INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, January 17, 2011

Naza mahu bina kilang pemasangan Chevrolet di Malaysia



KUALA LUMPUR 16 Jan. - Kumpulan Naza sedang menimbang tawaran beberapa kerajaan negeri yang menawarkan lokasi untuk menempatkan kilang pemasangan kereta syarikat konglomerat itu.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, tawaran itu sedang dipertimbangkan dalam usahanya mengembangkan perniagaan terutamanya mendirikan kilang pemasangan.

Beliau, bagaimanapun enggan menamakan kerajaan-kerajaan negeri terbabit.

Utusan Malaysia difahamkan Kerajaan Melaka turut menyatakan kesediaannya untuk membantu Kumpulan Naza menempatkan kilang pemasangan kereta terbaharunya setelah berjaya memikat pengeluar kereta Honda beroperasi di sana.

Difahamkan tawaran itu belum mempunyai kata putus kerana, SM Faisal juga dikatakan masih menilai beberapa buah lokasi lain yang dilihat kompetitif, efisien dan berdaya maju untuk sebuah kilang baru.

Menurut SM Faisal, pembinaan sebuah kilang baharu dikatakan memerlukan pelaburan RM400 juta termasuk kos bangunan, tanah, peralatan dan kos-kos lain.

"Perancangan pembinaan kilang baharu itu bertujuan untuk memasang kereta Chevrolet selepas Kumpulan Naza menerusi anak syarikatnya, Naza Quest Sdn. Bhd., menjadi pengedar tunggal kereta-kereta Chevrolet di negara ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Berikutan kejayaan mendapat hak pengedaran kereta Chevrolet di negara ini dari General Motor Corp. (GM) Amerika Syarikat (AS), Naza bercadang untuk membina sebuah kilang pemasangan kereta itu di Malaysia.

Ketika ini, Kumpulan Naza memilik sebuah kilang pemasangan kereta di Gurun Kedah yang memasang kereta jenama Kia dan Peugeot dengan kapasiti pengeluaran kira-kira 50,000 buah setahun.

Selain itu, Kumpulan Naza turut memiliki sebidang tanah di Bertam Pulau Pinang yang disasarkan untuk menempatkan sebuah kilang pemasangan yang belum dibangunkan.

Menurut SM Faisal, pihaknya merancang memasang model Chevrolet Cruze dalam tahun ini secara pemasangan komponen secara terurai (CKD) dengan kemungkinan menggunakan kemudahan kilangnya di Gurun.

Ditanya bilakah keputusan akan dibuat, beliau berkata, Kumpulan Naza sedang meneliti secara serius beberapa tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan negara yang berkaitan dan berharap dapat dimuktamad segera.

Beliau menambah, keputusan untuk menyegerakan penubuhan kilang itu akan memudahkan kemasukan dan mengukuhkan jenama Chevrolet di pasaran negara ini.

Ketika ini, kata SM Faisal, terdapat 16,000 buah kereta Chevrolet berada di jalan raya dipasarkan di bawah usahasama GM Motor dengan DRB-Hicom sebelum diambilalih oleh Kumpulan Naza.

Rancangan memasang model Chevrolet Cruze bertujuan mengimbangi permintaan untuk model kereta sedan itu, sekali gus mengubah komposisi penguasaan jenama tersebut di pasaran tempatan.

Beliau berkata, ketika ini tahap penguasaan pasaran Chevrolet masih lagi kecil tetapi melalui usaha membawa masuk beberapa model baharu pada masa akan datang akan memberikan kesan kepada pasaran dan permintaan pengguna.

"Beberapa barisan model terbaharu nanti amat istimewa, saya tidak boleh mendedahkannya sekarang tetapi apa yang pasti ia menarik dan memenuhi cita rasa pengguna," tambah SM Faisal.

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews