INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Thursday, June 11, 2009

Satu Malaysia, banyak sejarah

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle


Mutakhir ini, terdapat ungkapan yang keras berkaitan sejarah di dalam surat khabar. Sebagai zamil muda, saya tidak berani mahu menyertai perdebatan sebagaimana cara Dr. Collin Abraham dan Tan Sri Khoo Kay Kim: Sebagai graduan sarjana dalam bidang Perbandingan Politik Empayar, saya telah melihat kerosakan daripada perdebatan sejarawan dan ahli sosial sains. Bagaimanapun, jika saya berani mahu menyertainya, saya berpandangan bahawa kenyataan yang dipetik Tan Sri Khoo ialah daripada Hugh Clifford, bukan Ormsby-Gore (rujuk: Base conclusions on hard evidence, 29 April). Saya mungkin berkeras, tetapi ini berasaskan bukti.

Perbezaan pendapat seperti ini akan kelihatan bodoh apabila satu versi sejarah yang diajar di bilik darjah dianggap sebagai satu kebenaran mutlak tetapi itulah yang berlaku. Idea gila ini - yang sangat digemari oleh kaum fasis dan komunis - yang mengatakan bahawa rakyat hanya bersatu dengan satu kisah sejarah kebangsaan. Masih belum terdapat perbezaan kisah yang banyak dalam Kerajaan pimpinan Raja Henry VIII dan Ratu Victoria dan Inggeris seakan berpuas hati dengannya. Sejarah menjadi popular apabila berlaku perdebatan yang sihat dan kaya sama ada dalam atau luar dunia akademik - ia boleh ditonton dalam filem sejarah yang banyak diterbitkan. Ia sangat memberi inspirasi.

Untuk memulihkan keadaan memerlukan kita melakukan pembaharuan, termasuk kebebasan akademik dan persaingan dalam kurikulum persekolahan. Untuk waktu terdekat, kita boleh mulakan dengan meningkatkan pencarian kepada sejarah keluarga yang boleh menjadi sumber alternatif kepada sejarah masa lalu, dan saya adalah peminat rancangan BBC - Who Do You Think You Are? dan Photos for the Future dalam History International. Tetapi di Malaysia sangat sukar untuk mencabar sejarah rasmi. Buku teks dan ensiklopedia menunjukkan salasilah saya tiba di Negeri Sembilan pada 1773 tetapi penemuan terkini menunjukkan ia tidak tepat. Ia amat menyakitkan apabila saya tidak dapat meletakkan maklumat tepat di dalam teks dan saya membayangkan betapa kecewa ramai rakyat Malaysia yang mendapat maklumat dari sumber utama keturunan mereka bahawa sejarah di Malaysia telah rosak akibat kemalasan penyelidik akademik dan memenuhi kehendak politik. Jika kita benar seorang patriotik, kita harus tahu apa sebenarnya yang berlaku dan sebab itu saya selalu mengulang kalimat bahawa sejarah tidak bermula pada 31 Ogos 1957 tetapi lama sebelumnya!

Pada satu isi penting, saya bersetuju dengan Tan Sri Khoo: kedaulatan kita tidak pernah dipindahkan dari Raja Melayu kepada Raja British. Saya memiliki salinan perjanjian di antara Tuanku Muhammad dan Kerajaan Ratu Victoria dan sesungguhnya tidak ada fasal seumpamanya. Termasuk Perjanjian MacMichael, tidak ada perkataan tentang keperluan Kerajaan mewujudkan Malayan Union termasuk satu fasal yang memperakukan kesahan perjanjian yang ada. Selain Pulau Pinang, Melaka, Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak, kita tidak pernah menjadi tanah jajahan secara formal oleh British.

Isu pecah dan perintah juga telah dikembangkan secara berlebihan secara untuk menjustifikasi dasar awam. Ia tidak berlaku secara tuntas di kawasan lain seperti Terengganu dan di sebahagian yang lain ada berlaku perpecahan intra-kaum dan kerjasama antara-kaum di mana konflik dan kerjasama didorong oleh sebab lain misalnya Perang Sivil di Selangor. Pengertian perpaduan kaum agak sangsi; termasuk di kalangan orang Melayu: perpaduan budaya dan bahasa, mungkin, malah punya variasi tersendiri - sebagai seorang Minangkabau, tentu saya gembira untuk menerangkan banyak kelebihan adat perpatih - tetapi tentunya bukan perpaduan politik. Saya telah menyatakan hal ini dalam banyak artikel sebelumnya.

Pecah dan perintah telah memunculkan semula rakan perjanjian kita - tetapi dengan berasaskan alasan kelas. Walaupun rekod kerajaan menunjukkan mereka gagal menangani isu kepelbagaian budaya, minggu lalu kerajaan memperkenalkan dasar ekonomi dengan 50% kadar cukai dan penghapusan insentif cukai simpanan. Seorang rakan saya yang baru diberhentikan kerja tidak mahu terus kecewa kerana ia tidak membantu mendorong pewujudan peluang kerja untuk mereka manakala rakan lain yang agak berkemampuan telah ke UK bersama-sama. Kebiasaannya, ini menunjukkan kecenderungan besar kepada konservatif.

Ia mengambil masa berminggu tetapi saya melihat konsep Satu Malaysia yang diwar-warkan Perdana Menteri mungkin diambil daripada tradisi Satu Negara oleh Parti Konservatif yang mempromosi perpaduan melalui perkongsian nilai dan dorongan kebebasan untuk semua. Meski dikatakan menjarak diri dari dari konsep Satu Negara yang dipopularkan Parti Konservatif, Margaret Thatcher pernah berkata: “Dari Malaysia ke Mexico, penswastaan akan bergerak… kami Konservatif percaya kepada kapitalisme yang popular… kami Konservatif akin memulangkan kuasa kepada rakyat. Itulah jalan ke arah Satu Negara, Satu Rakyat.

Dengan Kenyataan terkini yang agak memberangsangkan berkaitan liberalisasi pasaran, harapnya Dato’ Seri Najib dapat membuat ucapan yang sama untuk menjelaskan konsep Satu Malaysia - supaya di masa hadapan, para ahli akademik dapat berdebat tentangnya.

Artikel dari waubebas.com tulisan Tunku Abidin Muhriz





No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews