INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Wednesday, June 23, 2010

Ajaran Pengganas atau APCO?

Ajaran agama apakah dibawah ini?

Wahabi ?JIBee? Hadhari Bee? Hisyamusabee?Bik Mamabee ?


Kini sibuk pulak puak gerombolan UMNOAPCO yaang mendakwa negara kita ada pelampau agama ataupun terrorist . Ini semua propaganda atas nasihat Yahudi APCO yang mahu mengalih isu besar yang berlaku dalam negara. Lihat sidang media oleh MP PAS di Parlimen berkaitan isu pengganas ini.

PAS hari ini tidak menolak kemungkinan bahawa akan wujud tangkapan tanpa bicara menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang dan tokoh-tokoh agama, berhubung kewujudan semula gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI) di beberapa universiti tempatan.

“Mungkin akan ada tokoh-tokoh tertentu, tokoh politik atau tokoh-tokoh agama tertentu yang akan ditangkap disebabkan isu ini (JI) dan itulah yang menjadi kebimbangan kami semua,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Sehubungan itu ahli parlimen Kubang Kerian itu, menggesa kerajaan mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan berkenaan.

Katanya, jika gagal berbuat demikian, PAS akan mendedahkan dalil bahawa kerajaan sebenarnya berbohong.

“Kami semua selaku ahli parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen pada kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita,” katanya di lobi parlimen, pagi ini.

Menurut beliau berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh universiti, pihak kementerian dalam negeri gagal menjelaskan bukti-bukti wujudnya gerakan bawah tanah tersebut di beberapa universiti tempatan.

“Dalam satu taklimat tentang terorisme pada kementerian pengajian tinggi, saya diberitahu bahawa tidak ada satu pun bukti yang kukuh tentang isu wujudnya JI ini, semuanya lebih untuk mewujudkan persepsi kononnya ada gerakan keganasan di negara kita,” katanya.


Inilah yang saya panggil amalan politik menggila-gila oleh orang gila, kegilaan mereka semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat,” kata YB Mahfuz.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews