INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, November 2, 2010

Batu Sapi - Cerita kemiskinan rakyat di negeri kaya dengan minyak


Dari TV Selangor

Pilihan Raya Kecil Batu Sapi membuka peluang kepada rakyat, media dan juga para pemimpin parti dan negara menilai sendiri pembangunan di kawasan ini.

Dalam satu sidang media pagi tadi yang diadakan di Bilik Gerakan Utama PKR Bandar Ramai-Ramai di sini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pilihan raya ini merupakan satu kesempatan untuk rakyat melihat perbezaan sebenar pembangunan antara kawasan kaya dan kawasan miskin di sini.

“Beberapa kawasan di Batu Sapi mewakili kawasan paling miskin di negara ini, oleh itu, komitmen kita dalam Pakatan Rakyat ialah merubah pendekatan dan dasar pembangunan pusat,” jelas beliau.

Beliau juga menyuarakan kegembiraan kerana dapat menonjolkan seorang calon yang cukup lantang, Ansari Abdullah, seorang peguam yang mampu membela nasib warga tempatan di sini dan tidak diselubungi apa-apa kontroversi selain isu remeh yang dibangkitkan oleh para penceramah Umno-Barisan Nasional(BN) berkenaan Ansari jatuh ke laut.

“Dia dah bagi penjelasan bahawa bukan dia jatuh, jeti yang jatuh. Saya semalam pergi kampung, jalan tu memang dah lama, tinggal ronggeng, terpaksa ronggeng untuk masuk laluan ini. “Memalukan, memang memalukan pimpinan negeri Sabah dan Malaysia bila rakyat dilayan begitu rupa,” tegas beliau.

Katanya lagi, penduduk di kampung-kampung pedalaman Batu Sapi yang sememangnya miskin diberi layanan oleh kerajaan Umno-BN seolah-olah mereka ini rakyat kelas ketiga.

“Sudah miskin tetapi masih ditekan begitu rupa juga hanya kerana RM50 di saat akhir yang dijanjikan,” kata beliau lagi.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews