INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Friday, September 28, 2007

Protes menuntut reformasi badan kehakiman oleh Majlis Peguam






Sekalung tahniah penulis ucapkan kepada Majlis Peguam !!!

UNTUK pertama kalinya dalam sejarah negara, ribuan anggota Majlis Peguam melakukan tindakan nekad secara berarak dari Istana Keadilan menuju ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dalam menyuarakan protes serta menuntut dilakukan satu reformasi keadilan menyangkut soal wibawa Ketua Hakim Negara ekoran terdedahnya klip video rakaman seorang peguambela berhubung isu perlantikkannya beberapa tahun lalu.

Demonstrasi aman tanpa adanya pukul memukul dengan kayu belantan atau pancutan air kuning seperti yang terjadi di beberapa acara demonstrasi meskipun dilihat sekadar fiesta jalan kaki “burung penguin” oleh kalangan pihak tertentu namun ia harus dilihat sebagai satu lagi insiden terburuk dalam sejarah negara selepas mencapai usia kemerdekaan selama lima puluh tahun.

Sebelum ini tidak pernah seramai itu kalangan pengamal undang-undang yang tentunya terdiri dari masyarakat bijak pandai sanggup merentas panas terik berjalan kaki hampir sejauh tujuh kilometer semata-mata kerana mahu menuntut keadilan dengan jumlah hampir tiga ribu orang.

Nasib mungkin memihak kepada anggota pasukan keselamatan yang berkawal untuk memastikan perarakan tersebut terus tenteram dan aman bila hujan turun menjadikan bahang panas serta gerutu membahang di hati hampir tiga ribu para peguam dari seluruh negara untuk tidak bertindak diluar kelampauan yang boleh mecetuskan situasi tidak menentu.

Namun begitu ia harus dilihat sebagai tercetusnya lagi sejarah hitam dalam musim pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi menerajui kepimpinan masa kini. Ke mana mahu diletakkan muka kita kepada dunia luar? Apa pula jawapan harus dilakukan bila orang luar bertanya benarkah system kehakiman negara yang berdaulat ini sudah dilihat berada dalam situasi sempang-peranang dan tidak menentu.

Khabarnya dalam seminggu dua lagi satu demonstrasi besar-besaran bakal tercetus lagi melibatkan rakyat mempamirkan tiada lagi keyakinan mereka terhadap kepimpinan Abdullah Badawi apabila dijangka puluhan ribu akan berarak dari Dataran Merdeka menuju ke istana negara menuntut Majlis Raja-Raja Melayu segera campur tangan dalam urusan kepimpinan negara. Apa nak jadi selepas ini wallahu ‘alam!!!

Kelmarin, Pengerusi Suruhanjaya PAC Datuk Shahrir Samad melontarkan kenyataan cukup menggerunkan hati kita semua apabila beliau mendakwa terdapat keraguan terhadap laporan kewangan Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang dengan meminta agar Badan Pencegah rasuah segera melakukan siasatan terutama kewajaran kerajaan membeli semula tanah dikawasan tersebut pada harga melampau.

Dalam ertikata lain beliau merasa yakin ujudnya percaturan “kong kalikong” untuk membaham duit rakyat oleh kalangan pentadbir serta penguasa pembangunan tersebut. Sejauh mana benar dakwaan tersebut biarlah Badan Pencegah Rasuah melaksanakan tugasnya dan kita amat mengharapan jika benar adanya “perampokan” wang rakyat maka keadilan mesti ditegakkan tanpa adanya sebarang usaha melindungi mana-mana pihak.

Sementara itu seorang pegawai tinggi pasukan polis sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan terlibat dalam percaturan “duit haram” melibatkan jumlahnya mencecah lebih tiga juta ringgit. Meskipun sehari sebelum itu pegawai berpangkat Supritenden tersebut telah diseret untuk dibicarakan atas tuduhan yang sama namun hari ini satu lagi tuduhan dilakukan terhadapnya.

entah apa yang terjadi pada Malaysia sekarang????...............penulis rasakan banyak pendedahan kepincangan negara akan dikeluarkan..selepas ini.ALLAH MAHA ADIL..kebenaran akan terungkai akhirnya ..!!!!!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews