INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, June 14, 2010

Tanah kerajaan gadai kepada kroni UMNO

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle





Tanah Sentul kepada YTL....

Tanah Kem Tentera Udara Sg besi kepada Anak Cina umur 20an, Jho Low dan Datuk Desmond Lim.

Tanah Penjara Pudu kepada Raja Judi, Vincent Tan



Petikan ucapan perbahasan Ketua Pembangkang di Parlimen mengenai RMK 10.

Dari segi hartanah, kerajaan mengumumkan skim pembangunan secara usahasama dengan swasta tanah-tanah bernilai negara termasuklah Kem Tentera Udara Sungai Besi yang dianggap plot hartanah paling berharga di Kuala Lumpur yang belum dikomersilkan.

Kerajaan juga akan membangunkan tanah-tanah milik kerajaan seluas 3,000 ekar di Sungai Buloh dan plot hartanah milik kerajaan di tengah-tengah Segitiga Emas iaitu di Jalan Ampang, Jalan Stonor dan Jalan Lidcol.

Siapa yang akan mendapat durian runtuh kali ini? Sebelum ini, langkah penswastaan hartanah sebegini menyaksikan YTL diberikan hak untuk mengambil alih dan membangunkan tanah kerajaan di Sentul tanpa melalui proses tender terbuka. Apa tidak boleh kalau kerajaan melibatkan komuniti tempatan dalam skim pembangunan semula agar rakyat berpendapatan rendah di Sentul turut mendapat manfaat, bukan sahaja YTL dan Tan Sri Francis Yeoh?

Bagi pembangunan di Sentul, YTL mengumumkan nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM7 billion yang melibatkan 7,000 unit perumahan dan komersil. Dari jumlah 7,000 unit itu, hanya 800 unit diperuntukkan bagi perumahan mampu milik, itu pun bukan perumahan rakyat termiskin sedangkan kawasan Sentul mempunyai golongan pendapatan rendah yang besar. Sebab itu kita mempersoalkan tabiat bersekongkol dengan kroni ini, kerana rekod mereka dalam membela rakyat sangatlah buruk sedang mereka bersenang lenang dengan harta rakyat.

Walaupun Model Ekonomi baru menwar-warkan tumpuan untuk membudayakan amalan tender terbuka, dalam diam-diam YAB Perdana Menteri menganugerahkan projek pembangunan semula kem tentera udara Sungai Besi kepada konsortium yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad dan Malton Berhad. 1MDB ini terpalit dengan seorang yang bernama Jho Low yang dianggap sebagai “lelaki misteri yang membelanjakan wang besar di kelab-kelab malam di New York” seperti laporan New York Post. Malton Berhad adalah syarikat yang berkait dengan Datuk Desmond Lim.

Adalah amat memalukan apabila YAB Perdana Menteri menggunakan Lembaga Tabung Amanah Tentera (LTAT) untuk dijadikan sandaran di dalam konsortium itu, sedangkan jelas ia adalah perancangan melelong harta rakyat kepada kroni pada harga yang tidak berpatutan.

Selain itu, plot hartanah di tapak Penjara Pudu, yang asalnya dimiliki oleh UDA kini telah diserahkan kepada syarikat yang berkait dengan Tan Sri Vincent Tan.

Saya pasti senarai harta kerajaan yang akan diserahkan kepada pihak tertentu atas nama penswastaan dan menggalakkan pelaburan swasta akan menjadi lebih panjang setiap bulan. Kalau benar pun penswastaan gelombang kedua ini perlu dilaksanakan, kenapa projek-projek ini berpusing di kalangan pihak yang sama? Di mana komitmen kerajaan untuk melaksanakan gelombang penswastaan ini secara telus dan melalui tender terbuka seperti yang diumumkan melalui NEM?

** Hahha semua dalam list dapat kat tokey -tokey Cina, kroni UMNO...habis harta Kerajaan digadai kepada kroni dan tokey-tokey besar Cina.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews