INGIN TAHU CARA MENAMBAH PENDAPATAN ANDA? KLIK LINK DI SINI UNTUK JOIN DUNIA PENGIKLANAN MELALUI WEBSITE DAN LAMAN SOSIAL

Monday, April 30, 2012

Keganasan Polis pada rakyat di #Bersih

 Chegu Bard dan teman SAMM dibelasah polis





Sumber Malaysiakini :

Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting.

NONEAlex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

NONEFazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

NONEAdrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 petang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.

Sunday, April 29, 2012

Ada Polis menyamar sebagai demonstran #Bersih ?


Analisa @Pantherian 

-Selepas check kembali rekod gambar ketika Bersih 2 tahun lepas, didapati ada persamaan gambar ini iaitu kain penutup muka dipakai. Kainnya kelihatan hampir sama yakni kain celoreng coklat.

- Adakah lelaki baju kuning dan baju merah ini adalah Polis SB yang menyamar? Ramai aktivis politik mendakwa 2 lelaki ini adalah polis.

- Kenyataaan di bawah oleh Datuk Zaharian Mohd Yasim, S/U UMNO Bhgn Bandar Tun Razak atau lebih dikenali sebagai Sang Kelembai (nama pena) mengenai penyamaran polis SB sebagai peserta Bersih yang menggemparkan.






Gambar-gambar suasana #Bersih 3 di Pasar Seni & Masjid Jamek

 Gambar-gambar  penulis bersama anak muda Anwar Ibrahim Club (AIC)  di Bersih 3 
 Lokasi : Pasar Seni & Masjid Jamek






Penggerak AIC berkumpul di LRT Pasar Seni sebelum bergerak ke Masjid Jamek.


AIC mengetuai kumpulan anak muda dari Pasar Seni ke Dataran melalui Jalan Tun Perak

  

 Uncle & Auntie berbangsa Cina bangga memakai baju T Shirt AIC edisi Bersih

 Bergambar kenangan di Pasar Seni bersama banner yang baru tiba.


 Penggerak  AIC duduk bantah dan  bersemangat melaungkan Bersih ! Bersih ! Bersih !



 Penulis mengambil gambar ini dari tingkat 1 sebuah restoran


Demonstran mendengar ucapan pemimpin Pakatan Rakyat & Penganjur Bersih



 Lautan Manusia di Jalan Tun Perak

Adakah ada provokasi plan dari polis insiden kemalangan kereta polis #Bersih


Analisa 1

oleh Al-Khair Nuar Ibnu Manan:

Provokator? 2 org pelakon hebat mungkin 'upahan' pihak tertentu yg beraksi lagak ngeri.

Bulatan merah --- mmg dh standby nk serang keta polis di lokasi tersebot, ditugaskan menghentak batu ke cermin keta.
Bulatan biru --- pemandu 'stunt' yg ditugaskan memandu ke lokasi tersebot sambil bersedia menunggu cermin keta dipecahkan, sbb tu die awal2 lg dah pakei helmet utk melindungi dirinyer dr serpihan kaca

Kesan dr insiden tersebot makanyer, si pemandu dgn sengaja merempoh keta polis ke arah org ramei sbg menampakkan 'keganasan' para pendemo. Sbb tu org ramei belasah mamat yg pakei helmet tu sebaliknyer membantu polis yg tersepit di dlm keta yg terbabas.

Ini hanya la analisis teman shj berdasarkan bukti2 bergambar dan rakaman video dan mengikot logik akal.


Analisa kedua :

 Video oleh PDRM:



Anda lihat lelaki ini di video yang memakai penutup muka ini memijak dan menendang kereta polis. Kemudian dia dengan lelaki baju merah ini datang menyelamatkan anggota polis yang tercedera ini keluar dari kereta takut dipukul oleh orang awam.

Logik akal:
"Adakah ada orang yang geram dengan memijak dan menendang kereta pemandu tersebut kemudian dengan  baik hati membantu pemandu tersebut  (Anggota Polis) keluar dari kereta ?"



Video ini mengimbau kita apa berlaku pada Demo Anti ISA 2009 di mana anda lihat kereta polis sengaja diletakkan di tengah-tengah demonstran berjalan supaya ada seseorang datang untuk mulakan provokasi.

 Kini mereka lakukan sekali lagi demo #Bersih 3.

Anda teliti kedua-dua video ini !

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Total Pageviews