujar beliau, sebagai contoh keadaan ini berlaku semasa himpunan membantah AUKU di parlimen dan himpunan aman di hadapan KPT baru-baru ini dimana beliau enggan bertemu dengan wakil mahasiswa.-mahasiswakini
www.kampusnegara.net/
No comments:
Post a Comment