SPR sudah mengumumkan hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei. Nampaknya hari penamaan calon sehari sebelum hari lahirku.
Tetapi aku sedikit kecewa dengan tindakan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini. Sudah semestinya ia akan mengecewakan kedua-kedua parti yang bertanding dalam PRU kecil ini juga PRU akan datang. Alasan SPR juga dirasakan agak remeh iaitu i membolehkan hari mengundi berjalan dengan "aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas," selain "menyejukkan suasana" selepas berkempen.
Berlanjutan dari larangan ini, mood PRU dan suasana PRU mungkin tidak semeriah di PRU lepas dan mungkin kadar keluar mengundi akan turun. Tetapi aku percaya ahli-ahli parti yang bertanding akan terus dengan rencana berkempen kepada pengundi sebelum mereka membuang undi. Larangan umpama coretan di kertas dan aku percaya perayu undi akan terus berkempen berhampiran pusat pengundian.

No comments:
Post a Comment