INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Tuesday, June 30, 2009

Puaka di UM hantui siswa

Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle

Dua pelajar Universiti Malaya ditahan polis sejak minggu lalu berhubung contengan "C4", "puaka" dan "Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor.

Izuddin Hilmi Mohamad Zaini ditahan pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma bagi anak-anak Palestin.

Sementara rakannya Mohd Sharuddin Ahmad Rosli pula ditahan keesokan harinya.

Difahamkan kedua-dua pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam - yang ditahan di ibu pejabat polis Brickfields - belum dibebaskan, setakat semalam.

Menurut satu laman web UM Today, polis terus menggeledah beberapa rumah siswa universiti tersebut dalam usaha menjejak tiga lagi pelajar.

Rumah seorang exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Aizat Mohd Salleh turut "digeledah polis empat kali sejak tiga hari lalu".

Laman web tersebut juga menyebut, kenalan Mohd Aizat yang enggan dikenali memaklumkan bahawa polis telah membawa Izuddin Hilmi dan Mohd Sharuddin ketika menggeledah masuk rumah tersebut pagi semalam.

Sementara itu, YDP MPPUM,Mohd Ridzuan Mohammad berpendirian isu ‘anti-Rosmah’ di Universiti Malaya tidak perlu diperbesarkan kerana masih lagi dalam siasatan.

“Saya minta tidak diperbesarkan isu ini (anti-Rosmah) sebab kes ini masih lagi dalam siasatan (Polis), namun saya secara peribadi tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut kerana menyalahi nilai-nilai moral dan tidak matang,”ujar beliau yang ditemui setelah selesai sesi ramah mesra bersama mahasiswa baru universiti tersebut pagi tadi.

Diminta memberi respon tindakan polis yang tidak memaklumkan tangkapan tertuduh kepada waris, Redzuan ada pendirian tersendiri.

“Kalau betul seperti yang dilaporkan oleh media, sememangnya bagi saya pihak polis tidak sepatutnya menahan tertuduh tanpa pengetahuan waris,”respon beliau.

http://um-today.com/

Breaking News !

kemaskini 11.27pm Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.

Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.

Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.

rosmah mansor and universiti malayaDua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.

Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.

Tiga suspek dicari

Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.

Polis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.

Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).

rosmah grafiti caricarture universiti malaya 300609Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.

Kedua-dua pelajar kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu diikat jamin RM5,000 setiap seorang esok.

Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 seorang untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum enam bulan penjara atau denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews